Sunday, 25 May 2014

8 Perkara Lidah Yang Membawa Ke Neraka




Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. 


Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata : Anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah.


Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.


Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara :


1. Jangan bercakap bohong : Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.


2. Jangan mungkir janji : Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 


Tiga perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.


3. Jangan mengumpat : Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. 



Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita.


Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. 



Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat.


Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”

4. Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain : Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. 



Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.


5. Jangan memuji diri-sendiri : Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.


6. Jangan melaknat : Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.


7. Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.


8. Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.








Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Thursday, 8 May 2014

Tips Sentiasa Muda Cara Islam






Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1

Dilakukan selepas Solat Isyak

Ambil air segelas
Baca al-Fatihah 1 x
Baca Ayatul Qursi 1 x
Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 x


Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.


Cara 2

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1 x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3 x


Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.


Cara 3

Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.




Amalan lain yang boleh dipraktikkan agar sentiasa awet  muda  :





1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.


5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca Ayat 35 hingga 38 Surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.


8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.


15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


16. Maafkan semua orang sebelum tidur.






Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute