Antara
Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:
1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
Dari
Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)
2. Nabi
SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau
kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:
Dari Abu
Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pun aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
3. Jangan
tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah
mati.
4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam
(pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w
:”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan
sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid
33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)
5. Baca
3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan
sihir dan niat jahat manusia.
Kemudian sapu
kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan
dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali.
(Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat
untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan
buatan orang.
Hadis riwayat
Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah
SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.
7. Ambil
wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Sabda Nabi
Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.
8. Membaca
do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya
harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.
Berdasarkan
hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai
(didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah
Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ
أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan
namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)
9. Tidur
cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di
bawah pipi.
Dan dalam
hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah),
Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila
hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca
sebanyak tiga kali:
اللَّهُمَّ قِنِى
عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya
Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan
hamba-hambaMu.
10. Membaca
Surah al-Kaa-firun
Sabda Nabi
Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai
(didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu
as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.
11. Maafkan
semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.
12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal
Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.
13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn
‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
14. Membaca
do'a sesudah bangun dari tidur:
اَلْحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.
Dari Abu
Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Apabila salah seorang dari kalian
tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan
diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.
(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).
Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.
"Rasulullah
SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak
(kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)