Assalaamualaikum. Saya ingin menyampaikan hasrat Puan Shaarah Othman Yang Dipertua/Pengerusi PSIA AZWAR, kepada sahabat semua yang ingin berkongsi rezeki dengan kanak-kanak OKU kronik terlantar, yang kurang bernasib baik.
Saya pernah membuat entri tentang PSIAKU AZWAR bertajuk 'Masih Ada Yang Sayang' pada 17 April 2013. Masa tu saya baru sembuh dari beberapa sesi pembedahan akibat penyakit kronik dan klip video ini amat menyentuh perasaan dari lubuk hati saya yang paling dalam....
Pusat Jagaan Psiaku Azwar adalah rumah perlindungan dan penjagaan bagi OKU (Orang Kurang Upaya) daripada kalangan Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar (AKUKT).Beroperasi di No. 14 Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.Pusat ini amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli keperluan kanak-kanak OKU Kronik ini seperti susu, pampers, serta ubat-ubatan.
Sesiapa yang ingin beramal serta membuat sedekah jariah, bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Puan Shaarah Maybank 564472401056. Hubungi Kak Shaarah di talian 019-6114264 untuk keterangan lanjut. Sila ke facebook PSIAKU AZWAR untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka.
Kalau dah dapat gaji ataupun BR1M tu apakata kita online RM 50 atau RM 20 atau lebih ke dalam akaun mereka.Sumbangan yang sedikit tetapi ikhlas adalah sangat besar ganjarannya disisi Allah SWT.....

No comments:
Post a Comment