Wednesday 29 May 2013

Tips Mudah Syukur


Assalamualaikum 


Selalulah kita mengingat kepada diri sendiri agar menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Pencipta kita Allah Yang Maha Esa......semoga tips ini dapat membantu kita muhasabah diri....


http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/421172_452111658175368_301906571_n.jpg








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 26 May 2013

Waktu-Waktu Doa Mustajab






Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. 


Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah


1. Sepertiga Akhir Malam


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” . - (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)



2. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.


“Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. – (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)







3. Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab.
“Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”. -
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


4.Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:

“Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk”. – (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No. 672).



5.Sesaat ketika Hari Jum’at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. – (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.


6.Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah.

Dari ‘Amr bin ‘Anbasah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.





7.Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda.

“Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah”. – (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


8.Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. – (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.


9.Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


10.Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah ‘alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau ‘alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

“Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya’ . Semua keluarga histeria. Baginda ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”. – (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)


11.Ketika Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. – (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


12. Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. – (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 24 May 2013

Solat di mana jua...

























   











Sebenarnya kita memang tidak ada alasan untuk meninggalkan solat..


Al-Baqqarah,2 : 45] “ Dan dapatkanlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya (solat) itu berat melainkan orang-orang yang khusyu’ “

Al-Mu’minun,23 : 1-2]“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyu’ dalam solatnya “


Sabda Rasulallah s.a.w.] “Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir”





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Miracle Drink


Assalaamualaikum semua , article  ni saya copy dari blog rakan baik saya Little Tint....amat baik untuk diamalkan bagi mengelakkan dan  menyembuhkan penyakit kanser InsyaAllah.   Minta maaf tak sempat nak translate....


This MIRACLE DRINK has been circulating for a long time long ago.It is worth your while to take note. There is a celebrity Mr. Seto who swears by it. He wants to make it public to draw the attention of people who have cancers. This is a drink that can protect bad cells forming in your body or it will restrain its growth! Mr. Seto had lung cancer.


He was recommended to take this drink by a famous Herbalist from China. He has taken this drink diligently for 3 months and now his health is restored,and he is ready to take a pleasure trip. Thanks to this drink! It does not hurt for you to try.


It is like a Miracle Drink! It is simple.


You need one beet root, onecarrot and one apple that combine together to make the JUICE! Wash the above, cut with the skin on into pieces and put them into the juicer and immediately you drink the juice.


You can add some lime or lemon for more refreshing taste.
This Miracle Drink will be effective for the following ailments:


1. Prevent cancer cells to develop.It will restrain cancer cells to grow.
2. Prevent liver, kidney, pancreas disease and it can cure ulcer as well.
3. Strengthen the lung, prevent heart attack and high blood pressure.
4. Strengthen the immune system
5. Good for the eyesight, eliminate red and tired eyes or dry eyes
6. Help to eliminate pain from physical training, muscle ache
7. Detoxify, assist bowel movement, eliminate constipation.Therefore it will make skin healthy & look more radiant. It is God sent for acne problem.
8. Improve bad breath due to indigestion, throat infection,
9. Pain
10. Assist Hay Fever Sufferer from Hay Fever attack.


There is absolutely no side effect. Highly nutritious and easily absorbed.Very effective if you need to loose weight.You will notice your immune system will be improved after 2 week routine.

Please make sure to drink immediately from the juicer for best effect.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 19 May 2013

Mencari Sahabat



Assalaamualaikum dan selamat berhari minggu.....







Apabila kita ingin bersahabat
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan
kita mungkin akan menjauhinya…..

Andai kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kita akan membencinya…..

Andai kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana  andai dia tidak pandai menceriakan lagi
kita mungkin akan menyalahkannya…..

Andai  kita inginkan sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana  apabila dia buntu kita akan memfitnahnya….

Andai kita ingin  bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan terlalu sempurna,
kerana kita sendiripun tidak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya…..





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 17 May 2013

Sekadar Renungan






Mari kita renungkan bersama sama.......


Melangkah itu mudah, Namun mencari arah itu yang terkadang payah

Mencari jalan itu mudah

Namun memahami destinasi itu yang susah



Menyusuri susur itu mudah 


Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah


Dalam semua ini... Menjaga istiqomah itu yang paling susah, payah dan lelah


Namun DIA amat faham, bagi hamba-NYA

DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik

Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada-NYA

Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya

Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia...


Semoga perjalanan kita senantiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah...InsyaAllah




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 16 May 2013

Amalan Bulan Rejab



Assalamualaikum rakan-rakan semua. Maaflah ya agak lama juga blog ini menyepi...biasalah alasan keramat yang dapat diberi selalunya 'sibuk dengan kerja'. Namun diharap masih belum terlambat untuk kita berdoa sempena bulan Rejab biarpun  telah hampir seminggu Rejab menjenguk kita....ayuhlah saudaraku sekalian kita kumpul pahala sebanyak mungkin di dunia yang fana ini kerana sesungguhnya  kita tidak tahu apakah kita masih akan diberi berkesempatan melihat terbitnya mentari pada hari-hari mendatang....sentiasalah mengingatkan pada diri bahawa dunia ini dan apa yang ada di dalamnya  hanyalah bersifat sementara....







Rejab adalah  masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan. Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.


Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.


Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.


Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Maka banyakkanlah beristighfar pada Rejab  kerana setiap saat dalamnya Allah SWT menyelamatkan seorang daripada api neraka.


.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan catatan kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ 

لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.    


"Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan."



Bersolat

Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat Sunat Israk, Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Tasbih.

.

Bertaubat



Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.


Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;


Diampunkan dosanya yang lalu.
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
Terlepas dari dahaga di hari kiamat.




Bacalah zikir-zikir berikut selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar:

.
1. Tahlil, Takbir dan Istighfar:




2. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :



.
3. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :




4. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :







5. Berselawat





6. Beristighfar Pagi dan Petang 




.
ISTIGHFAR

.

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

.

1. Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab :
   



2. Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday 6 May 2013

NICOLE QUEEN MASUK ISLAM KERANA MENONTON YOUTUBE







Nicole Queen, sebelum mengenali agama Islam adalah seorang wanita yang bekerja sebagai jurukamera kelab malam di Dallas, Texas. Kerana kerjayanya itu, dia mempunyai ramai kenalan dari beberapa pemilik kelab, pengunjung kelab, DJ, bartender dan semua yang berkaitan dengan dunia kelab malam.



Pada suatu malam, dia bertemu dengan seorang lelaki keturunan Arab di sebuah kelab. Mereka berkenalan dan saling bertukar nombor talifon. Ada sesuatu yang membuatkan Nicole kepeningan, lelaki arab ini tidak meminum arak seperti kebanyakan lelaki lain di kelab malam. lelaki itu hanya memesan jus biasa, perkara kecil inilah yang membuat Nicole ingin mengetahui lebih jauh mengenai lelaki tersebut.



Kerana keserasian antara mereka, mereka memutuskan untuk mengadakan perhubungan yang lebih serius. Dengan dua budaya yang berbeza, tentunya sering terjadi pergaduhan. Walau bagaimanapun mereka saling mengalah disebabkan saling menyayangi antara satu sama lain. Nicole selalu perhatikan lelaki ini sangat dekat dengan agama nya iaitu Islam, dan seringkali berfikir tentang arti kehidupan.



Suatu ketika Nicole bertengkar dengan lelaki itu, “mengapa kamu kadang kadang menyakiti hatiku? Banyak orang yang mahukan diriku. Aku seorang yang popular”. Lalu lelaki tersebut membalas, “siapa orang-orang itu?, apa yang membuat kamu berbeza dari mereka?“. Kata-kata inilah yang membuat Nicole berfikir panjang tentang erti kehidupan, sehinggakan dia mengalami mimpi buruk mengenai masih ramai orang yang kelaparan di dunia ini sedangkan dia dapat menghabiskan $100 hanya untuk berhibur semalaman di sebuah kelab.



Melalui rakan yang berasal dari Bangladesh, dia mula mempelajari tentang Islam. Secara diam-diam Nicole belajar mendalami agama Islam tanpa dikatahui oleh teman lelakinya itu. Ini disebabkan Nicole tidak mahu teman lelakinya berfikir dia memeluk Islam kerana atas dasar cinta.



Akhirnya Nicole mengucapkan dua kalimah Shahadat di sebuah masjid tempatan di Dallas. Dia dikejutkan oleh kedatangan kekasihnya beserta ahli keluarganya. Beberapa bulan selepas itu, mereka berkahwin dan Nicole mengakui dia kehilangan beberapa kawannya, tetapi Nicole berkata “ i really dont care about what they thinks about me anymore “.



http://www.youtube.com/watch?v=khjtrIkYU5I&feature=player_embedded





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 5 May 2013

Seberat Gunung Atau Seringan Hinggapan Lalat






Siapakah yang tidak pernah melakukan kesalahan? Sungguh, manusia tidak pernah lepas dari palitan dosa. Allah hanya menjamin manusia mulia, iaitu para Nabi dan Rasul, daripada sebarang kesalahan dan dosa. Tidak pada diri kita.



Justeru, apabila membincangkan soal dosa, Rasulullah s.a.w. mengajar kita bagaimana cara melihat atau memandang dosa. Malahan, cara melihat dosa itu akan mempengaruhi hasil yang kita perolehi, iaitu sama ada pertambahan iman ataupun terus kekal hidup berdosa.



Daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ


Maksud: Sesungguhnya orang yang beriman itu melihat dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang hendak menghempapnya. Tetapi bagi para pendosa, melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya.
(al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 5, hlm. 2324, no. hadith: 5949)



Apabila kita melihat dosa-dosa yang kita lakukan dengan cara pandangan orang beriman, maka hati kita akan bertambah gelisah. Kita akan cemas dan khuatir sekali kerana gunung besar boleh bila-bila sahaja menghempap kita. 



Mari kita bayangkan situasi begini. Semasa kita memandu kereta di lebuh raya, hujan turun begitu lebat. Tiba-tiba tanah menderu runtuh di hadapan kita dan kereta kita terperangkap, tanpa boleh keluar menyelamatkan diri. Kemudian, kita melihat di atas bukit itu, batu-batu besar sudah bergerak-gerak perlahan untuk jatuh. Bagaimanakah perasaan ketika itu? Cemas mungkin bukan perkataan yang sesuai lagi untuk menceritakan gemuruh hati menanti maut.



Begitulah sewajarnya cara kita melihat dosa-dosa kita. Ia akan membibitkan ingatan kita kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari runtuhan batu itu. Rasa bimbang, takut dan gelisah itu akan memaksa diri kita bertaubat. Apatah lagi apabila kita mengenang satu persatu rakaman dosa dalam hidup kita.



Akan lebih kecut hati apabila membayangkan satu batu bergerak menggolekkan batu yang lain untuk menghempap kita. Bayangan dosa yang mengejar kita akan dihambat dengan istigfar, memohon ampunan dari Allah. Makin hari semakin takut. Takut batu yang ingin menghempap kita semakin bertambah besar. Rasa inilah yang menyelamatkan kita. Selamat dengan bertaubat.



Bayangkanlah pula, andai kita melakukan dosa tetapi tidak terasa ia adalah dosa. Walaupun tahu ia berdosa, kita menolak ia ketepi. Hati kata tidak mengapa, taubat boleh diatur nanti. Bagaikan kita menghalau lalat yang terbang ke hidung. Tangan menepis kerana serba sedikit ia mengganggu, namun hidup penuh siri dosa tetap diteruskan. Memang tercebis sedikit rasa bersalah, namun mata memejamnya. 
Teruskan. Lakukan lagi. Buang rasa bersalahmu, itu getus hati. 



Cara pandang begini, tidak akan membawa kita ke jalan taubat. Kita akan merasakan yang Allah lambat lagi bertindak ke atas kita. Kita rasakan Allah masih boleh memberi peluang hidup kepada kita. Lebih dahsyat lagi apabila kita merasa Tuhan tidak akan berbuat apa-apa pada dosa yang kita lakukan. Kita merasakan, sudah berpuluh tahun melakukan dosa, kita masih lebih selesa, kaya dan bahagia daripada orang yang taubatnya tiap saat.



Saudaraku, pada setiap hari, kita tidak luput dari melakukan kesalahan. Pilihlah bagaimana caranya kita melihat butir-butir dosa itu dalam diari hidup kita. Meneropong dengan pandangan orang beriman ataupun dengan pandangan para pendosa tegar! Itu pilihan kita.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 1 May 2013

Keajaiban Minda Bawah Sedar








Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.


Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.


Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.


Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.


Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.


Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.


Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel 'gila' akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.


Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.


"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."


Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.




Teknik Saranan Diri Yang Berkesan


Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.

Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.

Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.

Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.

Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute