"Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama"
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.
6 SEKSAAN DI DUNIA
Allah mengurangkan berkat umurnya
Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
Allah tidak menerima doanya
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
Mati dalam keadaan yang sangat lapar
Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya
3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
Allah akan menggelapkan kuburnya
Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras
DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU
SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)
ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)
MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu/bapa sendiri
ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhurdengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
sumber: Masjid Zaid Bin Harithah & Masjid Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment