Assalaamualaikum semua. Biasa kalau kita guna smartphone atau tablet bateri cepat habis so why not cuba tips dibawah......
Aplikasi
Anda gemar memuat naik aplikasi yang anda gunakan sekali dalam sebulan atau tidak gunakan langsung! Walaupun anda tidak menggunakannya secara langsung, ia masih lagi memakan bateri dan membuatkannya cepat habis. Jika anda sudah habis menggunakan sesuatu aplikasi, pastikan anda betul-betul keluar daripada aplikasi tersebut atau ia akan terus berjalan walaupun ia tidak terpampang pada skrin telefon.
GPS
Sememangnya aplikasi GPS menggunakan banyak bateri. Bukan sahaja sewaktu anda sedang memandu mencari tempat yang dituju, malah jika anda menggunakan laman sosial dan menghidupkan aplikasi GPS yang menyatakan di mana anda berada, ia tetap menggunakan bateri yang banyak. Apa kata anda tutup aplikasi lokasi di laman sosial anda dan kurang-kurangkanlah update ‘check-in’ di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Notifikasi
Setiap kali sekiranya gambar anda dikomen atau disukai oleh rakan-rakan di laman sosial, notifikasi akan dihantar kepada anda. E-mel juga akan dihantar sekiranya tetapan akaun laman sosial anda sebegitu. Setiap kali versi baru aplikasi dikeluarkan, notifikasi juga akan dihantar agar anda mendapatkan versi yang terbaru untuk aplikasi yang anda gunakan. Semua notifikasi ini memerlukan banyak bateri dan kami nasihatkan anda tetapkan telefon pintar anda ke kadar notifikasi yang paling minimum untuk membuatkan bateri telefon lebih tahan lama.
Airplane Mode
Oleh kerana telefon anda terlalu ‘pintar’, ia akan cuba mencari servis perkhidmatan walaupun di kawasan yang sememangnya tiada servis dan ini memakan bateri anda. Jadi sekiranya anda berada di dalam hutan, di tengah laut atau di kawasan yang sememangnya anda tahu tiada servis perkhidmatan, tetapkan telefon anda kepada ‘airplane mode’.
Elakkan Tempat Panas
Sekiranya anda baru membeli telefon yang menggunakan bateri Lithium Ion, jangan dedahkannya di tempat yang panas kerana ia akan membuatkan bateri anda cepat habis di masa akan datang. Bateri jenis ini akan mengeluarkan tenaga dengan cepat sekiranya terlalu panas. Kalau boleh elakkan meletakkan telefon di bawah cahaya matahari dan jangan simpan di dalam poket sekiranya seluar anda terlalu ketat.
kalau smartphone, offkan packet data jika x guna internet blh juga jimat batery.. nice tips.. :)
ReplyDeletehelpful tips tq...
ReplyDelete