Sunday 30 June 2013

30 Pesanan Imam Syafie Untuk Dijadikan Pegangan






Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali dari rehat yang panjang. Alangkah indahnya hidup ini kita mampu melihat  matahari tersenyum semula setelah berlalunya episode jerebu yang mencemaskan dunia....syukur padaMu  Ya Rohman Ya Allah...


Mari kita ikuti pesanan-pesanan Iman Syafie agar kita tidak terus tenggelam dengan langkah   yang semakin kelabu ...



30 Pesanan Imam Syafie


1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.



2.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.



3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.



4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.




5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.



6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.



7. 
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.



8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.



9..Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.



10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.



11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.



12.Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.



13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.



14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.



15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.



16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.



17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.



18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.



19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.



20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.



21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.



22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.


24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.


25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.



27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.



28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.



29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."



30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.


Sumber :  Buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 23 June 2013

Pohonlah Keampunan dan Kemaafan Sebelum Terlambat





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 

"Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya."

Huraian Hadith/Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.


ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha'kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.


iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.
Sumber : Jakim -Riwayat Bukhari







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 20 June 2013

Catatan Buat Diriku Dan Sahabat



Salam  hari jumaat  buat rakan2 dan sahabat walau di mana jua berada. Hari Jumaat, penghulu segala hari, dan mungkin juga penamat kepada alam fana ini berlaku pada hari jumaat wallahu'alam....hari jumaat Nabi Adam diciptakan dan diturunkan kebumi...hari jumaat juga Nabi Adam pulang kerahmatullah. Hari Jumaat juga ada suatu waktu apabila seseorang itu berdoa dan memohon kepada Allah SAW maka doa akan dikabulkan...

Catatan ini adalah buat diri sendiri yang kadang2 terleka dan terlupa, juga buat sahabat dan rakan semoga kita dapat bertemu di jannah...InsyaAllah.






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 19 June 2013

Sekadar Renungan


Assalamualaikum semua.....selalu overhaul hati kita ... dengan solat zikir dan doa....








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tips : Potong Bawang Pun Ada Caranya





Bawang yang tidak dipotong tidak mengeluarkan bau yang kuat yang memedihkan mata. Bau yang kuat ini juga membuatkan bawang merasa enak.


Ada sebabnya mengapa orang dulu dulu cerewet tentang cara potong bawang. Mereka pastikan bawang hasilkan aroma sebanyak mungkin. Cara yang terbaik, potong bawang sebelum memasak, jangan simpan lama sebab selepas bawang dipotong kerana bau dan rasa bawang semakin kurang selepas dipotong dan disimpan lama. 


Cara potong yang menghasilkan bau yang paling kuat ialah kerat bawang secara memanjang, iaitu dari bahagian hujung (bahagian keluar daun) ke arah bahagian pangkal (bahagian akar).Jika dikerat melintang (cross section), bau bawang yang dihasilkan tak kuat. Sebabnya, bila kita potong bawang, sel bawang pecah dan bawang akan keluarkan sejenis bahan kimia. 


Bahan kimia ini akan mengeluarkan aroma yang kuat apabila ia bertindakbalas dengan enzim yang juga dibebaskan oleh bawang tersebut. Bagaimanapun, enzim tersebut paling banyak di bahagian pangkal bawang. 


Jadi, kalau kita kerat melintang, tak banyak enzim dibebaskan, jadi hanya sebagaian bahan kimia yang dibebaskan oleh bawang bertindakbalas dan menghasilkan bau yang kita harapkan. 


Ringkasnya, kalau nak bawang rasa umph bila memasak, potong macam dalam gambar.





Bawang yang dipotong memanjang merembeskan lebih banyak enzim yang membuatkan bau bawang lebih kuat dan rasa lebih enak.


Sumber : tanamsendiri.com

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 16 June 2013

15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Perlu Diketahui






Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 9 June 2013

Tips Bateri Handphone Tahan Lama






Assalaamualaikum semua. Biasa kalau kita guna smartphone atau tablet  bateri cepat habis so why not cuba tips dibawah......




Aplikasi

Anda gemar memuat naik aplikasi yang anda gunakan sekali dalam sebulan atau tidak gunakan langsung! Walaupun anda tidak menggunakannya secara langsung, ia masih lagi memakan bateri dan membuatkannya cepat habis. Jika anda sudah habis menggunakan sesuatu aplikasi, pastikan anda betul-betul keluar daripada aplikasi tersebut atau ia akan terus berjalan walaupun ia tidak terpampang pada skrin telefon.




GPS

Sememangnya aplikasi GPS menggunakan banyak bateri. Bukan sahaja sewaktu anda sedang memandu mencari tempat yang dituju, malah jika anda menggunakan laman sosial dan menghidupkan aplikasi GPS yang menyatakan di mana anda berada, ia tetap menggunakan bateri yang banyak. Apa kata anda tutup aplikasi lokasi di laman sosial anda dan kurang-kurangkanlah update ‘check-in’ di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.



Notifikasi

Setiap kali sekiranya gambar anda dikomen atau disukai oleh rakan-rakan di laman sosial, notifikasi akan dihantar kepada anda. E-mel juga akan dihantar sekiranya tetapan akaun laman sosial anda sebegitu. Setiap kali versi baru aplikasi dikeluarkan, notifikasi juga akan dihantar agar anda mendapatkan versi yang terbaru untuk aplikasi yang anda gunakan. Semua notifikasi ini memerlukan banyak bateri dan kami nasihatkan anda tetapkan telefon pintar anda ke kadar notifikasi yang paling minimum untuk membuatkan bateri telefon lebih tahan lama.



Airplane Mode

Oleh kerana telefon anda terlalu ‘pintar’, ia akan cuba mencari servis perkhidmatan walaupun di kawasan yang sememangnya tiada servis dan ini memakan bateri anda. Jadi sekiranya anda berada di dalam hutan, di tengah laut atau di kawasan yang sememangnya anda tahu tiada servis perkhidmatan, tetapkan telefon anda kepada ‘airplane mode’.



Elakkan Tempat Panas

Sekiranya anda baru membeli telefon yang menggunakan bateri Lithium Ion, jangan dedahkannya di tempat yang panas kerana ia akan membuatkan bateri anda cepat habis di masa akan datang. Bateri jenis ini akan mengeluarkan tenaga dengan cepat sekiranya terlalu panas. Kalau boleh elakkan meletakkan telefon di bawah cahaya matahari dan jangan simpan di dalam poket sekiranya seluar anda terlalu ketat.




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 7 June 2013

Buat Baik Selama-lamanya



Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua. Saya ingin berkongsi satu entri dari blog Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang amat menarik sekali dan begitu dalam mesej yang diselitkan....jom kita hayati cerita berikut semoga kita mendapat menafaat dari perbualan Ustaz  Pahrol  dengan si ibu yang patah hati ini....





“Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “

Saya diam.

“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”

Saya masih diam. Ibu separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.

“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.

“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.

“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.

“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.

“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”

“Oleh siapa?” tanya saya.

“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.

“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.

“Ya kah?”

“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”

“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “

“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”

“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”

“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”

“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.

“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”

“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”

“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.

“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”

Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor. Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”

“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”

“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”

“Jadi ustaz?”

“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.

“Mengapa suami kita mengecewakan?”

“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”

“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”

“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”

Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!

Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.

“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.

“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”

“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada. Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.

“Oh, saya terlupa. Saya terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada. Sebab itu saya jarang bersyukur. “

“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat. Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”

“Kalau dapat…”

“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”

“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”

“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”

“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”

“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.

“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”

“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”

Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.



sumber : genta-rasa.com


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday 1 June 2013

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan Allah SWT








Kita sering mempersoalkan mengapa doa-doa kita tidak dimakbulkan ALLAH S.W.T.Tapi apakah kita pernah bermuhasabah diri mencari sebab musabab mengapakah doa kita tidak dimakbulkan ALLAH S.W.T.Marilah kita sama-sama bermuhasabah supaya hati kita tidak tertutup oleh sepuluh perkara ini dan semoga doa kita akan dimakbulkan ALLAH S.W.T


1. Kita sekalian telah mengetahui ALLAH S.W.T akan tetapi belum kita tunaikan hak-hakNya.


2. Kita sekalian telah membaca Al-Quran,akan tetapi kita belum pernah melaksanakan isinya.


3. Kita telah mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh,akan tetapi kita masih mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya.


4. Kita sekalian mengatakan kita termasuk umat Nabi Muhammad S.A.W,akan tetapi kita tidak pernah mengerjakan sunnah-sunnahnya.


5. Kita mendakwa diri akan masuk Syurga,akan tetapi kita tidak pernah mengerjakan apa-apa untuk kepentingan Syurga.


6. Kita mendakwa diri selamat dari bakaran api Neraka,akan tetapi nyatanya kita melemparkan diri kedalam api Neraka.


7. Kita telah mengatakan bahawa mati itu pasti,akan tetapi kita tidak pernah bersiap menghadapi mati.


8. Kita sekalian sibuk meneliti aib atau cela teman-teman kita,akan tetapi kita tidak melihat aib diri kita sendiri.


9. Kita sekalian telah makan dan merasakan nikmat ALLAH S.W.T,akan tetapi kita masih belum bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T


10. Kita sekalian telah menguburkan mayat-mayat diantara kita,akan tetapi kita tidak mengambil contoh dari mereka.


Wahai saudara-saudaraku, ALLAH telah berfirman pada kitab suci Al-Quran: "Mintalah kamu sekalian kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan" namun berfikirlah adakah kita layak menerimanya jika kita terdiri dari golongan yang lalai dan mendustakan ALLAH S.W.T sama-samalah kita bermuhasabah diri......





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute