Saturday, 26 November 2016

Tips Menjaga Kesihatan Jantung.




HATI YANG GEMBIRA ADALAH UBAT YANG TERBAIK

Emosi negatif boleh menurunkan kesihatan jantung, sementara emosi positif melindungi jantung dengan memastikan kadar degupannya stabil.


EMOSI YANG BAIK

Ungkapan “mati” disebabkan patah hati mungkin ada logiknya. Penyelidikan telah membuktikan bahawa keadaan emosi kita sangat mempengaruhi keadaan fizikal hati(jantung) kita.

Namun walaupun tanpa teknologi tinggi, penyelidik perubatan yang canggih, kita dapat merasakan jantung kita bertindak balas kepada emosi kita. Memang benar. Tanyalah pada seorang gadis yang meratapi perpisahan dengan teman lelakinya atau seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat kemalangan tragis.

Emosi negatif boleh menyebabkan jantung berdegup lebih cepat, tekanan darah meningkat dan juga mengubah kestabilan elektrik jantung, yang kesemuanya boleh membawa kepada penyakit jantung dan strok.


TAHUKAH ANDA?

1.Pertengkaran kuat meningkatkan paras sitokin dengan berkait dengan penyakit jantung.
2.Cemburu meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan paras adrenalin dengan mencetuskan respons lari atau lawan,biasanya dengan cara yang dasyat.
3.Orang yang mengalami kemurungan menghadapi risiko dua kali ganda mendapat penyakit arteri koronari.
4.Kesedihan melampau meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 21 kali pada hari-hari awal selepas kehilangan orang tersayang.
5.Ledakan kemarahan meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 19% dengan menyebabkan peningkatan mendadak pada tekanan kronik meningkatkan koletrol.
6.Menahan kemarahan meningkatkan risiko kematian akibat serangan jantung.
7.Wanita dengan pekerjaan yang banyak tekanan mempunyai 40% peningkatan risiko serangan jantung atau strok.

EMOSI GEMBIRA MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK KESIHATAN JANTUNG.


#Mempamerkan kasih sayang kepada pasangan anda akan menurunkan paras kolesterol.

#Orang yang sangat optimis mempunyai kira-kira 50% risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular berbanding orang yang pesimis.
#Melahirkan rasa terima kasih dapat merendahkan tekanan darah dengan mencetuskan oksitoksin, yang mematikan tekanan dengan menyebabkan system saraf berehat.
#Ketawa boleh mengurangkan risiko serangan jantung dengan membendung tekanan yang tidak diingini disamping meningkat paras beta-endorfin sebanyak 27% dan hormone pertumbuhan (bahan yang membantu tidur dan pembaikan selular) sebanyak 87%. Malah dengan hanya menunjukkan ketawa dapat mengurangkan paras hormone tekanan seperti kortisol dan adrenalin.


TIPS-TIPS UNTUK KESIHATAN EMOSI

Merasa cukup - memupuk hati yang bersyukur
Lupakan kepahitan dan kesakitan masa lalu
Pergi bercuti
Berada bersama orang yang positif
Elakkan teman yang negative atau tidak baik
Tonton filem/drama komidi 
Habiskan masa dengan orang-orang yang mengembirakan anda
Habiskan masa dengan orang yang tersayang
Bina hobi
    Lakukan kerja-kerja amal






    Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jom Beli Belah Di sini

     
    ♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute