Kehidupan sebagai manusia tidak
dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat
kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh
mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih
merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain
dan persekitarannya.
Di dalam kejahilan umat Islam
hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik,
menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan.
Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan
perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik.
Jika di dalam rumah dan pejabat
kita sering ada first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat
kemalangan dan pesakit di sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya
sertakan beberapa rawatan awal yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan
kepada pasangan, anak dan diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan.
Namun jangan dilupa, bertemu doktor itu PERLU.
Bacalah doa-doa ini semasa
menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan
iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang
mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.
Sebenarnya banyak lagi ayat
Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan
pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.
كان
رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه
بيمينه ثم قال اِذْهَبِ
البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً
إِلَّا شِفَاؤُكَ
شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika
didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan
kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah
dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan
engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu,
kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان
النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها
إسماعيل وإٍسحاق
أَعُوذُ
بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ
عَيْنٍ
لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika
sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya
kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi
Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan
kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk
berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat
jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن
جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال :
بِسْمِ
اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ
أَوْعَيْنٍ أَوْ
حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ
أُرْقِيْكَ
Ertinya
: Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah
kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas
" Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari
segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan
hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau
disembuhkan"
Baca 7 kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian
baca Bismillah 3 kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه
شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول
الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل
سبع مرات :
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا
أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat
datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak
dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu
ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan
kemudian bacalah tujuh kali : " Aku
berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku
dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله
فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ
اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ
يُشْفِيَكَ إلا
عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata
" Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba
ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi
arasy yang agung agar menyembuhkanmu".
Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit
tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai
beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno
dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sumber : Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman