Wednesday, 16 August 2017

Peritnya Siksaan Di Alam Barzakh.




Seorang insan Muslim hendaknya meyakini akan adanya alam ghaib yang berhubungan dengan hari akhir, seperti alam barzah, ba'ats, mahsyar, hisab, mizan, surga dan neraka, kerana jelaslah bahawa kehidupan di alam barzah adalah kehidupan antara hidup di dunia dan hidup di akhirat.

Alam barzah disebut juga alam kubur. Kehidupan di alam barzah adalah ibarat masa atau periode transit dan penantian yang panjang. Di alam barzah ini semua roh berkumpul menanti untuk memasuki kehidupan akhirat. Di tempat ini pula berlaku kenikmatan dan siksaan terhadap jasmani dan rohani. Akan tetapi kemudian rohani akan terputus dari jasmaninya. Orang-orang yang selama hidupnya di dunia banyak mengerjakan amal soleh, yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat perlakuan yang menyenangkan dari malaikat.

Sebaliknya orang-orang kafir, orang-orang yang hidupnya di dunia banyak melakukan kejahatan dan kemaksiatan akan mendapat perlakuan yang kasar dan siksaan dari malaikat. Tiada hari tanpa kenikmatan, atau sebaliknya tiada hari tanpa siksaan di alam transisi itu.

Sehubungan dengan hal tersebut, Rasulullah saw. pernah bersabda yang ertinya sebagai berikut.

"Adapun hamba yang mukmin, apabila telah putus dari dunia untuk mendatangi akhirat, maka akan turun malaikat dari langit, berwajah putih bagaikan matahari, membawa kafan dari kafan syurga, dan wewangian, pengawet kerosakan. Kemudian mereka akan duduk dan datanglah malaikat maut mendatanginya. Malaikat duduk dekat kepalanya seraya berkata: "Wahai roh yang baik, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya". Maka ruh itu akan keluar bagaikan mengalirnya air dari tempat minum. Adapun orang kafir, ketika mereka akan meninggal, datanglah malaikat yang berwujud hitam, seraya berkata: "Hai jiwa yang jahat keluarlah engkau ke arah murka Allah". Kemudian dicabut roh mereka dengan kasar.

"Berkaitan dengan nikmat dan siksa kubur, Rasulullah bersabda yang artinya:

Jika seorang (mayat) dikubur dan ia ditinggalkan oleh teman-temannya, maka ia akan mendengar bunyi sandal mereka, maka saat itu ia didatangi oleh dua malaikat yang kemudian mendudukkannya dan bertanya, "Bagaimana pendapatmu dulu tentang orang ini - yakni, Muhammad saw.?" Adapun orang mukmin akan menjawab, "Aku bersaksi bahwa ia adalah hamba dan Rasul Allah". (Sebagai imbalannya), malaikat itu berkata, "Lihatlah tempatmu di neraka sana telah diganti oleh Allah dengan tempat duduk dan syurga, kemudian ia melihat kedudukannya, lalu di kubur ia merasa lapang. Adapun seorang munafik atau kafir, ketika ditanya, "Bagaimana pendapatmu dahulu tentang orang ini?" Maka ia menjawab, "Saya tidak tahu dan tidak pernah membaca (namanya). Lalu ia dipukul dengan palu dan besi sehingga ia menjerit kesakitan, yang suaranya terdengar oleh makhluk di sekitarnya, kecuali manusia dan jin."

Mengenai kebenaran adanya nikmat dan siksa kubur ini dapat diterima oleh akal sihat atas dasar iman yang mantap.

Roh orang yang beriman akan diangkat ke langit. Maka Allah akan berkata: "Tulislah hamba-hambaKu ini pada darjat tertinggi di syurga dan kembalikan jasadnya ke dalam bumi', Maka berkatalah malaikat kepadanya, "Siapakah yang memberitahu kepadamu?" Saya membaca kitab Allah dan saya beriman kepadanya, jawabnya. Kemudian terdengarlah panggilan dari langit. "Benar sekali hamba- Ku. Maka bukalah sebuah pintu syurga dan masukkanlah. Kemudian luaskanlah dia di dalam syurga itu".

Ketika pintu syurga terbuka, maka terasalah baunya yang harum semerbak. Lalu datanglah seorang laki-laki yang berwajah tampan, berpakaian indah, berbau wangi, seraya berkata, "Bergembiralah Anda dengan segala yang menyenangkan. Hari ini adalah hari yang dijanjikan kepada Anda". Maka orang itu pun bertanya, "Siapakah Anda?" Laki-laki yang berwujud tampan menjawab. "Saya adalah amalmu yang soleh".

Roh orang yang kafir itu dikembalikan ke jasadnya. Dua malaikat kemudian mendatanginya, dan bertanya kepadanya:

"Apa agamamu?" "Saya tidak tahu", jawab orang kafir tersebut. Maka malaikat pun bertanya lagi: "Siapakah orang yang diutus kepadamu?" Orang kafir itu masih menjawab seperti semula, tidak tahu". Maka terdengarlah suara dari langit: ia berdusta, maka hamparkanlah api di atasnya dan bukalah pintu neraka untuknya". Terbukalah pintu neraka dan tersebarlah panas apinya. Datanglah seorang yang buruk muka dan buruk pakaiannya, serta busuk baunya, seraya berkata: "Bergembiralah Anda dengan perbuatan buruk Anda. Inilah harimu yang dijanjikan: orang kafir itu bertanya: "Siapakah Anda? Wajahmu buruk membawa celaka". Orang buruk itu menjawab: "Aku adalah amalmu yang jahat."

Dua cerita di atas menunjukkan bahawa manusia itu akan mendapat kenikmatan atau siksaan di alam kubur. Amal-amal soleh yang telah diamalkannya selama di dunia akan menampakkan diri kepadanya.

Begitu pula amal perbuatannya yang jelek dan roh manusia pun bergantung pada amal perbuatannya. Maka bagi roh yang jahat, langit tidak akan menerima kecuali ada unta yang mampu memasuki lubang sebuah jarum, namun ini mustahil terjadi.

Allah Ta'ala berfirman dalam Al-Qur'an surat Al-A'raf (7) ayat 40:

Artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat- ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat.”







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 11 July 2017

Tips Menghalau Cicak Dari Rumah.





Salah satu langkah yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari kediaman ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasangnya. Berikut 10 cara yang murah dan senang untuk diikuti;

1. Serbuk kopi


Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2. Bawang putih


Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3. Bawang besar


Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4. Plypaper


Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut anda kemudiannya bolehlah buangkan.

5. Cili kering


Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

6. Bela Kucing


Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
 

7. Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

8. Bunuh Serangga


Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!

9. Jaga Kebersihan Rumah


Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

10. Air dan Cili Api


Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute