Wednesday, 17 April 2013

Syukur : Masih Ada Yang Sayang Anak-Anak PSIAKU...







Assalamualaikum semua....

Kita sentiasa sibuk dengan rutin harian sehingga kita terlupa kepada nasib  anak-anak istimewa yang tidak mampu menzahirkan kata-kata .....hanya pandangan sayu dari dua kelopak mata yang sentiasa bergenang airmata...... juga senyum manis si ibu yang tidak pernah kenal erti putus asa ....sehingga hembusan nafas yang terakhir...


Siapa PSIAKU Azwar?

PSIAKU AZWAR singkatan bagi Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya

Ditubuhkan oleh Puan Shaarah binti Othman pada 5hb Oktober 2009. Lebih memberi kesan, nama Psiaku Azwar ini adalah bersempena dengan nama anaknya yang telah kembali ke syurga Allah.

Pusat Jagaan Psiaku Azwar adalah rumah perlindungan dan penjagaan bagi OKU (Orang Kurang Upaya) daripada kalangan Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar (AKUKT). Ia beroperasi di No. 14 Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.

Pusat perlindungan anak-anak kurang upaya ini telah membantu 67 orang AKUKT. Lebih menyayatkan hati, 24 daripada jumlah ini telah meninggal dunia.

Jika anda ingin berkongsi sedikit daripada rezeki yang Allah berikan, bolehlah salurkan ke akaun Maybank 564472401056. Anda boleh hubungi Kak Shaarah selaku  YDP PSIAKU AZWAR di talian 019-6114264. Kak Sara sangat mengalu-alukan kedatangan anda juga.

Sila ke facebook PSIAKU AZWAR untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka.





Penjagaan Rapi 24 Jam Untuk Menyelamatkan Hamba Allah


Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak ini, mereka perlukan penjagaan rapi dan perhatian khusus selama 24 jam. Selain itu, mereka juga memerlukan beberapa keperluan harian khas seperti:


Susu yang khusus.
Ubat-ubatan.
Lampin pakai buang.
Bantuan peralatan untuk makan, minum dan pernafasan.
Rawatan susulan dari semasa ke semasa di Institut Pediatrik dengan perkhidmatan doktor pakar.


Marilah kita sama-sama menderma amal jariah untuk membantu... kita pasti akan perolehi ganjaran yang amat besar di akhirat nanti. 

Bagi mereka yang mempunyai akaun maybank  sumbangan menjadi lebih mudah dengan hanya satu klik sahaja. Walaupun jumlah yang diberi adalah kecil pada pandangan kita atau masyarakat tetapi disisi Allah SWT  amatlah besar nilai dan ganjaran....







Nota : Ada masalah skit pada klip video harap bersabar kena banyak kali klik...namun mesej dlm klip tersebut amatlah berharga....




Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

2 comments:

  1. terima kasih juga sudi singgah blog kita and give support..jumpa lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute