Saturday 12 December 2015

Mari Perbetulkan Bacaan Al Fatihah Dalam Solat

Assalaamualaikum dan semoga kita sentiasa dalam  rahmat Allah jua. Marilah kita sama-sama perbetulkan setiap kesalahan tajwid yang terdapat dalam bacaan AlFatihah semasa kita solat.
  1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
  2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
  3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
  4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
  5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
  6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
  7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
  8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
  9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
  11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
  12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
  13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
  15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
  16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
  17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
  18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
  19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
  20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
  21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
  23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
  24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
  25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
  27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
sumber : myibrah

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tips Mengelakkan Diri Dari Terkena Sihir - Part 1


Assalaamualaikum rakan blogger semua. Tips berikut boleh kita amalkan untuk menggelakkan diri kita dari terkena sihir atau sebagai kaedah rawatan bagi yang sedang menderita gangguan sihir atau sebarang penyakit misteri yang tidak dapat dikenalpasti.Amalan ini perlu dibuat secara berterusan barulah nampak hasilnya. Mesti ada keyakinan  teguh bahawa Allah SWT jualah yang Maha Penyembuh akan segalanya.

1) Membaca Surah Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)


4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)


5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam


من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)


6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu" sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)


7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"


أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Sumber : zaharuddin.net

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 27 November 2015

Keajaiban Tak Terungkai (science does not know the reason)



Do you know the miracles of zamzam Water from HOLY MAKKAH??

ZamZam water level is around 10.6 feet below the surface. It is the miracle of Allah that when Zam Zam was pumped continuously for more than 24 hours with a pumping rate of 8,000 liters per second, water level dropped to almost 44 feet below the surface,


BUT WHEN THE PUMPING WAS STOPPED, the level immediately elevated again to 13 feet after 11 minutes. 8,000 liters per second means that 8,000 x 60 = 480,000 liters per minute 480,000 liters per minutes means that 480,000 x 60 = 28.8 Million liters per hour And 28.8 Million liters per hour means that 28,800,000 x 24 = 691.2 Million liters per day

So they pumped 690 Millions liters of ZamZam in 24 hours, but it was re-supplied in 11 minutes only.

And not to forget this well is providing water from the time of Hazrat Ismaeel as till now.

There are 2 miracles here, the first that ZamZam was re-filled immediately, & the second is that Allah Holds the extra-ordinary y powerful Aquifer for not throwing
extra ZamZam out of the well.

It is the translation of the word ZamZam, which means Stop Stop!said by Hajirah RZ. Zimam is an Arabic word, it is the rope / REIN attached to bridle or noseband & it is used / pulled to stop the running animal.

Zamzam water ♥ has no color or smell, but it has a distinct taste. Water usually fills your thrust. But surprisingly, Zamzam fills your hunger as wel as your thrust. One can stay alive just by drinking zam zam water for as long as he can.


The results of the water samples tested by the European laboratories shows that Zamzam water contains :

1. CALCIUM & MAGNESUIM:
The difference between Zamzam water and other water was in the quantity of calcium and magnesium salts. The content of these was slightly higher in Zamzam water. This may be why this water refreshes tired hajis.

2. FLUORIDE:
But more significantly, the water contains fluorides that have an effective germicidal action.

Masaru Emoto is a Japanese energy scholar, author and entrepreneur, best known for his claims that human consciousness has an effect on the molecular structure of water. Following is his research on zamzam water:

1. The quality / purity of Zamzam water has, will not be find any where else in the water on this earth.

2. He used the technology named NANO, and researched a lot on Zamzam water. And found out that if one drop of Zamzam water mix in 1000 drops of regular water, regular water will get the same quality like Zamzam water.

3. He also found that a mineral in one drop of Zamzam water has its own importance that will not be find any other water on this earth.

4. He also found in some tests that the quality or ingredients of Zamzam water can not be changed, why, science does not know the reason.

Even he re-cycled the Zamzam water, but no change it was still pure.

5. This scientist also found out that, the Muslims say BISMILLAH before eating/drinking. He says that after saying BISMILLAH on regular water, there are some strange changes happened in the quality of regular water. That make it best water.

6. He also found out that if some one recites the Quran on regular water, it gets the ability for the treatment of different diseases.


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 27 October 2015

MENCARI KUNCI SYURGA




Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berkenalandengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangkudengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. 

Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 

"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya,

1."Sebutkan satu yang tiada duanya, 

2.dua yang tiada tiganya, 

3.tiga yang tiada empatnya,

4.empat yang tiada limanya, 

5.lima yang tiada enamnya, 

6.enam yang tiada tujuhnya, 

7.tujuh yang tiada delapannya, 

8.delapan yang tiada sembilannya,

9.sembilan yang tiada sepuluhnya, 

10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 

11.sebelas yang tiada dua belasnya,

12.dua belas yang tiada tiga belasnya, 

13.tiga belas yang tiada empat belasnya." 

14."Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 

15.Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 

16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? 

18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" 

19."Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? 

20.Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

21."Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 

22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca "Bismillah..."dia berkata :

1.Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

2.Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra':12).

3.Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar  Rahman. Allahs.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.

 10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :18 )

15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba -lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qubberkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:98)

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28)

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan dimalam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, 

"Apakah kunci Syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, 

"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah: 
Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Suasana di gereja Samaan itu menjadi riuh dan kecoh. Mereka seolah-olah tidak percaya pada apa yang baru mereka dengarkan dari mulut ketua Paderi mereka, lantas mereka melakukan mesyuarat tergempar, dan pada akhir mesyuarat itu, orang-orang yang hadir di gereja itu telah bersepakat untuk memeluk agama Islam semuanya. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui ilmu dan lidah seorang pemuda Muslim yang bertakwa.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 16 September 2015

SELAWAT PELINDUNG DIRI


Fadhilatnya: Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.





Tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi Ya Allah [2x]

Ya Allah
syumusil huda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinn naslamu min kulli aza
bi qadrillahi Ya Allah


"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 5 July 2015

AMALAN RASULULLAH SAW SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR.



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk

 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:

 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pun aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

 Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.

7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:

Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.

Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal
Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
 “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.

"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 2 July 2015

DAPATKAN MADU ASLI SIDR AR RUBAT HADRAMAWT YAMAN






Pohon Sidr disebutkan tiga kali dalam Al Quran iaitu dalam Surah Saba ayat 16 yang diberitahu sebagai salah satu pohon yang tumbuh di bumi. Di dalam surah Al Waqia’h ayat 28, ia digambarkan sebagai pohon yang ada di dalam syurga. Di dalam surah An Najm ayat 14 pula, perkataan Sidr disebut dengan nama Sidratul Muntaha iaitu nama tempat paling atas di langit ke tujuh yang dikunjungi Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ dan Mi’raj.


Sidr tumbuh di bahagian pantai, gurun dan daerah semi-gurun. Terdapat di negara-negara India, Pakistan, Ethiopia, Mesir, Libya, Sudan dan bahagian selatan Jazirah Arab yang mana ia tumbuh secara meluas di bahagian timur Republik Yaman.


Pohon ini juga sangat kuat dan berakar yang mana pohon ini telah bertahan dalam bencana banjir Arim di Ma'rib (sebuah negeri di Republik Yaman sekarang ini) bersama-sama dengan pohon berbuah pahit iaitu pohon Asl seperti yang disebut di dalam Al Quran surah Saba’ ayat 16.


Madu Sidr berasal dari lebah yang mengambil sari dari pohon Sidr yang terkenal dengan manfaat perubatan dan memiliki tingkat antioksidan yang sangat tinggi selain khasiat-khasiat yang hanya ada pada madu tersebut.


Semua bahagian pohon ini bermanfaat sebagai ubat:

1. Daun: Digunakan sebagai jamu, Shampu, mengubati kelemumur, kutu kepala, mata bengkak, untuk membersihkan tubuh boleh dicampur dengan air suam kerana mengandungi desinfektan dan minyak dari resin deodorant dan kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.

2. Abu kayu: Digunakan untuk mengubati gigitan ular.

3. Buah: Mengandung energi yang sangat tinggi.

4. Biji: Kayadengan protein.

5. Akar dan Batang kulit kayu: Digunakan sebagai jamu, ubat perut, hidangan pembuka dan ubat batuk.

Menurut Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organization of the United Nations), Madu Yaman Sidr SERATUS KALI LEBIH MAHAL daripada madu-madu lain di pasaran global kerana perbezaan kandungan, manfaat perubatan dan gizinya.

Berikut adalah kandungan gizi Madu Yaman Sidr:

1. Carbohydrates % 63.8 21.8 25.8
2. Protein % 3.1 29.6 6.8
3. Fat % 2.2 3.9 3.3
4. Calcium mg/100g 177 154 1270
5. Iron mg/100g 0.6 4.4 7.2
6. Phosphorus mg/100g 135 1090 85.4
7. Sulphur mg/100g 94.5 1180 195
8. Potassium mg/100g 1910 1130 673
9. Magnesium mg/100g 56.3 301 169
10. Zinc mg/100g 0.8 9.2 1.5
11. Copper mg/100g 0.6 1.6 0.3
12. Manganese mg/100g 0.4 3.5 3.5
13. Sodium mg/100g 9 14.1 22

Antara Kebaikan mengamalkan Madu Sidr :
  • Membantu melegakan ketidakhadaman yang disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan
  • Mengekalkan tekanan darah yang lebih sihat
  • Mengekalkan paras glukosa darah yang sihat (sangat sesuai untuk mengawal dan merawat pesakit kencing manis)
  • Merawat dan mengekalkan kesihatan jantung
  • Melegakan keletihan mental dan insomnia
  • Mengurangkan rasa kebas, ngilu sendi, kekurangan gris, masalah saraf terutamanya selepas pembedahan
  • Merawat penyakit tulang rawan dan tisu sendi yang sering terjadi akibat peningkatan usia
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi pesakit kanser yang sedang menjalankan kimoterapi
  • Melawan penuaan pramatang dan menggalakkan kulit muka kembali tegang, mampu merawat jerawat
  • Membekalkan mata dengan nutrient dan oksigen yang mencukupi untuk mengurangkan masalah keletihan dan kesihatan mata.
  • Mengawal dan merawat penyakit yang sering dihidapi kanak-kanak seperti resdung, selsema, batuk, kahak, demam, asma dan eczema.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Madu Sidr Ar Rubat Hadramawt ini boleh hubungi  : Puan Norzihan  019-963 8774.


Kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa:

  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.

Madu Sidr dari Hadramawt Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.


Selain itu penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday 22 June 2015

Kisah Tauladan : Dengki Yang Membawa Petaka kepada Diri Sendiri



Ada seorang Arab Badui menemui khalifah al-Mu’tashim, lalu ia diangkat menjadi orang dekat dan orang kepercayaannya. Ia kemudian dengan leluasa dapat menemui isterinya tanpa perlu minta izin dulu.


Sang khalifah memiliki seorang menteri yang memiliki sifat dengki. Melihat kepercayaan yang sedemikian besar diberikan sang khalifah kepada orang Arab Badui itu, ia cemburu dan dengki terhadapnya. Di dalam hatinya ia berkata, “Kalau aku tidak membunuh si badui ini, kelak ia mampu mengambil hati sang Amirul Mukminin dan menyingkirkanku.”


Kemudian ia merancang sebuah tipu muslihat dengan cara bermanis-manis terlebih dahulu terhadap orang Badui tadi. Ia berhasil membujuk orang Badui itu dan mengajaknya mampir ke rumahnya. Di sana, ia memasakkan makanan untuknya dengan memasukkan bawang merah sebanyak-banyaknya. Ketika orang Badui selesai makan, ia berkata, “Hati-hati, jangan mendekat ke Amirul Mukminin sebab bila mencium bau bawang merah itu darimu, pasti ia sangat terusik. Amirul Mukminin sangat pasti membenci aromanya.”


Setelah tak berapa lama, si pendengki ini menghadap Amirul Mukminin lalu berduaan saja dengannya. Ia berkata kepada Amirul Mukminin, “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya orang Badui itu memperbincangkanmu kepada orang-orang bahwa tuan berbau mulut dan ia merasa hampir mati karena aroma mulut tuan.”


Tatkala si orang Badui menemui Amirul Mukminin pada suatu hari, ia menutupi mulutnya dengan lengan bajunya kerana bimbang aroma bawang merah yang ia makan tercium oleh beliau. Namun tatkala sang Amirul Mukminin melihatnya menutupi mulutnya dengan lengan bajunya, berkatalah ia di dalam hati, “Sungguh, apa yang dikatakan sang menteri mengenai si orang Badui ini memang benar.”


Kemudian Amirul Mukminin menulis sebuah surat berisi pesan kepada salah seorang pegawainya, bunyinya: “Bila pesan ini sampai kepadamu, maka penggallah leher si pembawanya.!”


