Tuesday, 11 July 2017

Tips Menghalau Cicak Dari Rumah.





Salah satu langkah yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari kediaman ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasangnya. Berikut 10 cara yang murah dan senang untuk diikuti;

1. Serbuk kopi


Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2. Bawang putih


Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3. Bawang besar


Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4. Plypaper


Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut anda kemudiannya bolehlah buangkan.

5. Cili kering


Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

6. Bela Kucing


Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
 

7. Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

8. Bunuh Serangga


Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!

9. Jaga Kebersihan Rumah


Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

10. Air dan Cili Api


Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 4 July 2017

Monday, 3 July 2017

PELBAGAI TESTIMONI LD VENUS GOLD UNTUK WANITA.







 HUBUNGI NOORA 013-2191301 UNTUK MEMBELI PRODUK.





LD Venus Gold boleh diambil oleh pelbagai peringkat umur iaitu peringkat remaja, peringkat matang dan peringkat menopause, untuk merawat pelbagai masalah wanita yang melibatkan organ pembiakan iaitu rahim, ovary dan tiub fallopian.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Pengambilan secara konsistant dapat mengelakkan dari masalah kanser rahim, pendarahan rahim masalah keputihan, senggugut, rahim jatuh dan sebagainya.







PELBAGAI TESTIMONI PENGGUNA




















Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday, 21 June 2017

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1439H.



Assalaamualaikum dan Salam Teristimewa untuk rakan-rakan blogger dan pengunjung semua.  Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan terkasar budi bahasa, harap dimaafkan ya...semoga ibadah puasa kita kali ni diterima Allah dan mendapat keredhaanNya...untuk mereka yang sedang dalam perjalanan ke kampung berhati-hati di jalanraya...

Yang jauh itu Waktu
Yang dekat itu Mati
Yang besar itu Nafsu
Yang berat itu Amanah
Yang mudah itu Berbuat Dosa
Yang panjang itu Amal Soleh
Yang Indah itu Saling Memaafkan
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday, 13 May 2017

TIPS DAN ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selain dari berusaha keras siang dan malam untuk menambah rezeki kita juga disarankan agar memperbanyakkan zikir-zikir pilihan sebagai satu usaha untuk mendapat rahmat dan pertolongan dari Ilahi.

Antara zikir-zikir yang sangat bagus untuk diamalkan ialah : 


1.Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barang siapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim.

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS.

Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH.

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI.

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR.

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Dengarkan juga tips dan saranan Ustaz Ebit Liew dalam usaha memperluaskan rezeki kita semua. Semoga berjaya insyaAllah....






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday, 12 January 2017

Marilah Kita Perbanyakkan Berselawat Dan Peroleh Pahala Berganda...

Assalaamualaikum. Marilah kita perbanyakkan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di pagi Jumaat ini. Ikuti video dibawah bagaimana untuk memaksimakan pahala dengan berselawat...


video


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute