Assalaamualaikum.
Ayat-Ayat Manzil ni ada banyak kegunaannya. Ianya digunakan oleh pengamal perubatan Islam untuk merawat pelbagai penyakit sihir, gangguan, saka dan penyakit misteri yang sukar diubati.
Pernah ada seorang bapa datang ke pejabat saya menceritakan masalah anaknya yang mengalami gangguan skizo dan sering mendengar bisikan di telinga selama 20 tahun.Saya bagi dia buku manzil dan suruh baca pada anak setiap pagi.
Beliau telah membacakan ayat-ayat tersebut pada air dan bagi anak beliau minum dan mandi pada setiap hari.
Sebulan kemudian si bapa datang lagi berjumpa saya dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Wajahnya sangat ceria.Matanya hampir mengalirkan air mata. Katanya setelah sebulan mengamalkan ayat manzil ni akhirnya anaknya sembuh dan tidak lagi mendengar apa-apa bisikan.Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Yang Maha Penyembuh Lagi Maha Penyayang.
Ada ramai juga para isteri yang mengalami masalah rumahtangga, turut membaca ayat manzil sebagai solusi agar jiwa mereka lebih kental dan mengelak perceraian.
Ringkasnya ayat-ayat manzil juga berupaya merawat penyakit tekanan perasaan, gangguan mental perasaan sedih, hiba, dukacita yang misteri samada jelas atau tidak jelas puncanya.
Mereka yang mengalami trauma dalam hidup samada baru kehilangan orang yang tersayang, dihimpit perasaan susah hati yang mendalam akibat tekanan ekonomi yang hebat atau kehilangan pekerjaan dan punca rezeki bagus mengamalkan ayat manzil ni dan alami keajaiban ayat-ayat suci al-quran.
Mari kita mulakan.
Surah Al-Fatihah 
Surah al-Baqarah 1 - 5

Surah al-Baqarah 163

Surah al-Baqarah 255

Surah al-Baqarah 256

Surah Al-Baqarah 257

Surah Al-Baqarah 284

Surah Al-Baqarah 285

Surah Al-Baqarah 286

Surah Ali-Imran 18

Surah Ali-Imran 26 - 27

Surah Al-A'raaf 54 - 56



Surah Al-Israa' 110 - 111


Surah Al-Mu'minun 115 - 118
Surah As-Shaffat 1 - 11
Surah Ar-Rahman 33 - 40
Surah Al-Hasyr 21 - 24
Surah Al-Jin 1 - 4
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Selepas selesai baca ayat-ayat manzil ni berdoalah kepada Allah swt. Mohon kesembuhan dan rahmat hanya dari Dia...."Ya Allah Aku Mohon Rahmat Mu, janganlah Engkau biarkan aku sendirian....."tambahlah dengan ayat kita sendiri.

Selepas selesai baca ayat-ayat manzil ni berdoalah kepada Allah swt. Mohon kesembuhan dan rahmat hanya dari Dia...."Ya Allah Aku Mohon Rahmat Mu, janganlah Engkau biarkan aku sendirian....."tambahlah dengan ayat kita sendiri.































