Thursday, 25 April 2013

Emm…patah hati.......nukilan buat remaja yang putus cinta!!!







Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”


Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke? Tapi yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita


Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?



Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:


- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif,  yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya


♥‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban♥


"Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan."


....bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya...


Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam AlQuran?


Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?


Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tidak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.


”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”



Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.


Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini !


Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...wallahu'alam..



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 23 April 2013

A Story To Tell...


A young lady was waiting for her flight in the boarding room of a big airport..

As she need to wait for many hours, she decided to buy a book to spend her time. She also bought a packet of cookies.

She sat down in an armchair, in the VIP room of the airport to rest and read in peace.

Beside the armchair where the packet of cookies lay a man sat down in the next seat opened his magazine and started reading.

When she took out the first cookie, the man took one also. She felt irritated but said nothing. She just thought:“What a nerve! If I was in the mood I would punch him for daring!

For each cookie she took the man took one too.

This was infuriating her but she didn’t want to cause a scene.

When only one cookie remained she thought : “ah…What this abusive man do now?

The man then taking the last cookie divided into half giving her one half.

Ah! That was too much! She was much too angry now!.. In a huff she took her book her things, and stormed to the boarding place.

When She sat down in her seat inside the plane, she looked into her purse to take her eyeglasses and to her surprise her packet of cookies was there untouched! Unopened!..

She felt so ashamed!.. She realized that she was wrong.. She had forgotten that her cookies were kept in her purse.

The man had divided his cookies with her, without feeling angered or bitter.

While she had been very angry, thinking that she was dividing her cookies with him.

And now there was no chance to explain herself…nor to apologize…



The moral of the story : There are 4 things that you cannot recover :

1) The Stone.. After The Throw

2) The Word.. After Its Said

3) The Occasion.. After The Loss

4) The Time.. After Its Gone



Did anyone ever tell you just how special you are?

The light that you emit might even light a star..

Did anyone ever tell you how important you make others feel..



Be grateful and appreciate what you have now before its too late..

Before a word is being said ;

Before an action is being taken ;

Before the time after its gone ;

Before a life thereafter ; Always :

Be respectful with an ethical mind

Be intelligent of any decision made

Be wise before the word is being said…

Being Wisdom - Something you can develop within yourself




Today we have made mistakes, it doesn’t 
mean there’s no hope for tomorrow..

Instead it equipped us with better preparation and hope for the best..

Don’t judge the book by its cover. A person seems bad does not necessarily mean bad. Being prejudiced is oftenly result in disappointment/regretness. Even an enemy might turned to a best ever friend with a 
WISDOM…








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday, 21 April 2013

Misteri Zaqqum : Pokok Neraka


Foto Wikipedia


Gambaran Pokok Zaqqum ~ Foto Wikipedia
.
‘Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya. Nabi Muhammad  bersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Manusia secara logik akal mungkin sukar menerimanya tetapi itulah hakikat sebenarnya. Orang-orang kafir sentiasa mengingkarinya dan mengejek Rasulullah  disebabkan fikiran mereka terbelenggu oleh kedangkalan teori bahawa pokok adalah bahan bakar api.

Mustahil pokok Zaqqum tumbuh sehingga berbuah di dalam api, lebih-lebih lagi di dalam neraka yang panasnya tujuh puluh kali ganda lebih panas daripada api dunia atau adanya pokok yang juraian tangkai dan buahnya berbentuk kepala syaitan.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَالشَّجَرَ‌ةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْ‌آنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرً‌ا ﴿٦٠

“Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”
(Surah Al Israa; Ayat 60)
.
Bagi mereka perkara ini dianggap lawak belaka. Sehinggakan Abu Jahal la’natullah alaihi boleh berjenaka dengan mengatakan, “Pokok Zaqqum adalah pokok kurma.”


Pokok Zaqqum


Meskipun ulama berbeza pendapat mengenai jumlahnya, samada tumbuhnya hanya sebatang Pokok Zaqqum di neraka atau Zaqqum merupakan nama dari sejenis pokok di neraka tetapi ianya adalah tetap tumbuhan dahsyat di neraka.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ شَجَرَ‌تَ الزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿٤٦

“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” 


Batang Dan Akar Pokok Zaqqum


Pokok Zaqqum ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh oleh panasnya api.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)


Tinggi Pokok Zaqqum


Pokok Zaqqum bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka. Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok Zaqqum.


Buah Zaqqum


Setiap dahan pokok Zaqqum menghasilkan buah yang melimpah lebat, buahnya juga boleh dipetik pada bila-bila masa dan di mana saja, kerana sememangnya neraka bertingkat-tingkat. Ada yang di bawah dan ada yang lebih ke atas.

Jangan ada yang membayangkan bahawa buahnya itu ranum mengundang selera, nikmat dan lazat. Tempat tumbuhnya pun di neraka, tentu saja buahnya mencerminkan keburukan, dan kepedihan seksanya. Buahnya seperti kepala syaitan, sungguh mengerikan dan sememangnya begitulah keadaannya.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 65)

Tersebut di dalam Al-Quran:

لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

“Mereka benar-benar akan makan dari pokok Zaqqum.”
(Surah Al-Waqiah; Ayat 52).


Buah Zaqqum Makanan Penghuni Neraka


Buah itu menebarkan aroma busuk menusuk hidung. 
“Sekiranya setitis air dari buah Zaqqum itu jatuh ke bumi, tentu akan merosakkan kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang yang memakannya?” 
(Hadis Riwayat. Nasai. Turmudzi dan Ibnu Majah)

Penghuni neraka akan sentiasa lapar dan mereka akan sentiasa tergesa-gesa ke dasar neraka untuk memakan apa sahaja yang mereka temui. Di dasar neraka ini mereka akan dipaksa memakan buah dari pokok Zaqqum yang pahit rasanya dan busuk baunya bagai tahi minyak kotor serta buah tersebut juga akan membakar wajah beserta organ dalaman tubuh mereka.

Dahsyatnya Zaqqum… Belum pun sempat disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan mengeluarkan segala isi perut.

Meskipun demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap, sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang. Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh dijadikan sebagai pengganti.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.

Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daribuahnya (sekalipun pahit dan busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”  
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)

Padahal, sebelum masuk ke perut makanan itu tersangkut dan menusuk-nusuk di kerongkong. Tidak mungkin untuk dikeluarkan semula, sungguh tidak terkira deritanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi :

وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً

“Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dengan azab yang pedih.”
(Surah Al-Muzammil; Ayat 13)

Mereka akan makan dan terus makan seperti tidak pernah puas. Walaupun buah Zaqqum itu membakar dan menggelodak dalam perut bagaikan minyak menggoreng, kepanasannya tak dapat dibayangkan.

Sesungguhnya tumbuhan Zaqqum itu memang mengerikan dan menakutkan bagi sesiapa saja. Cubalah kita bertanya pada diri sendiri, sudah berapa jauhkah kita meninggalkan dosa agar kita tidak akan rasakan pokok Zaqqum yang mengerikan itu dan sudah sebanyak mana akrabnya kita dengan amal soleh supaya kita boleh menggantikan buah Zaqqum dengan buah-buahan syurga yang tidak terbayangkan nikmatnya!

Banyak nas-nas dan keterangan yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang berseri, perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan beradab sopan,  maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di dalam masyarakatnya untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah سبحانه وتعالى .

“Kampung yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan, ialah kampung yang dinamakan “Jannah” atau “Syurga”, iaitu kampung yang boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata;  (71 Surah Az-Zukhruf); juga kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh mata,  tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia.” 
(Hadis Bukhari dan Muslim).


والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday, 20 April 2013

Tips Merawat Penyakit Jantung Dengan Ayat Al-Quran


Tanda-tanda Awal Jantung Bermasaalah!


Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

Lidah terasa tegang dan pendek.

Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

Rasa keletihan sepanjang masa.

Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

Degupan jantung tidak menentu.

Nafas terasa pendek.

Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.




Kaedah Rawatan Ustaz Raflis Sabirin


Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.


1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'


2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka


3) Selepas itu baca al-Fatihah (1x)


4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (3x)


5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (1x), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (1x)


6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (7x) iaitu seperti berikut:-








Maksudnya:


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya 



Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya


Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana 




Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)








Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.


7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 x baca


8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.



Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie.


Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah


Doa 1






Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Yunus Ayat 57)



DOA 2.





Maksudnya:


“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? 


Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). 

Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” 
(Surah Fushillat: Ayat 44)



Nota : Ayat2 di atas juga terdapat dalam Kitab Manzil dan dinamakan Ayat2 Syifa/Penyembuh. Oleh itu mulakanlah pagi kita dengan bacaan ayat2 tersebut. InsyaAllah kita akan selamat didunia dan diakhirat.

 


Tips Dari Dapur


Seorang pesakit beliau mendedahkan bagaimana hanya dengan meminum formula ini selama 1 bulan, penyakit penyumbatan 3 saluran darah koronarinya hilang dan beliau bebas dari bypass surgery!

No harm trying!

Beginilah formulanya:


1 cawan jus lemon segar
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
3 cawan madu



Cara Penyediaan:


Campurkan jus lemon, halia dan bawang putih dengan cuka epal dan panaskan perlahan-perlahan selama setengah jam sehingga tinggal 3/4 dari jumlah isipadu asal.

Selepas ianya sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu dan kacau hingga sebati


Cara Pengambilan:


Minum satu sudu besar sekali sehari, sebelum sarapan


Selamat Mencuba Dan Beramal !!!





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Wednesday, 17 April 2013

Syukur : Masih Ada Yang Sayang Anak-Anak PSIAKU...







Assalamualaikum semua....

Kita sentiasa sibuk dengan rutin harian sehingga kita terlupa kepada nasib  anak-anak istimewa yang tidak mampu menzahirkan kata-kata .....hanya pandangan sayu dari dua kelopak mata yang sentiasa bergenang airmata...... juga senyum manis si ibu yang tidak pernah kenal erti putus asa ....sehingga hembusan nafas yang terakhir...


Siapa PSIAKU Azwar?

PSIAKU AZWAR singkatan bagi Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya

Ditubuhkan oleh Puan Shaarah binti Othman pada 5hb Oktober 2009. Lebih memberi kesan, nama Psiaku Azwar ini adalah bersempena dengan nama anaknya yang telah kembali ke syurga Allah.

Pusat Jagaan Psiaku Azwar adalah rumah perlindungan dan penjagaan bagi OKU (Orang Kurang Upaya) daripada kalangan Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar (AKUKT). Ia beroperasi di No. 14 Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.

Pusat perlindungan anak-anak kurang upaya ini telah membantu 67 orang AKUKT. Lebih menyayatkan hati, 24 daripada jumlah ini telah meninggal dunia.

Jika anda ingin berkongsi sedikit daripada rezeki yang Allah berikan, bolehlah salurkan ke akaun Maybank 564472401056. Anda boleh hubungi Kak Shaarah selaku  YDP PSIAKU AZWAR di talian 019-6114264. Kak Sara sangat mengalu-alukan kedatangan anda juga.

Sila ke facebook PSIAKU AZWAR untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka.





Penjagaan Rapi 24 Jam Untuk Menyelamatkan Hamba Allah


Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak ini, mereka perlukan penjagaan rapi dan perhatian khusus selama 24 jam. Selain itu, mereka juga memerlukan beberapa keperluan harian khas seperti:


Susu yang khusus.
Ubat-ubatan.
Lampin pakai buang.
Bantuan peralatan untuk makan, minum dan pernafasan.
Rawatan susulan dari semasa ke semasa di Institut Pediatrik dengan perkhidmatan doktor pakar.


Marilah kita sama-sama menderma amal jariah untuk membantu... kita pasti akan perolehi ganjaran yang amat besar di akhirat nanti. 

Bagi mereka yang mempunyai akaun maybank  sumbangan menjadi lebih mudah dengan hanya satu klik sahaja. Walaupun jumlah yang diberi adalah kecil pada pandangan kita atau masyarakat tetapi disisi Allah SWT  amatlah besar nilai dan ganjaran....







Nota : Ada masalah skit pada klip video harap bersabar kena banyak kali klik...namun mesej dlm klip tersebut amatlah berharga....




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday, 14 April 2013

Apa erti tangisanku ini??







Jenis-jenis air mata


Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”


“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”


“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”



Berkata Salman Al Faarisi r.a



Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1.Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2.Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3.Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Berkata Ibnu Qayyim



Terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu :

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. 


Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis yang tercela dan terpuji


Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.




Air mata yang tidak di tuntut


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.



Tangisan yang memadamkan Api Neraka


“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. 


Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”



Air mata taubat Nabi Adam a.s





Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. 

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,


“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”



Dari itu……..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.


Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara



Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Wallahualam




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday, 12 April 2013

Kehebatan Doa Mengubah Takdir







Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :


"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.


Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi).








Berdoalah untuk saudara kita yang hidup menderita akibat perang.....Selamatkan Palestin.....Pray For Gaza!!!





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday, 11 April 2013

Janganlah Berbangga Diri Wahai Sahabatku






BANGGA DIRI atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain. Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.


Firman Allah bermaksud:

“Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” 

Surah Al-Qashash, ayat 76


Rasulullah saw bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.(Hadis Riwayat Muslim).


Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.


Kedudukan orang Islam di sisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.


Sebenarnya bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api.


Firman Allah bermaksud:

“Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.” 

Surah Saad, ayat 38


Orang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan firman Allah bermaksud:

“Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” 

Surah an-Najm, ayat 32


Kita juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri.


Firman Allah bermaksud:

“Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” 

Surah an-Nisaa, ayat 49


Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.


Seorang Muslim yang terkena penyakit bangga diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri. Sesungguhnya kita adalah insan biasa yang tidak punya apa di dunia yang fana ini.


Wallahu A'lam.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 9 April 2013

Sedih : Anak yatim melukis gambar ibu di lantai dan tidur disebelahnya







Gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di Palestin, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu. - Nourislam.com


Tak boleh dibayangkan, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur. Hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki, entah kemana tersebab perang. Tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi "mama".


Kisah seorang anak kecil yang melukis Ibunya pada sebuah tingkap ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu.


Ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para Nabi palestin, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di Palestin yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara Palestin dan israel, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain.


Bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemelihaaraan kita sebagai anak dihari tua kedua-dua orang tua, ibu bapa kita, jangan sia-siakan.


Berbaktilah pada orang tua kita, datangilah mereka untuk mintakan keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada, ukirlah senyum di wajah mereka, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu'afa, santunilah mereka, kerana hampir-hampir saja syurga berada di sekitar mereka sebagaimana sabda Nabi kita tercinta.


Ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang Palestin, Syria dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita, hanya saja mereka tak punya tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kasih sayang, dan jika kita diberi kemampuan oleh Allah Ta'ala mari menjadi Ibu dan Bapa bagi mereka, kalau bukan kita siapa lagi.









Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday, 7 April 2013

Ayat 7 (Ayat Munjiyat) Hindari Bencana



Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi semua. Mari kita sebarkan kebaikan mengamalkan Ayat Tujuh dalam kehidupan seharian. Seandainya kita tidak mampu untuk membaca keseluruhan ayat-ayat tersebut pada satu waktu  mungkin kita boleh mulakan  dengan  sebaris dari ayat-ayat  tersebut setiap kali selesai  solat. 

Apabila jiwa telah sebati dengan kalimah-kalimah agung Al-Quran itu pasti kita terasa alangkah ruginya hidup dan langkah  ini jika tidak diselimuti dengan bacaan ayat-ayat tersebut...


Firman Allah SWT :

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" 
Surah Ar-Ra'ad : Ayat 28


Ayat  Tujuh boleh didapati dalam kitab kecil yang dinamakan 'Manzil'.Kitab Manzil  boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual buku-buku agama. 


Ayat Tujuh  juga dipanggil  ‘Ayat Munjiyat’  adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.

Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.


Ayat Pelindung Diri

Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah kita akan mendapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.


Ayat Tujuh


1. Surah At Taubah ayat 51


9:51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

2. Surah Yunus ayat 107


10:107


“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

3. Surah Hud ayat 6


11:6

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi  rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

4. Surah Hud ayat 56


11:56

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu!  Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”

5. Surah Al Ankabut ayat 60


29:60

“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak  (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

6. Surah Al fathir ayat 2


35:2

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”

7. Surah Az Zumar ayat 38


39:38


“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”


Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh


Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:

Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.


Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

Berkata Syaidina Ali r.a.:
  • Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

  • Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

  • Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

  • Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.

  • Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

  • Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.

Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute