Saturday 30 November 2013

Tips Merawat Kanak-Kanak Autisme Cara Islam





Saya pernah berbicara dari hati ke hati dengan seorang bapa yang mempunyai seorang anak autisme.Walaupun anaknya autisme tetapi beliau sangat bijak terutama di dalam subjek matematik. Jadi bapa beliau membuat keputusan menghantar anak ke sekolah biasa dan bukannya ke sekolah pendidikan khas.


Masalah timbul bila si anak tadi kadang-kadang bertindak ganas sehingga hampir mencederakan rakan-rakan.Membaling peralatan atau apa saja objek yang mampu dicapai serta memukul rakan-rakan adalah rutin harian.

Sedih, kecewa, tertekan, malu.....ini luahan  jiwa bapa "Saya tidak tahu apa lagi saya perlu buat.....puas sudah saya nasihat dengan baik, bila saya pukul anak, saya rasa sangat sedih bersalah dan tertekan........kami telah mencuba pelbagai rawatan tapi gagal." Hati kecil saya amat tersentuh dan menganjurkan agar selalu mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membaca doa ini setiap kali lepas solat supaya rohani kita tidak tercalar dengan ujian seberat ini.....

"Ya Allah Aku redha Allah sebagai Tuhanku
Aku redha Nabi Muhamad sebagai Rasulku
Aku redha Islam sebagai agamaku
Dan aku redha atas setiap takdir yang Engkau tentukan buatku...."


Mari kita lihat secara ringkas apa yang dikatakan Autisme.Ibubapa tidak perlu merasa gusar apabila dianugerahkan anak-anak Autisme.Sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak Autisme mampu dirawat dan ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang menghidap sindrom Asperger sejenis autisme.


Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.


Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.


Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.


Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.


Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.


Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.


Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.


Contohnya kalau ditanya :


‘Annie sudah makan?’.
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :


‘Annie nak makan?’.
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.


Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.


Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.


Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.


Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.


Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.


Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Disekolah.

1. Panggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli.

2. Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.


3. Memberi penerangan mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.


4. Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya


5. Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah


6. Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru


7. Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.


8. Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.


9. Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah


10. Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.








Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang


Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....


Caranya adalah dengan menyediakan

1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.


Bacakan pada air itu :


1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,

2) Ayat kursi

3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.

4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..

5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.


Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.



Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)


Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.


Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37

2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58

4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55

5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78


Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.


Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.


Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.


Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.


Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.


Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.


Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday 9 November 2013

Siksaan Meninggalkan Sembahyang







"Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya 
maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama"



Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.




6 SEKSAAN DI DUNIA

Allah mengurangkan berkat umurnya
Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
Allah tidak menerima doanya



3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
Mati dalam keadaan yang sangat lapar
Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya



3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
Allah akan menggelapkan kuburnya
Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat



3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras



DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu/bapa sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhurdengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)




SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada 
henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.




sumber: Masjid Zaid Bin Harithah & Masjid Wilayah Persekutuan.














Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday 3 November 2013

AWAL MUHARRAM : DOA Akhir Dan Awal Tahun Islam






MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Peristiwa-peristiwa penting:


1  Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10  Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.



Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca  pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.








DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Doa Awal Tahun dibaca  selepas maghrib pada malam 1  Muharram.









Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute