Saturday, 20 April 2013

Tips Merawat Penyakit Jantung Dengan Ayat Al-Quran


Tanda-tanda Awal Jantung Bermasaalah!


Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

Lidah terasa tegang dan pendek.

Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

Rasa keletihan sepanjang masa.

Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

Degupan jantung tidak menentu.

Nafas terasa pendek.

Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.




Kaedah Rawatan Ustaz Raflis Sabirin


Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.


1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'


2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka


3) Selepas itu baca al-Fatihah (1x)


4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (3x)


5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (1x), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (1x)


6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (7x) iaitu seperti berikut:-








Maksudnya:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya 



Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya


Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana 




Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)








Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.


7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 x baca


8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.



Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie.


Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah


Doa 1






Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Yunus Ayat 57)



DOA 2.





Maksudnya:


“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? 


Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). 

Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” 
(Surah Fushillat: Ayat 44)



Nota : Ayat2 di atas juga terdapat dalam Kitab Manzil dan dinamakan Ayat2 Syifa/Penyembuh. Oleh itu mulakanlah pagi kita dengan bacaan ayat2 tersebut. InsyaAllah kita akan selamat didunia dan diakhirat.

 


Tips Dari Dapur


Seorang pesakit beliau mendedahkan bagaimana hanya dengan meminum formula ini selama 1 bulan, penyakit penyumbatan 3 saluran darah koronarinya hilang dan beliau bebas dari bypass surgery!

No harm trying!

Beginilah formulanya:


1 cawan jus lemon segar
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
3 cawan madu



Cara Penyediaan:


Campurkan jus lemon, halia dan bawang putih dengan cuka epal dan panaskan perlahan-perlahan selama setengah jam sehingga tinggal 3/4 dari jumlah isipadu asal.

Selepas ianya sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu dan kacau hingga sebati


Cara Pengambilan:


Minum satu sudu besar sekali sehari, sebelum sarapan


Selamat Mencuba Dan Beramal !!!





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

49 comments:

  1. Alhamdulillah inilah info yang saya cari2 selama ini....sangat bermanafaat.
    moga saudari Aina diberikan Allah Taala idea2 menarik untuk terus berkarya

    ReplyDelete
  2. Jus tu kena simpan dlm peti ais ker?

    ReplyDelete
  3. Jus halia itu apa ya sinonimnya maaf saya dari Indonesia kurang paham dengan halia, terimakasih untuk responnya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakia tu jalau tidak silap di indonesia dipanggil jahe

      Delete
  4. rasanya orang indonesia panggil jahe

    ReplyDelete
  5. Macamaner nak buat jus halia dan bawang puti. Berapa ulas bawang putih yg perlu dikisar

    ReplyDelete
  6. bagi jus halia dan jus bawang putih boleh ambil seketul dalam 1 cm halia dicampur air dan seulas ulas bawang putih campur air.tak perlu pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis boleh buat video agar lebih jelas?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Jus yg kita buat tu kan bnyk jumlahnya. Klau x smpn peti ais x rosak ke?

    ReplyDelete
  8. jus kena simpan dlm peti sejuk kalau tak dia rosak.boleh minum banyak kali.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, terima kasih di atas perkngsian yg amat bermakna ini

    Ubat Sakit Jantung

    ReplyDelete
  10. Selain ikhtiar kita juga harus banyak berdoa agar penyakit tersebut segera di sembuhkan Obat Jantung Lemah

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass ... Wr. Wb.
      Bismillah ...
      Terima kasih atas doa jantung, semoga ALLAH SWT membalas kebaikan anda, Amin.
      Wassalam.

      Delete
  12. Assalam. Saya ada penyakit gastrik. Bolih kah orang yg menghidap gastrik minum air ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. waalaikumsalam.cuba minum aloe vera gel untuk penyakit gastrik kronik.sangat mujarab insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tanya,Aloe vera gel tu bkn utk sapu je ke,boleh mkn ke?

      Delete
  14. tumpng tny...jus yg dats tu jika pesakit kronik bleh ambil le ih dr 1sudu besar x?

    ReplyDelete
  15. jus boleh minum 2 kali sehari pagi dan malam 30 ml untuk pesakit kronik. sukatan ni lebih kurang satu tutup botol ubat batuk tu.ada juga kes kencing manis dan kolestrol kronik sembuh lepas amalkan jus.

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera tuan tanah.
    Thanks for sharing. sakit jantung memang umum tahu penyakit no 1 paling kerap menyerang penduduk negara kita. Apa alasan kita untuk tidak mengambil tahu tentang cara terbaik mencegah sakit jantung? Bertindak sekarang. Amalkan budaya hidup sihat.
    huhuhu.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas ilmunya, saya (adhie) mohon izin mengamalkan doa2 tersebut di atas. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dan selamat mencuba.boleh juga minum 2 gelas jus carrot susu dan satu hidangan betik sehari untuk penyakit kronik.

      Delete
  18. jus tu nak dapatkan di mana. shah alam ada jual x.

    ReplyDelete
  19. Doktor jantung yg merawat saya pesan. Minum perahan lemon 3-5 biji sehari. Kulitnya dipotong halus dan dikunyah bersama jus tadi. Ini utk bekalkan vitamin c kepada jantung untuk merawat rekahan pada dinding arteri. Jika rekahan berlaku, dan vitamin c tidak ada, maka kolesterol akan dipungut utk tampal rekahan dinding salur darah kita.

    Rekahan ini biasanya berlaku sekitar awal 30an atau lebih awal berdasarkan beberapa faktor termasuk makan berlebihan karbohidrat spt nasi roti dll. Dlm masa 10-12 tahun, kawasan rekahan tadi akan tersumbat.

    Vitamin c dlm pasaran tidak sesuai diamalkan. Sbb ada sukrose dan pelbagai bahan yg berperang sesama sendiri dgn vitamin c yg kita ambil. Buang duit saja beli yg ni. Lebih baik, beli lemon sebiji RM1.50-2.00, perah dan minum bersama potongan kulitnya.

    Setahun sekali, datanglah scan jantung dan check darah dgn pakar2 jantung. Bajetlah RM500-1000 seorang utk klinik swasta. Sila check pekej yg ada di hospital swasta berkenaan. Hospital gomen saya rasa doktor x provide servis ni. Cuba tanyalah. Jika ada, mungkin lebih murah servisnya. Jika jiran kita doktor jantung gomen, lagilah mudah. Dulu saya berjiran dgn doktor pakar tulang. Apa saja berkaitan tulang, mmg kelas A dia serviskan.

    Ini serius bisnes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian yang menarik.tq atas info anda

      Delete
  20. Salam admin,
    Untuk alternatif jaga jantung jom singgah
    Kedaibo.blogspot.my

    ReplyDelete
  21. Salam ziarah. Sy minta izin share di fb ya. sangat bermanfaat untuk disebarkan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  22. Macam mana nk jumpa ustad Raflis Sabirin.minta alamat dan phone no.
    Saya sakit jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tidak ada contact no ustaz raflis.cuba google nama ustaz.rasanya dia ada personal blog

      Delete
  23. Salam admin...28hb 9 saya baru discharge dari hsptl serdang setelah melakukn angiogram..1 belon 1 stand..tp setelah sebulan bdn masih letih2 x bermaya..seminggu dua slalu terasa dada kerap berdebar2 dan mencucuk2,pening kepala,disebabkn risau dgn simptom2 mcmtu saya trs hubungi kembali hspital serdang utk maklumat walaupn tarikh follow up 21hb 11,pihak hspital memberitahu sbnrnya saya masih ada kiv blok dlm jntung lg,bila dh dgr mcmtu trs jd brtmbh stress dn ssh hati,jd jika dgn cara2 resepi membuat air lemon tu mmg saya cari2 mudah-mudahan tidak akan dilakukan pintasan kali kedua,cuma cara2 membancuh tu kurang fhm sikitla admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.cubalah makan livextra.insyaAllah simpton tu hilang dan kita akan rasa sangat selesa.ramai pesakit jantung dah beli livextra dgn saya dan berjaya pulih. cuma harga dia agak mahal.

      Delete
  24. waalaikumsalam.sekarang ada byk produk yang siap diproses utk resipi diatas seperti Seven,Jus Herba Madu, Jihat dsbnya. Boleh juga makan livextra produk elken untuk masalah jantung.

    ReplyDelete
  25. Assalam.....perkongsian yg baik semuga penulisnya dikurniakan kebaikan yg berganda..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.terima kasih atas doa saudara.aamiin semoga diperkenankan Allah swt

      Delete
  26. Salam.. Saya ingin tahu bolehkah madu biasa yang ada dipasaraya digunakan untuk ramuan ini.. Contoh yang harga rm15..

    ReplyDelete
  27. Salam.. Saya ingin tahu bolehkah madu biasa yang ada dipasaraya digunakan untuk ramuan ini.. Contoh yang harga rm15..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.azuera kena beli madu yang benar-benar asli baru effective ramuan ni.kat pasar raya biasanya dah dicampur. cuba cari kat pasar tani. ada yg bagi tips madu asli ni kalau nak test cuba letak dalam freezer.kalau dia tak jadi beku maknanya yg asli.tapi madu asli tak boleh disimpan dlm peti ais nanti hilang khasiatnya.

      Delete
  28. Salam
    Bolehkah pesakit yg baru menjalani operasi stenting yg masih mengambil ubat2an (ubat cair darah, darah tinggi, jantung) hospital mengambil jus ni?

    Tidakkah memudaratkan pesakit?

    Maaf bertanya kerana kurang pasti.

    Sekian, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.boleh, biasanya kita kena jarakkan 2 jam antara pengambilan ubat hospital dan tradisional atau herbs

      Delete
  29. Apa jus ini boleh buat untuk penyakit jantung bengkak?? Kindly reply tq..

    ReplyDelete
  30. Aina Maisara ejen Elken atau perawat? Tips yg baik

    ReplyDelete
  31. Aina Maisara ejen Elken atau perawat? Tips yg baik

    ReplyDelete
  32. Aina Maisara ejen Elken atau perawat? Tips yg baik

    ReplyDelete
  33. Terima kasi atas perkongsian yg bermanfaat. Smga anda diberkati dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  34. Assalammualikum....
    Nak tanya surah tu boleh x utk jantung berlubang?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute