Sunday 5 July 2015

AMALAN RASULULLAH SAW SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR.



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk

 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:

 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pun aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

 Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.

7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:

Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.

Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal
Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
 “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.

"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday 2 July 2015

DAPATKAN MADU ASLI SIDR AR RUBAT HADRAMAWT YAMAN






Pohon Sidr disebutkan tiga kali dalam Al Quran iaitu dalam Surah Saba ayat 16 yang diberitahu sebagai salah satu pohon yang tumbuh di bumi. Di dalam surah Al Waqia’h ayat 28, ia digambarkan sebagai pohon yang ada di dalam syurga. Di dalam surah An Najm ayat 14 pula, perkataan Sidr disebut dengan nama Sidratul Muntaha iaitu nama tempat paling atas di langit ke tujuh yang dikunjungi Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ dan Mi’raj.


Sidr tumbuh di bahagian pantai, gurun dan daerah semi-gurun. Terdapat di negara-negara India, Pakistan, Ethiopia, Mesir, Libya, Sudan dan bahagian selatan Jazirah Arab yang mana ia tumbuh secara meluas di bahagian timur Republik Yaman.


Pohon ini juga sangat kuat dan berakar yang mana pohon ini telah bertahan dalam bencana banjir Arim di Ma'rib (sebuah negeri di Republik Yaman sekarang ini) bersama-sama dengan pohon berbuah pahit iaitu pohon Asl seperti yang disebut di dalam Al Quran surah Saba’ ayat 16.


Madu Sidr berasal dari lebah yang mengambil sari dari pohon Sidr yang terkenal dengan manfaat perubatan dan memiliki tingkat antioksidan yang sangat tinggi selain khasiat-khasiat yang hanya ada pada madu tersebut.


Semua bahagian pohon ini bermanfaat sebagai ubat:

1. Daun: Digunakan sebagai jamu, Shampu, mengubati kelemumur, kutu kepala, mata bengkak, untuk membersihkan tubuh boleh dicampur dengan air suam kerana mengandungi desinfektan dan minyak dari resin deodorant dan kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.

2. Abu kayu: Digunakan untuk mengubati gigitan ular.

3. Buah: Mengandung energi yang sangat tinggi.

4. Biji: Kayadengan protein.

5. Akar dan Batang kulit kayu: Digunakan sebagai jamu, ubat perut, hidangan pembuka dan ubat batuk.

Menurut Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organization of the United Nations), Madu Yaman Sidr SERATUS KALI LEBIH MAHAL daripada madu-madu lain di pasaran global kerana perbezaan kandungan, manfaat perubatan dan gizinya.

Berikut adalah kandungan gizi Madu Yaman Sidr:

1. Carbohydrates % 63.8 21.8 25.8
2. Protein % 3.1 29.6 6.8
3. Fat % 2.2 3.9 3.3
4. Calcium mg/100g 177 154 1270
5. Iron mg/100g 0.6 4.4 7.2
6. Phosphorus mg/100g 135 1090 85.4
7. Sulphur mg/100g 94.5 1180 195
8. Potassium mg/100g 1910 1130 673
9. Magnesium mg/100g 56.3 301 169
10. Zinc mg/100g 0.8 9.2 1.5
11. Copper mg/100g 0.6 1.6 0.3
12. Manganese mg/100g 0.4 3.5 3.5
13. Sodium mg/100g 9 14.1 22

Antara Kebaikan mengamalkan Madu Sidr :
  • Membantu melegakan ketidakhadaman yang disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan
  • Mengekalkan tekanan darah yang lebih sihat
  • Mengekalkan paras glukosa darah yang sihat (sangat sesuai untuk mengawal dan merawat pesakit kencing manis)
  • Merawat dan mengekalkan kesihatan jantung
  • Melegakan keletihan mental dan insomnia
  • Mengurangkan rasa kebas, ngilu sendi, kekurangan gris, masalah saraf terutamanya selepas pembedahan
  • Merawat penyakit tulang rawan dan tisu sendi yang sering terjadi akibat peningkatan usia
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bagi pesakit kanser yang sedang menjalankan kimoterapi
  • Melawan penuaan pramatang dan menggalakkan kulit muka kembali tegang, mampu merawat jerawat
  • Membekalkan mata dengan nutrient dan oksigen yang mencukupi untuk mengurangkan masalah keletihan dan kesihatan mata.
  • Mengawal dan merawat penyakit yang sering dihidapi kanak-kanak seperti resdung, selsema, batuk, kahak, demam, asma dan eczema.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Madu Sidr Ar Rubat Hadramawt ini boleh hubungi  : Puan Norzihan  019-963 8774.


Kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa:

  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.

Madu Sidr dari Hadramawt Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.


Selain itu penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute