Wednesday 27 August 2014

ADAKAH KITA MENCURI DALAM SOLAT?





Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri. 


Sabda Rasulullah SAW :



"Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda:



"Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud." (Hadith riwayat Thabrani).




Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SAW.


Sabda Rasulullah SAW:



"Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi."
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 3 August 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Assalaamualaikum buat semua pengunjung dan rakan-rakan. Sempena Hari Raya yang mulia ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap atau terkasar budi bahasa selama saya berkarya di blog ini.  Mana-mana article yang tercopy tanpa restu diharap halalkan ya...insyaAllah kita pasti akan mendapat ganjaran yang sangat besar dalam menyebarkan ilmu yang bermanafaat buat tatapan semua...

Mari kita ikuti iklan raya yang penuh emosi ini. Iklan sebegini pasti mengingatkan kita kepada kedua orang tua kita yang tinggal sendirian di kampung. Jangan pula kita lupakan jasa serta pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita sehingga kita berjaya pada hari ini....

Setiap hari saya sentiasa bertemu dengan golongan wargaemas yang sering mengadu anak-anak mereka tidak lagi menjenguk mereka apatah lagi pulang beraya kerumah. Alangkah sedihnya hati kita kiranya anak-anak kita kelak melakukan perkara yang sama terhadap diri kita bila kita telah dimamah usia tua....




Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2014.
 Mohon Ampun Dan Maaf dari anda semua.....







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute