Kali pertama bumi diciptakan,
bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak
berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para
malaikat menghadap Allah SWT :
"Wahai Rabb Yang Maha
Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku."
Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana Engkau
memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan
gunung-ganang." Jawab Allah............
Setelah itu, Allah terus
menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah
sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian
berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag
diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.
Setelah Allah menciptakan paku
bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :
"Ya Rabb, adakah yang lebih
kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah.
"Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat
lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat
memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang
lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang
kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang
lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat
bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hambaKu yang
berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu."
Demikian Allah SWT menjelaskan.....
(Sumber: Hadis Kudsi).
Berdoalah untuk saudara kita yang hidup menderita akibat perang.....Selamatkan Palestin.....Pray For Gaza!!!
insyaAllah kita ketemu dilaman ummi
ReplyDelete