Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan
terhadap manusia lain.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila
seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya
dengan orang lain.
Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan
jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika
dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu
menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada
dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula
dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.
Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah
berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah.
Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan
rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.
Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa?
Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu,
terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak
menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.
Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta
kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan
rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap.
Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi
Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong
hilang ketenangan diri.
Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu?
Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadap apa
yang berlaku.
Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia?
Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.
Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang
lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada
rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar,
tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak
balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.
Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya
ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap
orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.
Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih
dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar
selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.
Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan
keadaannya dengan Saidina Umar.
Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina
Umar sedang dileteri oleh isterinya.
Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu
Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah
tangga.
Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka
kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan
tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.
Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan
hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.
Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan
bandingkan dengan orang lain.
Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati
kita hilang tenang.
Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan
ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.
Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan
orang lain.
Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan
diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan
orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk
menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita.
Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke
dalam hati-hati kita.
Sumber :
Ustaz Muhamad bin Abdullah
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet