Saya pernah berbicara dari hati ke hati dengan seorang bapa yang mempunyai seorang anak autisme.Walaupun anaknya autisme tetapi beliau sangat bijak terutama di dalam subjek matematik. Jadi bapa beliau membuat keputusan menghantar anak ke sekolah biasa dan bukannya ke sekolah pendidikan khas.
Masalah timbul bila si anak tadi kadang-kadang bertindak ganas sehingga hampir mencederakan rakan-rakan.Membaling peralatan atau apa saja objek yang mampu dicapai serta memukul rakan-rakan adalah rutin harian.
Sedih, kecewa, tertekan, malu.....ini luahan jiwa bapa "Saya tidak tahu apa lagi saya perlu buat.....puas sudah saya nasihat dengan baik, bila saya pukul anak, saya rasa sangat sedih bersalah dan tertekan........kami telah mencuba pelbagai rawatan tapi gagal." Hati kecil saya amat tersentuh dan menganjurkan agar selalu mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membaca doa ini setiap kali lepas solat supaya rohani kita tidak tercalar dengan ujian seberat ini.....
"Ya Allah Aku redha Allah sebagai Tuhanku
Aku redha Nabi Muhamad sebagai Rasulku
Aku redha Islam sebagai agamaku
Dan aku redha atas setiap takdir yang Engkau tentukan buatku...."
Mari kita lihat secara ringkas apa yang dikatakan Autisme.Ibubapa tidak perlu merasa gusar apabila dianugerahkan anak-anak Autisme.Sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak Autisme mampu dirawat dan ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang menghidap sindrom Asperger sejenis autisme.
Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.
Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.
Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.
Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.
Contohnya kalau ditanya :
‘Annie sudah makan?’.
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :
‘Annie nak makan?’.
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.
Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Disekolah.
1. Panggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli.
2. Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.
3. Memberi penerangan mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.
4. Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya
5. Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah
6. Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru
7. Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.
8. Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.
9. Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah
10. Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.
Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang
Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....
Caranya adalah dengan menyediakan
1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.
Bacakan pada air itu :
1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,
2) Ayat kursi
3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.
4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..
5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.
Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.
Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.
Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.
Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.
Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.
Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.
Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.
salam mohon share...terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, terima kasih kerana share.
ReplyDeleteSangat berguna. Terima kasih.
ReplyDeletetqvm
ReplyDeletesgt berguna.. tq so much.. mohon share..
ReplyDeletemohon share...
ReplyDeletemohon share ye.. :) tqvm..
ReplyDeleteinsyaAllah boleh copy and share pada sesiapa yang memerlukan
ReplyDeleteJazakallah puan
DeleteSy adalah salah seorg pesakit kanak2 autisme tp sudah pulih. Rawatannye ialah mak sy memberikan ubat heomopathy utk sy stiap hari...alhamdullilah ..sy pulih spt org lain...
ReplyDeleteAssalamualaikum...Alhamdulillah dah sembuh.. boleh tau ubat homeopathi dari mana ya? Tq
Deleteboleh tahu dapat dari mana yer ubat homeopathy tu?
DeleteBole saya tau apa nama ubat homeopathy
DeleteBole tahu nma ubt hmpati tu
DeleteAssalamualaikum saudara islamku.bleh tau tak nama penuh ubat tu dan kat mana nk beli...sy ingin sgt tgk ank sy normal mcm org lain..
DeleteBoleh tau mana nk dptkan ubat tuh
DeleteAnk buah sy pun dh normal, cerdik.. Sejak kecil kasi mkn ubt homeapthy .. Examo. Dia ubat minda jugak. Boleh beli di nadira shop. Klu ada kad ahli boleh dpt diskaun lagi.. Ada 2 jenis ubat, 1 mkn tiap hari dan 1 lgi mkn seminggu sekali... Dua2 ubat tu kena mkn.. Hingga skrg ank buah sy mkn. Dia mkn sejak umur 3tahun.. Kini dh darjah 5.. Bijak dan jadi pengawas. Utk minda. X perlu mkn ubat minda lagi.. (dulu mmg doc ckp ada ciri2 austima, selalu checkup kat pakar hospital besar, dia tadika pun masuk skolah ngo utk austima, ada kad OKU sbb doc sarankn buat kad, utk mlindungi dia nnti) alhmdulillah syukur, dh bijak normal..
Deletetq ct atas info yang sangat berguna..
DeleteHomeophaty mana boleh dibeli
DeleteAnak saya pun..alhamdulillah dh beransur pulih..hepi sgt..
ReplyDeleteJom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah
Salam... Apa nama blog Puan?
DeleteAnak saya pun..alhamdulillah dh beransur pulih..hepi sgt..
ReplyDeleteJom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah
apa blog akak
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBleh saudari kongsikn tips rawatan?sy tringin sgt nk tgk ank sy pulih dan normal mcm kanak2 yg lain....
DeleteBleh saudari kongsikn tips rawatan?sy tringin sgt nk tgk ank sy pulih dan normal mcm kanak2 yg lain....
DeleteCuba rawatan mandian air garam bukit bersama setitis minyak zaitun. Mandian pagi sahaja. Lepas mandi 8++, main luar sekejap BG kena cahaya matahari pagi. Saya jumpa dlm net, Indonesia. Nak try. Nti saya update menjadi @ tidak. Saya faham perasaan parents anak autis, harap ALLAH SWT mudahkan kita.
ReplyDeletetq sis for the tips
DeleteInfo yang sangat berguna...mohon copy dan share....😍
ReplyDeleteboleh je nak copy mana-mana article...
DeleteMohon copy dan share.tqsm
ReplyDeleteMohon copy dan share.tqsm
ReplyDeleteboleh copy dan sebarkan..
DeleteMakanan sunnah Al luban.
ReplyDeleteSangat baik utk Minda. Membantu anak yg lambat bercakap.
Membantu anak fokus dalam pembelajaran.
Bagus mengatasi lupa.
Nama bahasa inggeris frankincense. Bahasa inggeris byk testimonials.
Saya masih mencuba lihat hasilnya.
Enter your comment...sy copybpaste dlm blog saya juga ye.. tkasih atas ilmu yg bermanafaat
ReplyDeleteada ramai juga yang bagi kington.anak dia tak lagi asyik nak hantuk kepala dan bila bercakap dah mula bertentang mata dengan ibunya.sebelum ni asyik pandang tempat lain bila mak dia sembang dengannya..
ReplyDeleteMaaf puan. Kington tu ape ye. Ank sy bru 15bln dn hmpr kesemua ciri autisme da nmpk. Peads pun da start refer unit cara kerja.
DeleteAnk sy da start hantuk kepala dkt dinding. Klo ank yg lebih tua ganggu atau amik mainan yg die tgh pegang, die akn mengamuk, melentikkan bdn keblkg n pukul kepala die sndri berulang kali
DeleteDulu anak saya pun hantuk kepala.
ReplyDeleteBila dia mula menangis cepat pujuk.
Jgn biar. Atau pun larang jangan menangis sampai stop.
Ithink this is a real great article post.Really looking forward to read more. Visit at
ReplyDeleteCrazy Video Hub
Mohon sy guna
ReplyDeletePerkongsian yang terbaik
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteHalalkan ilmu ni cucu saya autusm doakan cucu saya sembuh
ReplyDeleteUbat Homeophaty ni kat mana nak beli boleh dapt kan alamat tak tq.
Delete