Tuesday, 9 September 2014

TIPS AGAR REZEKI SENTIASA BERKAT DAN HALAL




Perkara penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.




Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.


Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. 


Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya :


1. Menjauhi pekerjaan haram dan subahat

Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).

Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.


2. Bekerja sungguh-sungguh

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)


3. Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


4. Memperbanyakkan beristighfar 

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)


5. Sabar dan banyak membaca LA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH

 
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.

Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. 

‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)


6. Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)


7. Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)


8. Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam


Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)


Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.


Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.







Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday, 7 September 2014

Anak-Anak Ajaib Islam Yang Menggemparkan Dunia


Anak adalah penawar.Anak juga adalah racun. Ibarat sehelai kain putih biasanya kedua ibubapalah yang mencorakkan jatidiri dan hala tuju anak-anak bila besar nanti. Namun akan ada suatu saat dan suatu ketika Allah SWT akan memperlihatkan keajaiban pada makhluk ciptaanNya agar kita menghayati keAgunganNya dan kembali merapat kepadaNya....

Mari kita lihat senarai 5 anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan seluruh dunia.


Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:

1. Akrit Jaswal





Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak


2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba'i



Sayyid Muhammad Hussein Tabataba'i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur'an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia 7 tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.


3. Abdurrahman Farih



Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia 3 tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.


4. Ali Yakubov




Di Rusia kemunculan ayat-ayat 'Al Quran" di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.


5. Syarifuddin Khalifah



Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat 5 waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 2 September 2014

Rahsia Betik Dalam Pengubatan Tradisional





BUAH BETIK  atau ( Carica Papaya ) merupakan salah satu buah-buahan tropika yang SANGAT BERKHASIATdan ajaib dari sudut rawatan yang SANGAT LUAR BIASA. Menurut kajian buah betik dan bijinya yang telah terbukti mempunyai khasiat antihypertensive, antioxidant, anti- amoebic, antiparasitic, antiseptic, penyembuhan luka luaran dan luka atau pendarahan dalaman.


Sebagai alat Contraceptive ( pencegah kehamilan ), sel kanser akan bertindak balas atau merebak selepas pembedahan. Sebab itu kimotherapy dianjurkan untuk di lakukan untuk membunuh sel kanser. Salah satu elemen yang di perlukan untuk sel kanser merebak adalah kehadiran astrogen, hormon pada luka pembedahan. Buah betik merupakan agen Contraceptive dan dapat menghalang estrogen daripada berkumpul pada luka pembedahan tersebut. 


Situasi ini akan menghalang sel kanser dari merebak dengan cara menghalang kehadiran estrogen pada luka pembedahan tersebut. Tanpa estrogen, sel kanser tidak dapat merebak. 


Selain dari buah betik, batang buah nenas yang mengandungi bromalain juga mempunyai fungsi yang sama seperti buah betik.


Buah Betik merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Buah ini telah dipilih oleh WHO untuk meningkatkan kadar Vitamin A pada kanak-kanak di negara-negara miskin yang mengalami kekurangan Vitamin seperti  Cameroon dan Sri Lanka.


Buah betik sangat terkenal dalam penggunaan rawatan Kanser di Mexico. Kajian menunjukan betik mempunyai sifat melawan kanser kerana mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang di kenali sebagai lycopene, beta-carotene dan cryptoxanthin. Benzyl isothiocyanate dijumpai dalam buah betik berfungsi untuk menginduksi apoptosis dalam pankreas, prostat, leukemia dan menghalang karsinogen pada kanser pundi kencing. 


Kesembuhan Breast cancer ( kanser Payudara ) sangat rapat hubungannya dengan memakan betik. Benzyl isothiocyanate di temui dalam buah betik dan bijinya telah terbukti secara selectively induce apoptosis di dalam sel kanser payu dara tubuh manusia. Kadar carotenoid yang tinggi di temui dalam buah betik membuktikan pengambilan buah betik secara berterusan dapat membantu merawat dan melindungi seseorang dari terkena Penyakit kanser Payu Dara.


Antara Khasiat  Memakan Betik :

1. Mencegah penyakit kandung hempedu


  • Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji  mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin  C yang rendah, akan mengalami  risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. 


  • Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi  88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.



2. Mengurangkan keradangan


  • Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. 


  • Khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. 


  • Papain di dalam betik muda dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. 


  • Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. 
  • Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.


3.Membantu peredaran haid yang teratur


  • Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. 


  • Ia mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.


4.Merawat sirosis hati


  • Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. 
  • Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.


5.Merawat penyakit tekak


  • Jus betik yang dicampurkan dengan madu dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. 
  • Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.


6.Penawar masalah limpa


  • Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20 g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. 
  • Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.


7.Merawat tumit pecah


  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh  menyebabkan kaki terasa sakit. 
  • Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. 
  • Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.


KHASIAT DAUN BETIK DALAM MENGUBATI KANSER 
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.


Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.


Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B complex, b17, Vitamin k and E). 



Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. 


Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis


Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.


Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan. 


Daun betik juga dikatakan dapat menahan kesakitan, Cara menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :


a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari. 


Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17


Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.


RESIPI AIR REBUSAN DAUN BETIK UNTUK PESAKIT KANSER

a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute