Assalaamualaikum sahabat semua. Apa jua bentuk makanan dari unsur yang haram atau tidak jelas pasti akan memberi kesan buruk kepada seluruh hidup kita, anak-anak serta pasangan hidup masing-masing. Sumber rezeki yang diperolehi haruslah dengan cara yang halal, pekerjaan yang halal, jauh dari unsur-unsur riba penipuan, penganiayaan barulah hidup kita sekeluarga dapat hidup aman dan jauh dari kekacauan yang sering melanda warga kota kini...
Biasanya kesan-kesan buruk akibat makanan haram dapat dilihat seperti berikut :
1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang
yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti
khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.
2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram.
Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat,
taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan
pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal.Namun Allah tidak
memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram.. segala-galanya tidak
ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya
bersumberkan perkara haram.
3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah
telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh,
rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke
langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya
haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana
mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).
4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran
walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.
5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak
bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan kebajikan. Hilang rasa
cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan
anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapi tidak
timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.
6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar
program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya,
walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabila mendengar
program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak
dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.
7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan
kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah
pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi
jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.
8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini telah
lahir akibat manusia memakan khinzir walaupun secara santifik tetapi kesannya
boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan
makanan haram tersebut secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada
makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan
khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna
yang telah menggunakannya.
No comments:
Post a Comment