1.Para
saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran
darah yang melalui sinus ke otak.
3.Apabila
darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
4.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana
apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat.
Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras
sebelum anda ketawa.
5.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Justeru tidak
hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah
tekanan dan kemurungan.
6.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
7.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat.

Dari keputusan sampel darah
tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti
hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon
stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
8.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Banyak
kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau
keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan
kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap
penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
11.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
Ia melegakan
ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

Ada juga yang percaya ketawa
boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
13.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit
rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang
bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari
insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu
juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
14.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". .
Rasulullah SAW juga menilai bahawa senyuman merupakan perbuatan kebaikan, sebagaimana sabdanya: “Segala kebahagiaan adalah sedekah. Sebahagian dari kebaikan adalah senyuman yang engkau berikan kepada saudaramu.” Nabi Muhammad sendiri adalah orang yang selalu tersenyum. Abu Darda berkata, “Saya tidak pernah melihat atau mendengar, Rasulullah berbicara, kecuali sambil tersenyum.” Senyuman yang bermakna tentulah senyum yang ikhlas dan lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Senyuman yang tidak tulus ikhlas akan nampak negatif bagi orang yang melihatnya (hlm. 10).

No comments:
Post a Comment