Lalu, Amirul Mukminin memanggil si orang Badui untuk menghadap dan menyerahkan kepadanya sebuah surat seraya berkata, “Bawalah surat ini kepada si fulan, setelah itu berikan aku jawabannya.”


Si orang Badui yang begitu lurus dan polos menyanggupi apa yang dipesankan Amirul Mukminin. Ia mengambil surat itu dan berlalu dari sisi Amirul Mukminin. Ketika berada di pintu gerbang, sang menteri yang selalu mendengki itu menemuinya seraya berkata, “Hendak ke mana engkau.?”


“Aku akan membawa pesan Amirul Mukminin ini kepada pegawainya, si fulan,” jawab si orang Badui.

Di dalam hati, si menteri ini berkata, “Pasti dari tugas yang diserahkan kepada si orang Badui ini, ia akan memperoleh harta yang banyak.” Maka, berkatalah ia kepadanya,

“Wahai Badui, bagaimana pendapatmu bila ada orang yang mau meringankanmu dari tugas yang tentu akan melelahkanmu sepanjang perjalanan nanti bahkan ia malah memberimu upah 2000 dinar.?”

“Kamu seorang pembesar dan juga sang pemutus perkara. Apa pun pendapatmu, lakukanlah!” kata si orang Badui “Berikan surat itu kepadaku!” kata sang menteri .
Si orang Badui pun menyerahkannya kepadanya, lalu sang menteri memberinya upah sebesar 2000 dinar. Surat itu ia bawa ke tempat yang dituju.


Sesampainya di sana, pegawai yang ditunjuk Amirul Mukminin pun membacanya, lalu setelah memahami isinya, ia memerintahkan agar memenggal leher sang menteri.
Setelah beberapa hari, sang khalifah baru teringat masalah si orang Badui. Kerana itu, ia bertanya tentang keberadaan sang menteri. Lalu ada yang memberitahukan kepadanya bahawa sudah beberapa hari ini ia tidak muncul dan justeru si orang Badui masih ada di kota.


Mendengar informasi itu, sang khalifah tertegun, lalu memerintahkan agar si orang Badui itu dibawa menghadap. Ketika si orang Badui hadir, ia menanyakan tentang kondisinya, maka ia pun menceritakan kisahnya dengan sang menteri dan kesepakatan yang dibuat bersamanya sekali pun ia tidak tahu menahu apa urusannya. Dan, ternyata apa yang dilakukannya terhadap dirinya itu, tidak lain hanyalah siasat licik sang menteri dan kedengkiannya terhadapnya.


Lalu si orang Badui ini memberitahukan kepada khalifah perihal undangan sang menteri kepadanya untuk makan-makan di rumahnya, termasuk menyantap banyak bawang merah dan apa saja yang terjadi di sana. Ia berkata, “Wahai Amirul Mukminin, Allah telah membunuh dengki, alangkah adilnya Dia! Ia (dengki) memulainya dengan si pemilik (tuan)-nya lalu membunuhnya.”


Setelah peristiwa itu, si orang Badui dibebastugaskan dari tugas terdahulu dan diangkat menjadi menteri. Si menteri yang hasad pula telah beristirahat bersama kedengkiannya.!!  (Nihaayah azh-Zhaalimiin karya Ibrahim bin ‘Abdullah al-Hazimy, Juz 2, hal.89-92, )


Kisah di atas menunjukkan akibat buruk yang menimpa orang yang memiliki dengki (hasad). Ia pun bisa kena batunya kerana sifat dengkinya sendiri. 


‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, “Cukup sebagai bukti si pendengki terhadapmu manakala ia merasa gundah di saat kamu bahagia.”

Kata Ibnu Taimiyah, “Hasad adalah sekadar benci dan tidak suka terhadap kebaikan yang ada pada orang lain yang ia lihat.”

“Janganlah kalian saling hasad (iri), janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling membelakangi (saling mendiamkan). Jadilah kalian bersaudara, wahai hamba Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 21 June 2015

KENAPA KITA PERLU BANYAKKAN SENYUMAN





1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. 

Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


4.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. 

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


5.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. 

Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


6.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


7.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. 

Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


8.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. 

Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. 

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


11.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. 

Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. 

Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. 

Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


13.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. 

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. 

Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


14.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". .


Rasulullah SAW juga menilai bahawa senyuman merupakan perbuatan kebaikan, sebagaimana sabdanya: “Segala kebahagiaan adalah sedekah. Sebahagian dari kebaikan adalah senyuman yang engkau berikan kepada saudaramu.” Nabi Muhammad sendiri adalah orang yang selalu tersenyum.  Abu Darda berkata, “Saya tidak pernah melihat atau mendengar, Rasulullah berbicara, kecuali sambil tersenyum.” Senyuman yang bermakna tentulah senyum yang ikhlas dan lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Senyuman yang tidak tulus ikhlas akan nampak negatif bagi orang yang melihatnya (hlm. 10).






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

SALAM RAMADHAN 1436 H / TAHUN 2015



Assalamualaikum. Di harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sekiranya ada salah dan silap selama saya berkarya harap sudi dimaafkan...

Matahari berdzikir
angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan
Mu
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa
Mohon Maaf Lahir dan Bathin......





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday 16 June 2015

Di Ambang Ramadhan - Lagu-lagu IKIM FM Yang Mampu Mendidik Jiwa

Assalaamualaikum sahabat yang di rindui. Ramadhan semakin dekat...tinggal 2 hari saja lagi. Mari kita jadikan ibadat puasa kita kali ni seolah-olah ianya Ramadhan kita yang terakhir kali ...

Jom kita  dengar beberapa lagu Arab yang sering berkumandang di IKIM fm..antara lagu-lagu kegemaran yang selalu saya nantikan...selalu overhaul hati kita....jadikan IKIM fm pilihan utama kita kerana begitu banyak ilmu yang dapat dimanafaatkan...


Lagu "ILAIKA" nyanyian Mohammed Obaid. 




Lagu " BETHEB HAGA " dendangan Hamza Namira



Lagu  " INSAN " nyanyian Hamza Namira



Lagu Palestin  berjudul "Rijalul Qassam" dinyanyikan oleh Kumpulan Firqah al-Waad







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 10 June 2015

Merawat Penyakit Dengan Ayat-Ayat Syifaa'



Imam Abul Qasim Qushairi r.a. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan daku pun beritahu hal anakku itu. Baginda s.a.w. berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifaa'? Mengapakah tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) agar disembuhkan?" Setelah itu juga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Qur'an) maka daku temui ayat-ayat itu pada ENAM TEMPAT. Ianya adalah seperti berikut:




14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.




57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.




69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.





82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.




80. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;




44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday 18 May 2015

FITRAH HEALTH CARE CENTRE RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT KRONIK DAN MISTERI







Fitrah Healthcare Centre merupakan sebuah pusat rawatan alternatif yang menawarkan pelbagai jenis kaedah rawatan dan terapi dibawah satu bumbung.Antaranya ialah perubatan Islam , perubatan holistik tenaga gelombang, remedy Homeopathy,Naturopathy ,herba, Rawatan Terapi Luka Dr Maggot, Terapi Minda Islamic Brainwave,Terapi DNA (punca penyakit), Terapi Blood Purification dan banyak lagi.


Antara penyakit kronik yang boleh dirawat di sini ialah kanser (semua jenis),HIV/AIDS, kencing manis,darah tinggi,strok,leukemia,asma,sawan,migraine,gout,tum or,anemia,HINI,ekzema, hepatitis, psoriasis, resdung, jaundice,SLE, denggi,talasemia, batuk kering,sakit puan, sakit tuan (ED).


Masalah lain seperti kegagalan buah pinggang, jantung, perut, hati, kulit, sendi, saraf, hormone,pengaliran darah,kolestrol tinggi,penyakit keturunan,kesuburan,meningitis ,radang paru-paru, otak mengecut,selebral palsy,hilang pendengaran,pertuturan,deria bau, rasa,sopak,kayap,dan lain-lain.


Penyakit spiritual seperti gangguan saka,makhluk halus,santau, sihir gangguan mental, skizofrenia,Parkinson,alzhemier,insomnia,dyslexia, autism,lemah IQ,kemurungan,bipolar,hyperaktif, OKU dan banyak lagi.


Alamat pusat rawatan :
No 7 Jalan SG 3/1 Pusat Bandar Sri Gombak,
Taman Sri Gombak 
68100 Batu Caves Selangor. 

Sebarang pertanyaan untuk temujanji sila hubungi Dr Ezwan Hj Saad  019-6676236.


Perhatian :

Mulai September 2015 klinik rawatan ini telah berpindah ke alamat baru : 
No.8 Jalan SG 2/1 Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
HP 019-6676236



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute