Hati saya amat tersentuh apabila menghayati video klip di atas hasil kreativiti Diyana Tahir.
Sebuah renungan yang diambil dari buku "La Tahzan" (Jangan Bersedih) Karya terhebat Dr. Aidh al-Qarni.
Sentiasa kita semai ditaman hati bahawa segala janji Allah SWT itu benar dimana setiap kesukaran pasti akan diakhiri dengan kemudahan sebagaimana dinyatakan dalam Surah Alam Nashrah(Al-Insyirah).
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9 x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Bila ditiupkan ayat ini di ubun2 anak, maka anak tu akan lembut hatinya & menjadi anak yang mendengar kata... InsyaAllah....
Sayu hati bila dengar...
ReplyDeletememang sayu especially bila kita hayati video ni waktu malam yang sunyi..bila semua orang dah tidur... air mata akan menitis...
ReplyDeleteAlhamdulillah.,saya dah mula mengamalkannya setiap hari
ReplyDeleteAlhamdulillah. Setiap selepas sembahyang Fardhu ambil tangan kanan dn letak di dada kiri (jantung) baca lah Alam Nasyrah, sedikit 1x-5x-7x supaya kita di hindari dr segala musibah. Di lindungi olh Allah SWT dn permudahkn segala urusan, in shaa allah.
ReplyDeleteFirst time baca surah ni after solat truly memang rs tenang n damai subanallah
ReplyDelete