Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri.
Sabda Rasulullah SAW :
"Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda:

"Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud." (Hadith riwayat Thabrani).
Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SAW.
Sabda Rasulullah SAW:
No comments:
Post a Comment