Saturday 23 March 2013

Sabarlah Wahai Anak-anakku....


Keputusan peperiksaan SPM telahpun diperolehi. Ada berita gembira dan mungkin ada berita pahit buat anak-anak kita yang tersayang. Kepada yang cemerlang diucapkan tahniah dan jangan lupa untuk melakukan Sujud Syukur kepada Yang Maha Tinggi.....buat mereka yang tidak bernasib baik...janganlah berhati walang.....pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat......juga tidak terlalu lambat...... tetapi pertolongan Allah selalu datang pada masa yang tepat.....





KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139





KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 




KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB


"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 21 March 2013

Maaf Sayang… Cintamu Palsu....




Masih terngiang jelas ditelingaku saat itu…

Saat engkau katakan tiada dzat yang engkau sembah selain-Nya

Kau katakan pada ku bahwa cintamu karena-Nya

Tapi.. engkau menduakan-Nya seolah-olah Dia tiada mengetahuinya

kau katakan mencintai-Nya… tapi kau sembah dan puja selain-Nya..

Bahkan kau katakan engkau tak bisa hidup tanpa yang selain-Nya..

kau habiskan waktu mu untuk syahwat, perasaan dan angan-angan tak berujung..

bukan dengan yang engkau cintai

kau katakan mencintai-Nya..

Tapi lebih kau sukai menghabiskan waktu mu dikantor dari pada bersama-Nya

kau katakan mencintai-Nya..

Tapi kau turuti syahwat berduaan dengan yang bukan muhrim..

Apakah engkau berpikir Dia tidak mengetahuinya… setelah segala daya dan upaya engkau kerahkan untuk menyembunyikannya.

kau katakan mencintai-Nya..

Tapi bagimu tempat maksiat tampak bagai Istana dari pada rumah-Nya

kau katakan mencintai-Nya..

Tapi menghamburkan uang di mall lebih engkau sukai daripada memberikan di jalan-Nya

kau katakan mencintai-Nya..

Tapi bagimu berteman dengan orang yang tidak jelas jauh lebih penting dibandingkan berteman dengan orang-orang yang dicintai-Nya..

Bahkan engkau cela orang-orang yang mencintai dan dicintai-Nya

kau katakan mencintai-Nya..

Di tiap hembusan napas mu kau bantah perintah-Nya..

Setiap peringatan, ancaman dan larangan-Nya kau anggap angin lalu..

Masihkah kau katakan mencintai-Nya.. ?

Perilaku demikian kah yang memberi makna mencintai ?

Tidak sayang… sekali-kali tidak..

Maaf sayang.. Cintamu Palsu….


(Abu Aisyah Al’Biaky)





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday 18 March 2013

Ucaplah Ya Allah & Kelebihan Surah Alam Nashrah (Al-Insyirah)





Hati saya amat tersentuh apabila menghayati video klip di atas hasil kreativiti Diyana Tahir.

Sebuah renungan yang diambil dari buku "La Tahzan" (Jangan Bersedih) Karya terhebat Dr. Aidh al-Qarni.

Sentiasa kita semai ditaman hati bahawa segala janji Allah SWT itu  benar dimana setiap kesukaran pasti akan diakhiri dengan kemudahan sebagaimana dinyatakan dalam  Surah Alam Nashrah(Al-Insyirah).








Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”


Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.


Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9 x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Bila ditiupkan ayat ini di ubun2 anak, maka anak tu akan lembut hatinya & menjadi anak yang  mendengar kata... InsyaAllah.... 









Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 17 March 2013

KEJADIAN BIDADARI SYURGA








Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.

Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar.Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur. Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.



Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, "
Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka".

Ibnu Masud Meriwayatkan:

Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga. 

Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : 

Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan akuAku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.

Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.

Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى الخيام “

Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:

# 70 Helai pakaian
# 70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
# Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 15 March 2013

Jangan Bersedih Hati Wahai Saudaraku



Kita hayati setiap patah perkataan dan selalu muhasabah diri bahawa segala yang  ada didunia adalah milik Allah.Harta yang ada pada kita bukannya milik kita yang mutlak tetapi dipinjamkan agar kita dapat menafaatkan dalam mencari kerehaan Allah didunia ini sebelum sampai detik kita dijemput mengadap Yang Maha Esa.........





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 14 March 2013

Jom Kita Raikan Kak Hanieliza Di MPH Alpha Angle Wangsamaju







Kak Hanieliza chef yang sangat saya minati sejak 7 tahun lalu. Kini saya berpeluang bersua
muka dengan chef idola saya kak liza di MPH Alpha Angle atau sekarang dikenali sebagai Aeon Wangsa Maju (bukan Aeon Big ya).
Rasa excited tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni...jom rakan-rakan blogger kita ramai-ramai pergi saksikan demo masakan beliau....boleh try masakan kak liza.....finger licking good!
Nanti kitapun dapat berkenalan antara satu sama lain....selama ini hanya kenal di alam cyber...
Yang kat bawah ni saya copy dari blog kak liza 'Hanieliza's Cooking".


Temui kakliza dalam 

Demo Masakan di MPH,
Alpha Angle Wangsamaju, Kuala Lumpur

Sabtu 16 Mac 2013 jam 1-3 petang



MENU

Nasi Pilaf [50 Hidangan Penambat Selera]
Pangek Daging [Warisan Masakan Berkuah]
Goreng Belacan Kacang Botor [Warisan Sayur]



jangan lepaskan peluang ..
boleh rasa masakan yang dibuat..Inshaa Allah..

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 13 March 2013

Selamat Hari Lahir Untuk Cik Rose Cute!!!


Bismillahirrohmaanirrohim



Assalamualaikum semua.

Doa di atas ditujukan khas buat  Cik Rose Cute yang menyambut Hari Lahir pada hari ini. Semoga hidup Cik Rose sentiasa indah dan bahagia bersama keluarga tercinta.......dikurniai rezeki yang melimpah ruah.....dianugerahi anak-anak yang soleh dan solehah. Perkenankanlah Ya Allah.




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 12 March 2013

Jangan Lupa Minum Air Kosong!!!







Topik ni juga memang selalu diwawarkan didalam blog rakan-rakan kita tetapi tak ramai yang ambik pot  tentang peri penting pengambilan air yang secukupnya kepada badan kita. kadang-kadang kita hanya minum segelas air kosong  waktu tengahari after lunch, lepas tu tunggu la  waktu dinner baru nak minum air! Bukan apa terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.. ..terlalu leka melayan komputer ....lupa nak makan  minum...sampai kepala ni mula rasa pening semacam...rupa-rupanya dehydrated!!....saya la tu ya.....


Jom kita baca article kat bawah ni mungkin lepas ni kita takkan abaikan kesihatan badan kita lagi ya. Make sure kita letak satu tumbler air kosong dekat dengan kita sentiasa to encourage diri sendiri banyak minum air. Boleh letak kat  meja komputer, tepi katil, tepi sofa, dalam kereta atau mana-mana tempat yang kita suka lepak. Jangan lupa refill.


Saranan asas pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.
Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. 





Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.


Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.


.


Antara kepentingan Air

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh 
mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).


“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.


“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.


“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. 


Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.





Air untuk buang lemak. 

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemakUntuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.


Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari.Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.


Kesan kekurangan air






Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. 


Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan. 


Michael Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). 






Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.


 “Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan. 


“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. 







Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“


Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.


Badan kehilangan air melalui

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)


Langkah terbaik ialah minum Air


Setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori.
pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
# Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan.




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 10 March 2013

Hasil Seni Nampak Seperti Realiti


Assalamualaikum semua. Mari kita bersantai dan relaxkan fikiran dihari minggu  dengan menikmati  keindahan hasil  seni lukisan 3D yang amat kreatif ini.........nampak macam 'real' je ya Subhanallah.....


Tiang yang runtuh macam nampak tersembul dari kertas lukisan...



Tangga ni nampak real....








Langkah kita pasti  terhenti bila bertembung dengan objek seperti ini yang kita sangkakan sebuah lubang yang besar ditengah jalanraya.....







Rupanya 'lubang' ini hanyalah sekadar ilusi yang dihasilkan menerusi lukisan 3D pelukis professional.Nampak seakan benar-benar  wujud !! 










Yang ni pula imej 'jambatan gantung', seram nak melintas ya takut jatuh....tapi titian siratul mustaqim lebih halus dari helaian rambut kita....





Itulah dia ya bakat luar biasa anugerah Ilahi....kalau kita rajin berusaha pasti kitapun boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa seperti di atas...apa-apa pun kita mesti sentiasa bersyukur ke hadrat Illahi atas segala bakat dan nikmat  yang diberi walaupun tampak kecil dimata kita tapi mempunyai seribu rahmat yang tersembunyi....



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 7 March 2013

Cukuplah Allah Sebagai Penolong Dan Sebaik-baik Pelindung


Bila kita sedang menghadapi pelbagai ujian, dugaan, musibah barulah kita menyedari kita memerlukan pertolongan. Kita baru tersedar bila kita tertimpa ujian dan cubaan yang bertubi-tubi, seolah terlempar ke dunia yang terasa begitu berat membuktikan bahwa kita makhluk yang lemah, tidak berdaya, kita memerlukan bantuan......kita memerlukan bantuan. Maka zikir ini adalah doa yang amat tepat buat diri kita di saat itu.




Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepada-Nya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, redha dengan apa yang dilakukan-Nya, berbaik sangka kepada-Nya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dari-Nya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin.

Dan ketika seorang hamba tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Rabb-nya, maka dia akan mendapat pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. dilempar ke dalam kobaran api, ia mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil," maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar.
Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan,

"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar." QS. Ali 'Imran: 173-174.

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Rabb-nya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya. Kerana, jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan?

"Dan, hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benarbenar beriman"

QS. Al-Ma'idah: 23

Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya. Bila anda mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup kita.

Jika harta kita sedikit, hutang kita banyak, sumber penghidupan kita kering, dan mata pencarian kita terhenti, mengadulah kepada Rabb-mu seraya mengucapkan,"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

Jika kita takut kepada seorang muslim, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau kuatir dengan suatu bencana, maka ucapkanlah dengan tulus kalimat ini:

"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

Mari kita hayati zikir Hasbunallah yang telah diolah dalam bentuk lagu merdu yang amat berkesan dihati dan sanubari kita........



Hasbunallah

Yoga Al’Ghazali feat Ajeng Kurnia Fajrin


Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir

Ku coba renungi semua
Detik waktu yang tlah berlalu
Menyisakan pedih dihati
Mengingat keangkuhan diri….

Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir

Ku coba, sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa bebanku sirna
Sepenuh hati serahkan Pada-Nya…

Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal Maula, Wa ni’man nasir

Cukuplah ALLAH,
Sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung…


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 6 March 2013

Anai-Anai Tak Makan Huruf Arab Dalam Al-Quran Tua Ini!




Subhanallah! Ajaib! Cuba lihat gambar di bawah ini. Ceritanya, di dalam rumah seorang penduduk muslim Tappachabutra, Hyderabad bernama En. Md. Farooq, anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia lebih kurang 100 tahun.




Keseluruhan sampul dari naskah Al Quran tersebut dan tempat tempat yang melindungi Al Quran tersebut  telah rosak kerana dimakan oleh anai-anai juga termasuk tulisan terjemahan AL QURAN tersebut dalam bahasa urdu. Tapi yang menakjubkan adalah ...

Anai tersebut tidak menyentuh huruf-huruf asli dari Al-quran yang bertulis dalam bahasa arab dan semua masih boleh dibaca.






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 5 March 2013

Maksud Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.



Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.
Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,"Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya "(HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.
Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.
Wallahua’lam

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday 4 March 2013

Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia



Kajian menggemparkan beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.


Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945."

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.


Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. "

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Biografi Ringkas Adolf Hitler

Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang "anti-sosial" sebagai sebuah kecacatan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).

Surat keiizinan masuk

Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.

Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar "singa podium", ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.

Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia

Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?

Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.


Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman".

Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.

Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.

Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar

Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.

Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya.

Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain.

"Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries.

Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan yang sering diucapkan Poch.

Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar

Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.

"Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.

Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok

Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.

"Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia.

Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar.

Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.

Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.

Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih

Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut.

Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.

Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui  itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan.

Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih

Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, "Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali. "

Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.

Kata Dr Sosrohusodo,  isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.

Hitler Mati di Indonesia

Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?.

Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah Nazi meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.

Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.

Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.

Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute