Wednesday 19 October 2016

PUSAT BEKAM ALYAKIN UKAY BISTARI : Berbekam itu Sunnah.



Arwah Ibrahim Mohsen


Pusat Bekam Al Yakin diusahakan oleh isteri Arwah Ibrahim Mohsen, seorang jurubekam yang sangat popular di Taman Melawati sejak tahun 1990an lagi. 

Bagi seorang pakar bekam yang telah berpengalaman, rawatan tidaklah memerlukan jumlah cups yang banyak-cukup hanya beberapa cups dibuat pada point-point utama di mana darah kotor dan toksid yang banyak berjaya dikeluarkan.

Pesakit perempuan akan dibekam oleh Kak Ummu dan pesakit lelaki dirawat oleh anak-anak lelaki beliau.




Pusat Rawatan terletak di alamat berikut :
PUSAT RAWATAN BEKAM AL YAKIN
Blok D-G-07 Residensi Bistaria
Taman Ukay Bistari
Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
HP : 013-375 8085, 013-638 6880, 019-376 1651, 012-376 1324.
Caj Rawatan RM 50.00 sahaja.

Sila buat temujanji terlebih dahulu. Boleh call Kak Ummu.

Waktu Rawatan :
Isnin hingga Jumaat Pkl 9.30 pagi hingga 5.30 ptg
Sabtu Pkl  9.30 pagi hingga 5.00 ptg
Ahad  Pkl 10.00 pagi hingga 2.00 ptg

JOM PI BEKAM BERAMAI-RAMAI !!


SERBA SEDIKIT TENTANG RAHSIA AMALAN BEKAM



Tahukah anda bahawa amalan berbekam adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian kita sekarang. Dewasa ini, kita terdedah dengan pelbagai penyakit yang menyebabkan kesejahteraan hidup ita terjejas. Faktor yang terbesar ialah berpunca daripada pemakanan kita yang kurang berzat dan mengandungi pelbagai menambah perasa yang membahayakan kesihatan.

Tambahan alam sekitar yang tercemar dan gaya hidup yang tidak seimbang menyumbang kepada pengumpulan toksin dalam badan kita. Pakar-pakar kesihatan bertungkus lumus membuat ubat dan penawar untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Seterusnya diambil peluang oleh ahli-ahli bisnes membuat pelbagai produk untuk menjana peluang keuntungan.

Namun kita lupa bahawa Nabi Muhammad saw telah mengajar kita tentang berbekam. Ada banyak hadis yang memperkatakan tentang amalan berbekam. Antaranya ialah :


“Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu.” ( Hadis riwayat Bukhari Muslim )

Mengikut kajian, selepas 3 bulan sel darah merah didalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak, Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi Oksigen dan nutrient yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak ( toksin) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam system aliran darah menyebabkan kapilari tersekat & tersumbat. Maka kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan & kegagalan fungsi system limfa, ginjal, hati & akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Rawatan yang terbaik adalah dengan berbekam! hanya semudah itu. Tidak perlu rawatan yang canggih-canggih dan mahal. Walaupun rawatan bekam adalah amalan kuno namun ia adalah saranan dari Rasululah saw. 

Tidak ada daripada Rasulullah saw perkara yang sia-sia.


FAEDAH BEKAM


1. Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak memakan ubat ubatan(pil)

2.Memulihkan saraf dalam tubuh manusia

3.Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.

4.Melancarkan pengaliran oksigen keseluruhan tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat.

5.menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit.

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday 12 October 2016

TIPS MEMAKSIMAKAN PENDAPATAN MELALUI PERNIAGAAN ONLINE-JOM DATANG BERAMAI-RAMAI.





Assalaamualaikum. Anda ingin menjana pendapatan sebanyak RM10-20K sebulan ? Datanglah beramai-ramai ke Property Gallery Seksyen 15 Shah Alam pada Sabtu ni pukul 3.30 petang. Motivator kita En. Shamsurizam Norsham akan berkongsi tips-tips dan teknik menarik untuk memaksimakan pendapatan melalui perniagaan secara online.

Hubungi Puan Liza 019-231 0416 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Jom siapa cepat dia dapat.. tempat duduk terhad!!




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute