Assalaamualaikum dan semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah jua. Marilah kita sama-sama perbetulkan setiap kesalahan tajwid yang terdapat dalam bacaan AlFatihah semasa kita solat.
- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
- Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
- Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
- Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
- Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
- Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
- Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
- Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
- Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
- Kesalahan sama seperti nombor 10.
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
- Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
- Huruf ﺹ tidak disabdukan.
- Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
- Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
- Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
- Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
- Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
- Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Huruf ﺽ tidak disabdukan.
- Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
sumber : myibrah
No comments:
Post a Comment