Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
Kebaikan beramal dengan doa ini :
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai
”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk
meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya.
Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti
berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang
dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum
pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang
mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing,
menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka
sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada
di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang
membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada
anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang
menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan
diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika,
baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan.
Jika sekiranya bacaan tujuh kali
itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan
juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut
pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada
dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh
terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan
Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh
berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu
kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita
sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak
memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya
memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim
dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya
adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan
yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar
mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja
makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua
makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan
tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah
syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan
mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja
dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai
susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh
memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut.
Ada perbuatan
sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki,
dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak
sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di
sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak
menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua.
Dalam
peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di
sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke
mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut
ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan
berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk
tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan
ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan
merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah
kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya
tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek,
di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka
kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal
dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan
dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah
dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori
kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari.
Jika kita mempunyai
anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil
kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita,
bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke
dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w.
mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang
berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Sumber : darussyifa.org
No comments:
Post a Comment