Ya Allah aku mengharapkan RahmatMu.Wahai Tuhanku perbaikkanlah seluruh keadaan diriku dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.
Tiada Tuhan Melainkan Engkau....
Assalamualaikum rakan-rakan semua. Cuba ikuti tips berikut untuk hidup sihat.Kalau kita rajin amalkan dalam hidup kita, InsyaAllah dapat mengelak dari penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser usus,gout, batu karang dan penyakit melibatkan sistem perkumuhan.
Kosnya rendah sahaja dan mudah untuk disediakan...selamat mencuba dan beramal...
1) The warm lemon water helps purify and stimulate the liver. Lemon/lime water liquefies bile while inhibiting excess bile flow.
2) Warm lemon/lime water aids digestion. It’s atomic composition is similar to saliva and the hydrochloric acid of digestive juices.
3) The liver produces more enzymes from lemon/lime water than any other food, according to A.F. Beddoe, author of Biological Ionization as Applied to Human Nutrition.
4) The lemon/lime water helps bowels eliminate naturally and easily.
5) Lemons and limes are high in potassium. Potassium is an important mineral that works with sodium for smooth electrical transmission in the brain and nervous system. Depression, anxiety, fogginess, and forgetfulness can often be traced to low potassium blood levels. That same nervous system needs potassium to assure steady signals to the heart. So your heart health is improved from the lemon water’s potassium.
6) Calcium and magnesium are plentiful in good ratio to each other in lemon/lime water. Magnesium is important for heart health and calcium prevents rickets.
7) Lemon/lime water can help lower blood pressure.
8) Lemon/lime water has an alkalizing effect in the body as it is buffered. Even if you drink it just before any meal, it will help your body maintain a higher pH than if you didn’t drink it. The higher or more alkaline your pH, the more your inner terrain is resistant to minor and major disease.
9) Helps dilute uric acid, which if it accumulates it creates arthritic pain or gout.
10) Helps reduce phlegm in the body.
How and When
Warm purified fluoride free water or spring water should be used. At least a half of a lemon or lime should be thoroughly squeezed into a half glass of the warm water without any sweetener.
It’s better to use a lemon/lime squeezer to get maximum juice with minimum seeds and effort. This should be done first thing in the morning on an empty stomach, and don’t start eating breakfast right away. Some recommend an hour before eating for maximum results.
One technique to assure proper timing would be to heat up water and put it into a thermos before going to bed.
Then mix that hot water with room temperature purified lemon or lime water upon arising.
Drink it down quickly, then go about your other morning routines before eating breakfast.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
Membesarkan anak adalah pengalaman berharga buat mereka yang bergelar ibu bapa. Melalui proses sejak kecil sehingga menuju kedewasaan, orang tua bakal berdepan pelbagai pengalaman.
Kata bijak pandai, acuan yang baik diasaskan ketika anak masih kecil kerana ia bakal menjurus kepada pembentukan seterusnya.
Bahkan, ada yang mengatakan proses pembentukan terbaik adalah ketika masih dalam kandungan kerana di situ bermulanya asas terbaik.
Namun, ramai yang mengeluh kerana sikap anak-anak kini yang di luar kawalan disebabkan pengaruh rakan sebaya yang boleh menggoyahkan disiplin diri.
Justeru, renungkan pelbagai kaedah berikut yang boleh membantu dari segi pembentukan diri anak:
1. Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.
2. Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
4. Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
6. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).
7. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).
9.Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12.Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14.Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.
15.Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
18.Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
Terdapat beberapa amalan untuk mendapat rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Jangan tinggalkan beribadah kepada Allah.
Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu".
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
2. Memperbanyakkan istighfar .
Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan bertambah kasih kepada kita.
Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sabda Nabi S.A.W.
" Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
3. Meninggalkan perbuatan dosa.
Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya.”
( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
Sabda Rasulullah S.A.W :
"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
4. Banyak ingat Allah.
Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud :
"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki.
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
7. Menyampaikan hajat orang lain.
Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)
8. Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "
(Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :
" Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)
Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Buat kebajikan dan membantu orang yang lemah.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya :
"Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"
11. Menjalin silaturrahim.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)
13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain.
Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya :
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Hormati dan melayan tetamu.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya :
"Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."
15. Amalan Solat Duha.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Syukur di atas segala pemberian Allah.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Surah Ibrahim ayat 7)
17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki.
i- Membaca Surah Al-Waqiah
Ada riwayat menjelaskan :
"Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".
ii- Membaca Surah Yasin
Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya :
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Talaq ayat2-3)
Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.”
Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
Kemudian turunlah ayat yang bermaksud:
“Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ibnu Jarir)
18. Sentiasa berdoa kepada Allah.
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)
Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.
20. Bertawakal kepada Allah SWT.
Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”
(Surah At-Thalaq ayat 3)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan rezeki yang murah daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.
Sumber : Ustaz Abu Basyer
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
Saya pernah berbicara dari hati ke hati dengan seorang bapa yang mempunyai seorang anak autisme.Walaupun anaknya autisme tetapi beliau sangat bijak terutama di dalam subjek matematik. Jadi bapa beliau membuat keputusan menghantar anak ke sekolah biasa dan bukannya ke sekolah pendidikan khas. Masalah timbul bila si anak tadi kadang-kadang bertindak ganas sehingga hampir mencederakan rakan-rakan.Membaling peralatan atau apa saja objek yang mampu dicapai serta memukul rakan-rakan adalah rutin harian. Sedih, kecewa, tertekan, malu.....ini luahan jiwa bapa "Saya tidak tahu apa lagi saya perlu buat.....puas sudah saya nasihat dengan baik, bila saya pukul anak, saya rasa sangat sedih bersalah dan tertekan........kami telah mencuba pelbagai rawatan tapi gagal." Hati kecil saya amat tersentuh dan menganjurkan agar selalu mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membaca doa ini setiap kali lepas solat supaya rohani kita tidak tercalar dengan ujian seberat ini.....
"Ya Allah Aku redha Allah sebagai Tuhanku Aku redha Nabi Muhamad sebagai Rasulku Aku redha Islam sebagai agamaku Dan aku redha atas setiap takdir yang Engkau tentukan buatku...." Mari kita lihat secara ringkas apa yang dikatakan Autisme.Ibubapa tidak perlu merasa gusar apabila dianugerahkan anak-anak Autisme.Sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak Autisme mampu dirawat dan ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang menghidap sindrom Asperger sejenis autisme.
Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.
Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.
Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.
Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.
Contohnya kalau ditanya :
‘Annie sudah makan?’. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :
‘Annie nak makan?’. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.
Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Disekolah.
1. Panggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli.
2. Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.
3. Memberi penerangan mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.
4. Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya
5. Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah
6. Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru
7. Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.
8. Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.
9. Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah
10. Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.
Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang
Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....
Caranya adalah dengan menyediakan
1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan minyak habbatussawda.
Bacakan pada air itu :
1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,
2) Ayat kursi
3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.
4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..
5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.
Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.
Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.
Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.
Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.
Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.
Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.
Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
"Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama"
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.
6 SEKSAAN DI DUNIA
Allah mengurangkan berkat umurnya Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala Allah tidak menerima doanya
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina Mati dalam keadaan yang sangat lapar Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya
3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya Allah akan menggelapkan kuburnya Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras
DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU
SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)
ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)
MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu/bapa sendiri
ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhurdengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
sumber: Masjid Zaid Bin Harithah & Masjid Wilayah Persekutuan.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram.
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72) bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’
Jibril berkata :
'Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.'
Rasulullah saw bertanya kepada malaikat tadi:
‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?'
Malaikat itupun berkata:
‘Wahai Rasulullah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia.'
Mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung ttisan air hujan.
Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,
‘Wahai Rasulullah saw, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan.'
Rasulullah saw pun bertanya :
‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?'
Malaikat itupun menjawab :
‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu bershalawat atasmu, pada saat itu aku tidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas shalawat yang mereka ucapkan atas dirimu.'
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
STRESS merupakan salah satu jenis gangguan jiwa ringan yang biasa dialami oleh siapa saja. Mulai dari anak-anak, remaja, orang tua tentunya dengan kadar gangguan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Sama halnya dengan penyebab timbulnya stress, pun berbeza-beza. Seorang remaja mengalami stress kerana kesulitan belajar atau putus cinta. Orang tua merasai stress kerana memikirkan tingkah dan sikap anak-anaknya yang susah diatur. Bahkan, ada juga seseorang itu mengalami stress berat hanya kerana haiwan peliharaan kesayangannya mati.
Dalam Islam, stress merupakan penyakit jiwa yang perlu diubati dengan pendekatan yang tercantum dalam Al-Quran dan Hadith.
“Allah SWT tidak akan memberikan beban hidup seseorang melainkan menurut kadar kemampuannya.”
( Surah Al-Baqarah 2 : 233).
Berikut antara Tips Merawat Stress Cara Islam
1.Tanamkan jiwa yang sabar
SABAR membuat seseorang selalu merasa tenang dan tenteram, hatinya selalu bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT sehingga orang-orang yang sabar hidupnya selalu merasa berkecukupan. Dia tidak pernah meminta sesuatu yang bukan haknya, kerana Allah SWT akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersabar berupa kenikmatan syurga. Firman Allah SWT :
“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik (syurga) dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah An-Nahl 16 : 96)
SABAR merupakan tunggak utama dalam menghadapi berbagai macam ujian. Ujian yang menimpa diri kita harus dihadapi dengan berbaik sangka kepada Allah SWT. Sebab dibalik ujian yang menimpa diri kita, tentu ada hikmah yang akan kita dapatkan. Oleh kerana itu Allah SWT menyatakan dalam firmanNya
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’ (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.
(Surah Al-Baqarah 2 : 155-157)
Hidup di dunia ini akan diwarnai oleh berbagai macam ujian. Setelah ujian yang satu dilaluinya maka akan dihadapkan pada ujian berikutnya, sampai berakhirnya kehidupan di dunia ini.
Stress merupakan tangga ujian untuk mengukur keimanan seseorang. Ketika seseorang stress kemudian dia bersabar maka dia telah melangkah satu tahap dalam menuju keimanan yang sempurna.
2. Selalu Mensyukuri Nikmat Allah
Setelah jiwa kita dipenuhi dengan kesabaran maka sertailah dengan jiwa SYUKUR. Kerana Jiwa yang sabar akan melahirkan manusia yang pandai bersyukur.
SYUKUR seringkali diertikan dengan “menggunakan nikmat Allah SWT yang diterima sesuai dengan tujuan yang dikehendaki olehNya”. Misalnya, nikmat harta harus diinfakkan, ilmu harus diamalkan, umur untuk ibadah dan sebagainya.
SYUKUR juga dapat mengungkapkan keringanan hati lantaran kenikmatan yang diberikan Allah SWT dengan cara taat melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. Jadi, syukur punya makna yang maha luas.
Tidak sekadar getaran terima kasih dalam hati, ucapan dengan lidah atau memanjatkan kesyukuran, tetapi yang lebih penting ialah memanfaatkan semua kurniaan Allah SWT pada jalan yang diredhaiNya. Misalnya, Allah mengurniakan akal kepada manusia, maka gunakanlah akal itu untuk berfikir, mempelajari hingga mampu membuahkan pemikiran-pemikiran yang baik dan benar.
Allah mengurniakan manusia anggota tubuh yang sempurna. Maka harus dimanfaatkan untuk ibadah dan melakukan hal-hal yang berguna bagi kesejahteraan hidup.
Firman Allah SWT : “…Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua ibubapamu…”.
(Surah Lukman 31 : 14).
Dalam salah satu hadis, Rasulullah saw bersabda,
“Orang yang tidak mahu berterimakasih kepada manusia, ia tidak akan bersyukur kepada Allah SWT.”
3. Menumbuhkan Jiwa yang Optimis
Optimis adalah suatu sikap yang selalu berpandangan baik dalam menghadapi segala hal. Sikap optimis ini merupakan sikap yang sangat dianjurkan dalam Islam, sebagaimana firman Allah SWT :
”Janganlah kamu bersikap lemah (pesimis), dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.
(Surah Ali Imran 3 : 139).
Sikap optimis haruslah mengalahkan sikap pesimis yang selalu menyelinap dihati tatkala kita menghadapi apa jua beban hidup. Untuk itu jika ingin hidup sukses kita harus membangunkan rasa optimis dalam diri.
Optimis yang dihasilkan dari rasa tawakal inilah yang menjadikan Rasulullah SAW berserta sahabat mampu memenangi peperangan yang tercatat dalam sejarah dunia, mulai dari perang Badar hingga peperangan di masa kekhalifan Islam sampai berabad-abad lamanya.
Kerana itu Optimisme adalah kemampuan untuk percaya bahwa hidup memang tidak mudah, tetapi dengan upaya baru, hidup akan menjadi lebih baik. Optimisme adalah kemampuan melihat sisi terang kehidupan dan memelihara sikap positif yang realistik dalam situasi sulit sekalipun.
4.Selalu Berdoa Kepada Allah SWT
Yang paling penting dalam mengatasi stress adalah memperbanyak doa kepada Allah SWT. Kerana doa merupakan kekuatan yang maha dahsyat, yang mampu menyelesaikan setiap permasalahan hidup. Dalam Al-Quran, Allah SWT telah mengajarkan kepada kita tentang DOA MENGATASI MASAALAH, yaitu;
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah 2 : 286)
5. Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan SOLAT SUNAT
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakui fadilat SOLAT dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya :
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Al Baqarah 153)
6. Amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih
Merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT :
‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.' (Surah Ar-Ra’d Ayat 28)
7. Mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir Al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
'Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda'
(Riwayat Bukhari).
MEMBACA AL-QURAN sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana Al-Quran dan hadith merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.
8. Meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi itu akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaanNya dan dimasukkan ke dalam syurga.
Wallahu A’lam
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet
Waktu Hilangnya Islam - Ustaz Wadi Annuar
-
Islam akan lenyap. Lenyapnya tuan-tuan, lenyap ni sehingga tidak ada satu
masjid pun di atas muka bumi Allah yang meluangkan azan. Haih bila itu
usta? p...
I CUT APPLE A PARENTING
-
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Sudah jawab salam saya?
Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawapan salam anda.
Terima ...
MENJAWAB KEMUSYKILAN SAUDARA BARU
-
[image: MENJAWAB KEMUSYKILAN SAUDARA BARU]
Saya berhasrat memeluk Islam. Ibu bapa saya juga tidaklah begitu
menghalang. Cuma mereka tidak berapa berkenan a...
Israk Dan Mikraj Daripada Hadis-hadis Sahih
-
Israk & Mikraj : Antara Ketulenan Wahyu & Cerita Yang 'Sengaja' Ditambah.
OLEH USTAZ SYIHABUDIN AHMAD
1.Peristiwa Israk mikraj
Peristiwa Israk mikraj adala...
MENDORONG PELAJAR/ANAK MELAKUKAN KERJA BAIK
-
*Apabila menyuruh anak melakukan kerja baik...*
1) Jangan manipulasi emosi mereka seperti:
*"Anak ibu baik kan... tolong ambil ibu air segelas."*
2) Ja...
Argentina through to final after penalties
-
Language English
Once again Holland were reminded why it is only really the English who tend
to be more petrified of penalty shootouts. It had been a rec...
Krisis Rumahtangga? Amal Ini Dahulu
-
Bismillah
Allahummasolli'alannabi
Pelbagai masalah rumahtangga dihantar ke emel saya.
Saya bukan pakar kaunseling keluarga. Jesteru tidak semua soalan dap...