Tuesday 11 November 2014

Kisah Pelepah Tamar Menangis Kerana Rasullulah SAW



Kisah ajaib yang mendidik jiwa. Kisah ajaib yang sukar diterima akal yang terbatas. Disebabkan itu islam mendidik kita dengan konsep dipanggil sebagai 'keimanan' . Mempercayai segala sesuatu yang disyariatkan dengan hati yang tekad tanpa ragu-ragu.

Jika diikutkan , banyak kisah yang menguji keterbatasan akal kita.

Seperti kisah Nabi Muhammad saw naik ke langit ke tujuh menerima wahyu dan kisah baginda membelah bulan kepada dua dan mencatumkannya semula.

Semua sepatutnya ditolak oleh akal. Namun, kerana bimbingan wahyu yang disulami rasa keimanan. Kita menyakini bahawa sesungguhnya tidak ada apa yang mustahil bagi Allah.

Masjid An-Nabawi juga tidak terlepas daripada kisah ajaib ini . Antaranya sebatang pelepah tamar yang menangis. Kisah ini disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin RA seperti yang disebutkan dalam hadis Bukhari . Bahawa Rasullulah saw duduk bersandar pada satu pelepah tamar yang dijadikan tiang masjid. Ketika sebuah mimbar dibina untuk menggantikan pelepah tamar ini, tiba-tiba terdengar suara tangisan seperti bunyi unta merengek hingga semua orang di masjid itu mendengar.

Sampai akhirnya Rasullulah saw datang dan menghampirinya. Baginda menyakinkan dan memujuknya dan akhirnya pelepah itu diam.

Hadis ini juga diriwayatkan An-Nasai dan Imam Ahmad (lihat sahih Mukjizat al Nabi, halaman 149-161)

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadis Bukhari bahawa :"Nabi Muhammad saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar ketika menyampaikan khutubah Jumaat."

Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra mencadangkan supaya dibina mimbar yang baru. Cadangan itu diterima Rasullulah saw . Lalu sebuah mimbar yang membabitkan 3 anak tangga dibangunkan. 


Ketika Rasullulah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil . Ada juga mengatakan bunyinya seakan-akan seekor unta merengek.

Rasullulah saw mendekati pelepah tamar dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar itu mengatakan ia menangis kerana tidak lagi digunakan untuk mengingati Allah swt.

Rasullulah saw menyuruh pelepah tamar itu dikapankan dan memujuknya dengan mengatakan ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia. Tempat tumbuh pokok tamar ini didirikan sebuah tiang dan dinamakan tiang Mukhallaqah. Kerana itu, sejak Rasullulah saw memujuk pokok tamar itu, pewangi bernama 'Khaluq' sering disapukan kepadanya.

Selepas pohon tamar itu mati, sebatang tiang didirikan sebagai tanda kewujudan pohon tamar yang dijamin syurga oleh Rasullulah saw.

Kisah pelepah tamar ini lebih mulia jika dibandingkan dengan diri ini yang mengaku merindui Rasullulah saw , yang selalu sahaja mengungkapkan sayang dan rindu kepada Rasullulah saw tetapi sering lupa berselawat dan mengamalkan sunnah rasullulah saw yang dianjurkan baginda.

Pernahkah kita mengalirkan air mata kerana rindu kepada Rasullulah saw sebagaimana Rasullulah saw mengalirkan air mata saat menjelang kewafatan kerana bimbang nasib umatnya pada akhir zaman ini.

Jika sebatang pelepah tamar begitu memahami keistimewaan Rasullulah saw sehingga menangis teresak-esak mengapa kita yang berakal ini tidak berselawat dan malu mengamalkan sunnahnya. (sumber : mselim3)



Kisah pohon tamar ini diabadikan kedalam sebuah lagu nyanyian Daqmie yang menyentuh jiwa sesiapa saja yang mendengarnya.....







Tangis Sebatang Tamar 


Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu


Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu


Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 9 November 2014

Amalkan Membaca 10 Surah Al-Quran Yang Mustajab



1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. 


Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. 

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. 


Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. 

Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 

Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari Kiamat.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. 

Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. 

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. 


Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). 


Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. 


Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” 

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.: 

“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. 

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. 


Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. 

Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. 

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute