Tuesday, 24 June 2014

Keindahan Malam Pertama Bulan Ramadhan Dan Malam 1 Syawal






Dari Ibnu Abbas r.a., beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda;


“Sesungguhnya syurga itu wangi dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut bulan Ramadhan. Bila malam pertama pada bulan Ramadhan datang, maka akan bertiup angin dari bawah ‘Arsy, yang disebut angin ‘al-Mutsirah’. Maka daun-daun di pokok-pokok syurga bergesel, begitu juga daun-daun pintu sehingga menimbulkan dengungan suara yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh pendengar sebelumnya.



Lalu muncullah para bidadari berdiri di halaman syurga, lalu mereka menyeru, “Adakah orang yang memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar Dia mengahwinkan Daku dengannya?” Lalu bidadari itu berkata, “Ya Ridwan (penjaga syurga), malam apakah ini?”Maka Ridwan menjawab mereka dengan talbiyah, ia berkata, “Ini malam pertama bulan Ramadhan.” Maka pintu-pintu syurga dibuka untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad ﷺ.



Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Wahai Ridwan! Bukalah pintu-pintu syurga; dan wahai Malik! Tutuplah pintu-pintu neraka bagi orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad. Wahai jibril! Turunlah ke bumi. Rantailah syaitan-syaitan dan belenggulah mereka dengan rantai. Lalu lemparkanlah mereka ke dalam lautan supaya tidak mengganggu puasa umat Muhammad, kekasih-Ku.”



Baginda ﷺ bersabda, “Allah سبحانه وتعالى berfirman pada setiap malam di bulan Ramadhan kepada seorang penyeru agar menyeru tiga kali; “Adakah orang yang memohon? Maka akan Daku penuhi permohonan-nya; Adakah orang yang bertaubat? Maka akan Daku terima taubatnya; Dan adakah orang yang meminta ampun? Maka Daku akan mengampuninya. Dan sesiapa yang memberi pinjaman kepada Yang Maha Kaya, maka ia tidak akan mengalami kekurangan, dan Dialah Yang Memenuhi Janji tanpa menganiaya.”


Baginda ﷺ bersabda, “Setiap hari pada bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa, Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan sejuta roh dari neraka yang telah diwajibkan masuk neraka. Dan pada hari terakhir bulan Ramadhan, maka Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan roh sebanyak yang telah Dia bebaskan dari awal hingga akhir Ramadhan.”


Dan bila tiba malam Lailatul-Qadar, Allah سبحانه وتعالى akan memerintahkan Jibrail turun ke bumi bersama sekumpulan malaikat yang membawa bendera hijau dan meletakkan bendera itu di puncak Kaabah. Malaikat Jibril mempunyai seratus sayap, dua sayap di antaranya tidak pernah dibentangkan kecuali pada malam itu. Lalu ia membentangkan kedua-dua sayap itu pada malam tersebut, sehingga meliputi Timur dan Barat. Lalu Jibril mengerahkan para malaikat supaya memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri, duduk, solat, dan berzikir. Para malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan mengaminkan doa-doa mereka hingga terbit fajar.


Apabila fajar terbit, Jibril menyeru para malaikat, “Wahai para malaikat! Pulanglah!”

Para malaikat bertanya, “Wahai Jibril, apakah yang akan Allah سبحانه وتعالى perbuat berkaitan dengan hajat-hajat orang-orang yang beriman dari umat Muhammad?”

Jibril berkata, “Allah سبحانه وتعالى memandang mereka pada malam ini dan mengampunkan mereka kecuali empat golongan manusia.”


Maka kami (sahabat r.a.) bertanya, “Ya Rasulullah! Siapakah mereka itu?”

Baginda ﷺ bersabda, “Mereka adalah orang yang meminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, orang yang memutuskan tali silaturahim dan yang memusuhi.”

Kami bertanya, “Ya Rasulullah! Siapakah yang memusuhi itu?”

Sabda Baginda ﷺ, “Iaitu orang yang membenci dan memutuskan persaudaraannya.”




Malam ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah)

Jika malam hari raya tiba, maka malam itu dinamakan ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah). Dan ketika tibanya Hari Raya Aidil Fitri pada hari esoknya, maka Allah سبحانه وتعالى mengutus para malaikat ke setiap negeri dan turun ke bumi. Mereka memenuhi setiap jalan dan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk Allah سبحانه وتعالى kecuali jin dan manusia.


Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! Keluarlah menuju Tuhan Yang Maha Mulia, Yang akan mengurniakan hadiah dan mengampuni dosa-dosamu yang besar.”


Apabila mereka datang ke surau mereka, maka Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja apabila telah menyelesaikan pekerjaannya?”


Sabda Baginda ﷺ, “Para malaikat berkata, ‘Wahai Tuhan kami! Balasannya adalah upah sepenuhnya.’“


Baginda ﷺ bersabda, “Maka Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Sesungguhnya Daku jadikan kamu sebagai saksi wahai para malaikat-Ku, bahawa sesungguhnya Daku telah memberikan redha dan ampunan-Ku sebagai balasan kepada mereka kerana puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan kerana solat-solat malam mereka.”


Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku. Mohonlah kepada-Ku, maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu meminta sesuatu kepada-Ku di pertemuan ini untuk akhiratmu kecuali Daku akan memberimu. Dan tidak juga untuk keperluan duniamu kecuali Daku akan memandang permaslahanmu. Maka demi kemuliaan-Ku, pasti akan Daku tutupi kesalahan-kesalahan kamu selama kamu takut kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Daku tidak akan menutup dan tidak akan Daku perlihatkan segala keaibanmu di depan orang-orang yang melanggar batas. Bertebaranlah kamu dengan membawa ampunan. Sungguh kamu telah redha kepada-Ku, dan Daku pun redha kepada kamu.”


Para malaikat pun merasa gembira dan bersukacita, kerana Allah سبحانه وتعالى telah memberi kurniaan kepada umat ini, pada ketika mereka sedang berhari raya Aidil Fitri selepas Ramadhan.”


(H.R. Ibnu Hibban, Baihaqi)



Sumber : Shafiqolbu

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Monday, 16 June 2014

TIPS MEMULIHKAN RABUN MATA DAN PENYAKIT CACAT MATA







Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie 
Merawat Sakit Mata/Rabun Mata Cara Islam  Dengan 'Baby Carrot' 

Baca surah/ayat berikut ;

1.Al-Fatihah (1) : 1-7 - 1x

2. Ayatul Kursyi (Al-Baqarah (2) : 255) - 1x

3. Selawat Syifa’ - 7x

4. Al-Qaf (50) : 22 - 7x (di dalam jus lobak merah tanpa gula/susu/ais dll.)



Maksudnya Al-Qaf (50) : 22 :

“ …. maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).”


Kita juga boleh melakukan latihan2 mata berikut untuk memulihkan kembali mata kita seperti asal. InsyaAllah kalau rajin amalkan pada setiap hari penglihatan mata akan pulih dan tidak lagi perlu memakai kaca mata.Latihan ini juga sangat baik bagi mereka yang menghadapi masalah mata juling atau lazy eye.


LATIHAN 1 : Mata Melirik Ke Kiri Dan Ke Kanan


Latihan senam mata ini baik untuk membantu merangsang otot mata agar mata otot mata dapat cekung dengan baik dan tidak kaku. Caranya adalah dengan :


1. Pandangan lurus ke depan.
2. Tangan kanan berada di sebelah kanan badan sejajar leher.
3. Jari telunjuk mengacung ke atas.
4. Lihat jari anda dengan fokus dengan cara menoleh ke kanan.
5. Palingkan wajah anda ke kiri perlahan tanpa kehilangan pandangan fokus anda ke jari tadi.
6. Tahan pandangan ketika merasa mata sudah maksimal.
7. Ketika sudah terasa penat bebaskan mata anda dengan melihat yang jauh.


Tips :


- Lakukan ke arah yang berbeza seperti ke kiri, bawah, atas, kanan atas, kanan bawah, kiri atas, kiri bawah, dan lain sebagainya.

- Kemungkinan dapat menimbulkan rasa pusing dan mual. Itu tandanya mata anda memerlukan latihan ini.


-Jika mata sudah kepenatan istirahatkan dengan melihat yang jauh atau memejamkan mata sambil berbaring.

- Senaman ini mungkin dapat mengubati rabun jauh dan rabun dekat serta penyakit cacat mata lainnya.

- Jika kesulitan fokus anda dapat mencuba dengan bantuan kacamata anda.

- Sebaiknya jangan terlalu lama, sekitar 10 sampai 30 minit saja tiap lirikan.

- Setelah latihan mata mungkin mata anda jadi agak tidak selesa untuk melihat benda-benda yang dekat jaraknya.

- Latihan ini sebaiknya sering dilakukan di tempat yang terbuka yang banyak pohon jauh dan dekat tapi tidak ditempat umum yang banyak orang atau di tempat kerja yang memerlukan konsentrasi.

- Semoga minus / plus anda berkurangan. Kalau sudah merasa berkurang ganti kacamata anda agar tidak memakai kacamata yang sekarang yang dapat mengembalikan cacat mata anda ke sediakala.


LATIHAN 2 : Fokus Pandangan Mata Jauh Dekat

Latihan berikut ini dapat membantu otot mata anda agar bergerak ke fokus jauh dan fokus dekat. Namun latihan ini mungkin dapat membuat mata anda agak buram kembali setelah melakukan latihan 1 di atas. Mungkin ada baiknya melalukan latihan 2 dulu baru yang 1, atau hanya melakukan latihan 1 saja bagi yang bermasalah rabun jauh.


1. Pandangan lurus ke depan.
2. Tangan kanan berada di depan badan sejajar leher.
3. Jari telunjuk mengacung ke atas.
4. Lihat jari anda dengan fokus.
5. Gerakkan jari maju mundur pelan-pelan dan mata tetap fokus mengikuti gerakan jari.
6. Setelah beberapa kali maju mundur lepaskan mata dengan melihat benda-benda jauh.


Tips :

- Tips ini mungkin akan lebih terlihat hasilnya pada orang yang matanya minus rendah.
- Bagi yang minus tinggi sebaiknya jangan dipaksakan kerana belum tentu membawa hasil.
- Kemungkinan latihan ini boleh menimbulkan rasa pusing dan mual.
- Jika mata sudah penat istirahatkan dengan melihat yang jauh atau berbaring dan tidur.
- Senaman ini mungkin dapat menyembuhkan rabun jauh dan rabun dekat serta penyakit cacat mata lainnya.
- Latihan ini sebaiknya sering dilakukan di tempat yang terbuka yang banyak pepohonan tapi tidak ditempat umum yang banyak orang atau di tempat kerja yang memerlukan konsentrasi.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

LIVEXTRA Merawat Penyakit Jantung Tanpa Pembedahan







Saluran Darah Sebelum dan Selepas pengambilan Livextra

ELKEN LIVEXTRA ialah satu rumusan ekslusif yang mampu mengelakkan anda daripada menjalani pembedahan angioplasti atau by-pass.


LIVEXTRA adalah supplement SEMULAJADI dan SELAMAT yang dapat MENGATASI MASALAH JANTUNG DAN SALURAN DARAH MENGECIL ATAU TERSUMBAT dengan sangat cepat dan jantung dapat berfungsi secara normal. 







LIVEXtra adalah satu formulasi menyeluruh dengan rumusan berpaten oleh pemenang Nobel, Profesor Dr. Ferid Murad untuk kesihatan kardio-serebrovaskular. Ia mengandungi :
  • L-Arginine [Farmasi (tulen) Gred] memainkan peranan penting dalam pembahagian sel, penyembuhan luka, mengeluarkan ammonia dari badan, fungsi imun, dan pelepasan hormon. Tubuh badan menggunakan arginina untuk menghasilkan nitrik oksida, yang melegakan saluran darah. Ia telah digunakan di kebanyakan pusat rawatan kesihatan untuk merawat penyakit jantung seperti kegagalan jantung, claudication, mati pucuk, kegagalan fungsi seksual wanita, dan cystitis. 

  • Probiotik Co-enzim Q-10 (CoQ10) [Paten 6867024 & 6806069] dalam LIVEXtra adalah antioksidan yang paling kuat (20 kali aktiviti antioksidan yang lebih). Ia menggalakkan tenaga sel dan mengekalkan 3 kali lebih lama dalam badan. 

  • Asid folik, Vitamin B6 & B12 formula yang sangat istimewa untuk mengawal tahap darah homocysteine, dan mencegah kerosakan pada saluran darah. 

  • Asid folik & Metafolin [Paten 5,997,915 & 6,254,904] juga membantu untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dengan mengurangkan tekanan darah. 
  • Vitamin E & Beta-Karotena membantu mencegah atau melambatkan penyakit jantung koronari dengan menghadkan oleh pengoksidaan LDL-kolesterol. 






SEBARANG PERTANYAAN CALL/WHATSAPP  SAYA 013-2191301






Livextra dirumus khas untuk

1. Saluran darah
LIVEXtra menyediakan sumber penghasilan Nitrik Oksida (NO), membantu saluran darah lebih fleksibel dan elastik supaya tekanan darah yang tinggi dapat dikurangkan.


2. Jantung
LIVEXtra boleh membantu meningkatkan tenaga sel dan aktiviti. Melindungi daripada kerosakan radikal bebas


3. Darah
Dengan LIVEXtra, lipid, kolesterol dan homosistein dalam darah yang menyebabkan penebalan darah boleh dielakkan atau dikurangkan. LiveXtra juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada saluran darah.






Mari kita ikuti penerangan lanjut macamana sistem jantung kita berfungsi........

Sistem Kardio-serebrovaskular terdiri daripada otak, jantung dan saluran darah.

Fungsi utamanya adalah untuk menghantar oksigen, nutrien, air dan hormon ke 60 trilion sel di dalam tubuh kita.

Ia juga mengangkut sisa metabolik ke paru-paru, buah pinggang dan hati untuk disingkirkan. Semua proses ini adalah bergantung kepada sistem peredaran yang sihat dan efisien.

Akibat daripada sistem peredaran yang tidak sihat disebabkan oleh sebarang kegagalan fungsi yang berlaku di sekitar otak atau sistem saraf pusat, jantung dan saluran darah akan menyebabkan penyakit kardio-serebrovaskular yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi dan aterosklerosis. Selain itu, ia juga membawa kesan yang memburukkan kepada bahagian badan yang lain.

Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mempunyai peredaran darah yang sihat kerana ia adalah berkaitan dengan :
  • Jantung yang sihat supaya ia boleh mengepam darah dengan sempurna, 
  • Saluran darah adalah lentur, kenyal dan tidak tersumbat, dan 
  • Darah tidak pekat.

TESTIMONI LIVEXTRA

Dr Adawiyah adalah seorang doktor yang bertugas di Hospital Selayang.
Ayah beliau merupakan pesakit kencing manis dan darah tinggi. Selain daripada itu, pihak Institut Jantung Negara (IJN) telah mendapati ayah beliau menghidap sakit jantung dan hanya 28% daripada jantung beliau yang berfungsi kerana sebahagian besar salur darah telah tersumbat.

Disebabkan keengganan ayah beliau untuk dibedah, dia telah diberi ELKEN LIVEXTRA untuk diminum, 2 sachet sehari. 

3 minggu kemudian, ayah beliau yang sebelum ini mengadu sakit dada dan tidak mampu naik turun tangga, kini boleh memandu kereta dari Temerloh ke Jasin untuk melawat Dr Adawiyah!













SEBARANG PERTANYAAN CALL/WHATSAPP  NOORA 013-2191301.













Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

CELJOY GO MERAWAT OSTEOARTHRITIS DAN PENYAKIT SENDI







CELJOY GO adalah makanan kesihatan keluaran ELKEN yang  bertindak MENEWASKAN kemerosotan sendi secara menyeluruh dan MEMBINA SEMULA  sendi agar dapat berfungsi secara normal. Kesan penyembuhan dapat dilihat dalam masa 3 atau 5 hari selepas mengambil CELJOY.

UNTUK PERTANYAAN HUBUNGI NOORA 013-2191 301

Sakit sendi dan masalah sendi biasanya disebabkan degenerasi rawan di dalam sendi kita.


Apabila keadaan ini berlaku tulang akan bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan keradangan.Malangnya kebanyakan rumusan malah perubatan sendi di dalam pasaran kini hanya memberi fokas untuk mengurangkan keradangan dan sakit tanpa menyasar pada punca sebenar masalah tersebut.

Memandangkan rawan sendi terbentuk dari Kolagen jenis II, Asid Hialuronik dan Kondroitin Sulfat, kita dapat meransang penghasilan rawan dan meningkatkan kekuatan mobiliti sendi penyambung kita dengan mengisi semula nutrien ini.

Suatu teknologi inovatif, Biocell Collagen II berpaten dibangunkan untuk mempunyai komposisi sendi manusia dengan kandungan sama Kolagen Jenis II, Asid Hialuronik dan Kondroitin Sulfat.

Kajian Klinikal ke atas BioCell Collagen II telah menunjukkan bahawa ia mampu :

    -menyekat enzim hialurodinase (yang menguraikan asid hialuronik) sehingga 70% 
      -meningkat kandungan asid hialuronik di sendi sebanyak 60 kali
        -meningkatkan  penghasilan Kolagen Jenis II sebanyak 2.5 kali
          -membantu mengisi semula rawan yang kehilangan. 
            -menghilangkan keradangan dan berupaya menghalang kesakitan sendi 
              -menghalang aktiviti enzim pemusnah 
                -menggantikan kehilangan rawan pada sendi 


                Dengan memberikan fokus untuk membina semula sendi kita dari dalam, kita dapat menjangka suatu kehidupan yang lebih sihat, sendi bebas kesakitan yang berkekalan!





                TESTIMONI DARI PENGGUNA CELJOY GO

                Wong Ah Chee - 64 tahun, Selangor
                Sudah hampir 7 tahun beliau menghidap sakit sendi dan ketegangan sendi. Malah beliau juga menjadi seorang 'penagih ubat' kerana terlalu kerap mencuba pelbagai jenis ubat yang diberikan oleh doktor. 


                Bagaimanapun tiada satu ubat tersebut mampu membantu beliau memulihkan kesakitan. Beliau sukar untuk berjalan jauh, malah melakukan kerja rumah juga terlalu payah. 

                Selepas mengambil CELJOY selama 10 hari, beliau merasakan kesakitan sendi beliau berkurang dan beliau juga boleh berjalan dengan lebih bebas. Kini beliau bukan sahaja boleh menaiki tangga dengan mudah dan melakukan kerja harian malah yang paling penting beliau mendapatkan kesihatan yang berkualiti dan tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

                Chong Lai Keong - 45 tahun, Pulau Pinang
                Beliau merupakan seorang atlit yang aktif yang pernah mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sukan. Bagaimanapun pada tahun 1998 beliau telah diserang dengan penyakit artritis yang memaksa beliau melupakan aktiviti kegemaran seperti badminton dan joging. 


                Untuk kembali sihat, beliau telah mencuba pelbagai jenis makanan tambahan berjenama antarabangsa tetapi beliau masih mendengar bunyi pada sendi-sendi beliau dan merasa kesakitan. Beliau juga telah membelanjakan hampir RM30 ribu untuk kos pembedahan lutut beliau. 

                Doktor telah memasukkan implan besi patella kerana rawannya telah haus. Malangnya doktor tidak memberi sebarang jaminan pembedahan akan berjaya malah beliau terpaksa berehat dan menjalani fisioterapi selama 6 bulan. Beliau juga perlu menjalani pembedahan semula dalam tempoh 10-20 tahun apabila jangka hayat lutut telah lusuh. 

                Nasib menentukan segalanya. Beliau telah diperkenalkan dengan CELJOY dan setelah mengambil 1/2 botol CELJOY bunyi keriuk pada lutut semakin berkurangan malah kini beliau lebih bertenaga dan kembali aktif seperti dahulunya.

                UNTUK PERTANYAAN HUBUNGI NOORA 013-2191 301







                Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                Jom Beli Belah Di sini

                 
                ♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute