BUAH BETIK atau ( Carica Papaya ) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang SANGAT BERKHASIATdan ajaib dari sudut rawatan yang SANGAT LUAR BIASA. Menurut kajian buah betik
dan bijinya yang telah terbukti mempunyai khasiat antihypertensive, antioxidant,
anti- amoebic, antiparasitic, antiseptic, penyembuhan luka luaran dan luka atau
pendarahan dalaman.
Sebagai alat
Contraceptive ( pencegah kehamilan ), sel kanser akan bertindak balas atau
merebak selepas pembedahan. Sebab itu kimotherapy dianjurkan untuk di lakukan
untuk membunuh sel kanser. Salah satu elemen yang di perlukan untuk sel kanser
merebak adalah kehadiran astrogen, hormon pada luka pembedahan. Buah betik
merupakan agen Contraceptive dan dapat menghalang estrogen daripada berkumpul
pada luka pembedahan tersebut.
Situasi ini
akan menghalang sel kanser dari merebak dengan cara menghalang kehadiran
estrogen pada luka pembedahan tersebut. Tanpa estrogen, sel kanser tidak dapat
merebak.
Selain dari buah betik, batang buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama seperti buah betik.
Selain dari buah betik, batang buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama seperti buah betik.
Buah Betik
merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Buah ini
telah dipilih oleh WHO untuk meningkatkan kadar Vitamin A pada kanak-kanak di
negara-negara miskin yang mengalami kekurangan Vitamin seperti Cameroon dan Sri Lanka.
Buah betik
sangat terkenal dalam penggunaan rawatan Kanser di Mexico. Kajian menunjukan
betik mempunyai sifat melawan kanser kerana mengandungi sebatian anti kanser
carotenoids yang di kenali sebagai lycopene, beta-carotene dan cryptoxanthin.
Benzyl isothiocyanate dijumpai dalam buah betik berfungsi untuk menginduksi
apoptosis dalam pankreas, prostat, leukemia dan menghalang karsinogen pada
kanser pundi kencing.
Kesembuhan
Breast cancer ( kanser Payudara ) sangat rapat hubungannya dengan memakan
betik. Benzyl isothiocyanate di temui dalam buah betik dan bijinya telah
terbukti secara selectively induce apoptosis di dalam sel kanser payu dara
tubuh manusia. Kadar carotenoid yang tinggi di temui dalam buah betik
membuktikan pengambilan buah betik secara berterusan dapat membantu merawat dan
melindungi seseorang dari terkena Penyakit kanser Payu Dara.
Antara Khasiat Memakan Betik :
1. Mencegah
penyakit kandung hempedu
- Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi.
- Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.
2. Mengurangkan
keradangan
- Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar.
- Khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
- Papain di dalam betik muda dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus.
- Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik.
- Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
3.Membantu
peredaran haid yang teratur
- Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.
- Ia mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.
4.Merawat
sirosis hati
- Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain.
- Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.
5.Merawat
penyakit tekak
- Jus betik yang dicampurkan dengan madu dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain.
- Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.
6.Penawar
masalah limpa
- Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20 g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini.
- Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.
7.Merawat tumit
pecah
- Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.
- Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah.
- Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.
KHASIAT DAUN
BETIK DALAM MENGUBATI KANSER
Pucuk betik
atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak
khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan
tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan
badan.
Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.
Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B complex, b17, Vitamin k and E).
Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.
Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan.
Daun betik juga dikatakan dapat menahan
kesakitan, Cara menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :
a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari.
a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari.
Akan membantu menghilangkan kesakitan
akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17
Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.
RESIPI AIR REBUSAN DAUN BETIK UNTUK PESAKIT KANSER
a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.
Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.
RESIPI AIR REBUSAN DAUN BETIK UNTUK PESAKIT KANSER
a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.
Banyak juga khasiat daun betik ni ya. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.
ReplyDelete