Tuesday 30 July 2013

Law Kana Bainana Sekiranya Rasulullah SAW Masih Ada



Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua. 

Tadi bila  dengar  Ikim fm  ada dua buah lagu dikeudara yang selalu membuat langkah saya terhenti. Law Kana Bainana dan juga Uhhibbuka Rabbi. Lagu yang sangat indah, irama yang sungguh merdu, makna yang begitu mendalam.....saya persembahkan untuk semua dalam mengharungi detik2  terakhir Ramadhan.....marilah kita tinggalkan semua kemungkaran dan hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Ayuh, banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.







Law Kana Bainana 

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu

Dan kebebasan daripada api neraka-Mu
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba

Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang
Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday 27 July 2013

Jangan Sekali-kali Minta Dimatikan





Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


 “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :

" Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim



Huraian Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.



ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.



iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.



sumber: Jakim







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 23 July 2013

Ucapan Bismillah Penyelamat Dari Malaikat Penjaga Neraka






1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.



2. ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)



3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.



4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.



5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.



6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘



7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘



8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.



9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.



10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.



11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.









Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday 20 July 2013

Sihat Cara Rasulullah SAW



Sabda Rasulullah S.A.W : 



"Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan pahala sebanyak 10 kali kepadanya."


1. Jangan Makan/Minum




2. Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner

Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang mengambil buah-buahan selepas makan makanan berat sebagai pencuci mulut di majlis tertentu. Budaya ini telah diamalkan oleh orang barat sejak berkurun lamanya. Hakikatnya, amalan ini tidak baik untuk kesihatan kita. Pakar pemakanan menyatakan bahawa kandungan vitamin C dalam buah-buahan yang diperoleh oleh tubuh badan selepas makan adalah 0%. Hal ini kerana kandungan vitamin ini semakin berkurangan saat badan kita sibuk mencerna makanan berat yang kita makan sebelumnya.



3. Jangan minum air semasa makan

Masalah perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita, terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan selepas makan.



4. Jangan bernafas ke dalam air ketika minum

Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...



5.Jangan meniup air yang panas

Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru, biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk menikmatinya.



6. Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang tertutup rapat

Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita sebagai seorang Muslim yang beradab.



7. Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu dan jilat jari sesudah selesai.

Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya orang yang melihatnya tidak berasa geli.



8. Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut.

Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll). Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja. Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.



9.  Makan Malam sebelum maghrib menjelang.

Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. 



Marilah kita amalkan diet Rasulullah SAW ini dalam kehidupan seharian disamping kita jadi sihat kita juga mendapat pahala..





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 12 July 2013

Keajaiban Ilahi : Otak Jenazah Pelajar Tahfiz Segar Seperti Hidup



Gambar Otak Jenazah Pelajar Tahfiz Segar

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz AlBarakah, Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, jun lalu.


Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.


Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.


Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.


Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.


“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.


Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.


“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.


“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.


Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.


Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.


“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.


Sumber : hasnulhadiahmad.com
















Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 11 July 2013

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT






1.  Makan harta anak yatim secara haram.

Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.



2.  Menuduh wanita solehah berzina.

Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT .



3.  Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga RasulullahSAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut .



4.  Melakukan sihir.

Mereka pelayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.



5.  Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.



6.  Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.


Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.




Oleh itu berdoalah pada Allah SWT agar kita dijauhi dari melakukan 6 dosa tersebut di atas..








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 7 July 2013

Iklan Yang Sangat Menyentuh Jiwa


Assalamualaikum. 
Kadang-kala kita terlupa kepada orang yang telah banyak berjasa kepada kita, sehinggalah sampai saatnya beliau pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..




Jom kita balik kampung beramai-ramai menyambut awal ramadhan bersama ayah dan ibu dikampung atau dimana saja mereka berada.Mereka pasti merasa amat bahagia....


Selamat Menyambut Ramadan ....




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 4 July 2013

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki







Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.



1-Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.



2-Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.



3-Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.



4-Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??



5-Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.



6-Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.



7-Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.



8-Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.



Sumber : Blog Peribadirasulullah







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 2 July 2013

Doa Supaya Allah Tetapkan Iman Kita


Assalamualaikum. Hati kita ibarat pantai.....selalu saja berubah dan mengalami pasang surut dalam soal iman dan taqwa kepada Pencipta kita .Bila kita susah kita ingat Allah SWT  bila kita senang kita mulai leka dan lupa....lalu bagaimana kita harus perbaiki diri? Berdoalah wahai adik-adikku....








1. Bismillahirrahmaanirrahim

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab


Artinya:

 Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia). (QS. Ali Imran: 7)


2. Bismillahirrahmaanirrahim

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya:
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)


3. Bismillahirrahmaanirrahim
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Artinya:
Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” 
(HR. Muslim)

Keterangan:

Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Qur’an dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya.


مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan Sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (QS. Al A’raf: 175)

Pada ketiga doa di atas mengandungi permohonan terpeliharanya hati. Kerana hati merupakan penentu baik dan buruknya amal perbuatan seseorang. Dia menjadi pusat takwa dan hidayah. Namun, dia juga menjadi pusat kekufuran dan kesesatan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي اَلْجَسَدِ مُضْغَةً, إِذَا صَلَحَتْ, صَلَحَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, أَلَا وَهِيَ اَلْقَلْبُ
 ….ketahuilah sesunguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa dia itu adalah hati.” (Muttafaq ‘Alaih dari An Nu’man bin Basyir)

Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah Azza wa Jalla. Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,


“sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.”
 (HR. Muslim)

Dalam riwayat at Tirmidzi dari hadis Malik bin Anas, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

“Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari Ar Rahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya.” 

Dalam riwayat Ahmad,
 “jika Dia berkehendak (untuk menjadikannya sesat) maka akan disesatkan-Nya dan jika berkehendak ditetapkan iman maka akan tetap diteguhkan di atas petunjuk.”


Sedangkan sesiapa yang hatinya dijaga oleh Allah dengan hidayah, tiada seorang pun yang boleh menyesatkannya.


مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ
Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tida seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud, at Tirmidzi dan lainnya)

Kerananya, kita sentiasa memohon kepada Allah, Tuhan kita semua, agar tidak menjadikan sesat hati kita setelah dia memberi petunjuk dan kita juga memohon limpahan rahmat dari sisi-Nya, sesungguhnya Dia dzat Maha Pemberi.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute