Tuesday, 18 March 2014

Laungan Azan Mampu Merawat Kanser,Stress Dan Penyakit Kronik





Setiap hari kita mendengar seruan azan. Paling tidak ialah lima (5) kali sehari. Sejak seawal waktu Subuh dan yang terakhir untuk hari berkenaan ia akan diserukan ketika masuk waktu Isyak. Kalimah-kalimah azan itu sekiranya difahami betul-betul ia mengandunggi nilai-nilai ajaran agama yang tinggi. Selain ia menyeru berkaitan Tauhid iaitu mengesakan Allah dan keimanan kepada Baginda Rasulullah S.A.W kalimah azan juga mengajak supaya kita menuju dan mencari kejayaan. Yang pastinya hikmah kalimah azan bukan sekadar itu sahaja. Allah tidak akan membuat sesuatu itu dengan sia-sia. Apakah pandangan Sains berkaitan seruan azan ini.


Satu kajian yang di buat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak. Menurutnya azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, kebanyakan orang Islam tidak perasan, azan boleh memberi kesan yang besar di dalam kehidupan. Beliau menegaskan;


“Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya, kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri dihanyutkan ombak besar.”


Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.


Tambahnya lagi, “ Saya menyaksikan satu peristiwa iaitu jiran saya lemas di lombong. Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu dilaungkan azan. Mayat mangsa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan. Dari situ saya melihat azan ini adalah suatu yang luar biasa.” sambungnya lagi.


Kenapa Bayi Baru Lahir Di Azankan ?

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Kenapa bayi baru lahir harus diazankan? Mungkin ada yang menjawab kerana nabi buat begitu, maka ia disunatkan.


Kajian Dr. Azhar bermula dari titik ketika seorang manusia dilahirkan ke dunia iaitu bayi. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu. Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadat pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.

  
Tambah Dr. Azhar, azan adalah formula besar di dalam hidup. Apabila terdengar laungan ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR! Ia satu kaedah untuk manusia merasai kebesaran Allah dan merasa Allah itu wujud. Di dalam azan itu terletaknya asas sifat 20. Meletakkan rasa cinta dan sayang kepada Allah. Manakala Syahadah, kesaksian kepada Tuhan yang Esa dan Rasulullah pesuruh Allah. Pengertiannya, apabila berpegang kepada sunnahnya maka akan selamat dunia dan akhirat.


“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ Tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan. Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu. 


“ Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa. Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.


Azan Menstabilkan Gelombang Dunia

DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.


Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.
Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.


Menurutnya lagi, secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta. Sekarang ini keadaan sudah berubah. Dianggarkan hampir 90 peratus populasi di dunia berada di dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.


Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.


“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati. Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.


Azan Tanda Kasih Sayang Allah

Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa. 


Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa. Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan. Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.


“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah. Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.


Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.

“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.


SOLAT PADA GELOMBANG THETA

Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta. 
Hasil Kajian yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan 3 perkara.


Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan. Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik. Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.


“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel. Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua mereka perlu amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”


“Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur. Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.


Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?
Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”


AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA. 

Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri. Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.
Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.


SEBENARNYA ALLAH TELAH BERIKAN CARA UNTUK MENGAWAL SEMUA HORMON DI DALAM BADAN IAITU DENGAN CARA SOLAT DAN PENGHAYATAN AZAN.


Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai. Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.


“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI.”





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Tuesday, 11 March 2014

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU





Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa, terdetik juga kata di dalam hati, “Apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.


Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “Kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…


Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?


Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.


Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”







Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.


Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.


Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:


“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).



Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “Belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.


Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.






Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:


I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.


II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.


III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?



Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.


Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “Apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “Aku sudah terpilih!”


Sumber : Ustaz Pahrol Muhamad Juoi/genta-rasa.com






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Sunday, 2 March 2014

Wahai Teman.....Beringatlah Kepada Yang Memerlukan


Assalaamualaikum. Saya ingin menyampaikan hasrat Puan Shaarah Othman Yang Dipertua/Pengerusi PSIA AZWAR, kepada sahabat semua yang ingin berkongsi rezeki dengan kanak-kanak OKU kronik terlantar, yang kurang bernasib baik.


Saya pernah membuat entri tentang PSIAKU AZWAR bertajuk 'Masih Ada Yang Sayang' pada 17 April 2013. Masa tu saya baru sembuh dari beberapa sesi pembedahan akibat penyakit kronik dan klip video ini amat menyentuh perasaan dari lubuk hati saya yang paling dalam....


Pusat Jagaan Psiaku Azwar adalah rumah perlindungan dan penjagaan bagi OKU (Orang Kurang Upaya) daripada kalangan Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar (AKUKT).Beroperasi di No. 14 Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.Pusat ini amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli keperluan kanak-kanak OKU Kronik ini seperti susu, pampers, serta ubat-ubatan.


Sesiapa yang ingin beramal serta membuat sedekah jariah, bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Puan Shaarah Maybank 564472401056. Hubungi Kak Shaarah di talian 019-6114264 untuk keterangan lanjut. Sila ke facebook PSIAKU AZWAR untuk melihat aktiviti-aktiviti mereka.


Kalau dah dapat gaji ataupun BR1M tu apakata kita online RM 50 atau RM 20 atau lebih  ke dalam akaun mereka.Sumbangan yang sedikit tetapi ikhlas adalah sangat besar ganjarannya disisi Allah SWT.....











Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute