Thursday, 16 May 2013

Amalan Bulan Rejab



Assalamualaikum rakan-rakan semua. Maaflah ya agak lama juga blog ini menyepi...biasalah alasan keramat yang dapat diberi selalunya 'sibuk dengan kerja'. Namun diharap masih belum terlambat untuk kita berdoa sempena bulan Rejab biarpun  telah hampir seminggu Rejab menjenguk kita....ayuhlah saudaraku sekalian kita kumpul pahala sebanyak mungkin di dunia yang fana ini kerana sesungguhnya  kita tidak tahu apakah kita masih akan diberi berkesempatan melihat terbitnya mentari pada hari-hari mendatang....sentiasalah mengingatkan pada diri bahawa dunia ini dan apa yang ada di dalamnya  hanyalah bersifat sementara....







Rejab adalah  masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan. Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.


Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.


Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.


Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Maka banyakkanlah beristighfar pada Rejab  kerana setiap saat dalamnya Allah SWT menyelamatkan seorang daripada api neraka.


.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan catatan kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ 

لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.    


"Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan."



Bersolat

Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat Sunat Israk, Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Tasbih.

.

Bertaubat



Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.


Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;


Diampunkan dosanya yang lalu.
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
Terlepas dari dahaga di hari kiamat.




Bacalah zikir-zikir berikut selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar:

.
1. Tahlil, Takbir dan Istighfar:




2. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :



.
3. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :




4. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :







5. Berselawat





6. Beristighfar Pagi dan Petang 




.
ISTIGHFAR

.

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

.

1. Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab :
   



2. Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute