Thursday, 1 January 2015

Kenali Khasiat Perubatan Dalam Sayuran Dan Buah-Buahan Yang Kita Makan



Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.



LOBAK MERAH/KAROT

Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.




UBI BIT/BEET ROOT

 Sel pigmen merah dalam beet didapati berkesan dapat bertindak sebagai agen anti kanser
Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga.

Mengandungi khasiat vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.

Mengandungi kumpulan sel ‘Betaine’ yang sangat berkesan membantu fungsi hati.

Terdapat khasiat Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden .

Terdapat pelbagai sumber galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung.

 Membuang toksik dalam badan.





BUAH KELO

Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.

Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.

Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.




DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan.

Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur.

 Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .



KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan.

Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah -masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak.

 Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan.

Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah.

Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.






TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .

Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.

Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak.

 Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI

 Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.

Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.





ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.




SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

 Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

 Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.

Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.

Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera.

Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.



PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

 mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,

mentha aquatica untuk merawat cirit-birit.

mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens.

 Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

 Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.




PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.



KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.


PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing.

Pengidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.

Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya.


BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.

 Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan.

 Jus bayam yang dicampur dengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.




KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing.

Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.

Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.




DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau.

Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.

 Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.

Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.


KAPSIKUM

Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.

 Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

 Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.



TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.

Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

 Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.

Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.


KENTANG

Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih.

 Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.


TERUNG PIPIT

 Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.




BENDI

Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.

Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong dan hidung.

 Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Amat baik untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.



  

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.

Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.

 Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.


EPAL

Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.

 Juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.

Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan.

Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.



MANGGA

 Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica.

Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.

Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus.

Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.





AVOKADO

Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak.

 Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

 Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

 Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.



LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia.

 Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.




DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C.

Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.



BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak.

Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam.

 Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi.

Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.




PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.

Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .

Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.




NENAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nenas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

Amalan minum jus nenas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

 Enzim yang terdapat pada buah nenas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.



TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru.

Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit .

Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.




PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap.

Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit.

Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah.

Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.


ΓΌ  Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.



7 comments:

  1. Post yg sgt bermanfaat. Teruskan usaha. Semoga diberkati Allah . Amiin.

    ReplyDelete
  2. terimakasih banyak, jadi tau khasiat-khasiatnya...

    ReplyDelete
  3. salam...byk btl info dalam ni..mohon share ye..dan follow skali.

    ReplyDelete
  4. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete
  5. *Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*

    Nama:Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser: Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Muhd Muzamen
    masalah paru2

    Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
    Kanser usus

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4



    Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2


    Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Virus kencing tikus

    Nama:Puan mastura kanser ovari ke hati dan paru paru tahap 4 dah sembuh

    Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma

    Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
    sakit Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    sakit Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah,
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4

    Nama:Pn Aida (anak sakit)
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3

    Nama:Pn Noraini bt Yusof
    Kanser payudara tahap 3

    Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif

    Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic

    Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3

    Nama:Pn Zainani Azra
    Kanser payudara positif hormon tahap 3

    Nama:En. Abdul Kadir
    masalah paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said,
    kanser payudara tahap 2 sembuh

    Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4

    Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2


    *Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete