Assalaamualaikum dan selamat berhari minggu.....
Apabila kita ingin bersahabat
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan
kita mungkin akan menjauhinya…..
Andai kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kita akan membencinya…..
Andai kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia
tidak pandai menceriakan lagi
kita mungkin akan menyalahkannya…..
Andai kita inginkan
sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia
buntu kita akan memfitnahnya….
Andai kita ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan terlalu sempurna,
kerana kita sendiripun tidak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya…..
No comments:
Post a Comment