Tuesday 19 February 2013

Cara Mudah Untuk Sihat


Jom kita layan gambar-gambar di bawah ni. Sebagaimana indahnya warna-warna buah-buahan ini di mata kita begitulah juga indahnya kesan pengambilan sayuran dan buah-buahan dan terhadap se-sel badan kita yang semakin hari semakin lemah akibat pengambilan makanan segera atau peningkatan usia.


Saya telah mengamalkan pengambilan jus sayuran dan buah-buahan 4 kali dalam seminggu semenjak saya pulih dari rawatan penyakit kronik  pada tahun lepas sehingga kini. Alhamdulillah, khasiat pengambilan jus ni amat bagus sekali dan dapat menangani dengan cepat masalah –masalah kesihatan seperti kandungan asid urid yang tinggi dalam badan, penyakit darah tinggi, kolestrol,kencing manis,sembelit,rabun mata,gout dan banyak lagi.


Paling baik diminum sewaktu perut kosong di awal pagi sebelum sarapan kerana waktu itu sel-sel badan dalam kehausan dan akan menyerap enzim secara paling optimum.

Anda hanya perlu ada juicer(beli dekat mana-mana shopping complex).Jangan gunakan blender kerana enzim didalam buahan dan sayuran akan di oksidaiskan akibat putaran dan nutrient akan termusnah. Kita lihat buah epal bila kita biarkan setengah jam selepas dikupas warna akan berubah.Itu adalah proses oksidasi.


Resipi jus sayuran+buahan yang paling efektif  saya amalkan  ialah campuran buah epal hijau, cucumber(timun),celery,buah peria katak, dan green capsicum.Kalau rasa pahit boleh improvise dengan mencampurkan  lobak merah. Kesan dapat dilihat selepas 4 hari mengambil jus ini  dalam seminggu.


Rahsia Warna Warni Buah-buahan

Kumpulan Makanan MERAH

Lycopene merupakan karotenoid yang bertanggungjawab terhadap warna merah  tomato.
Walau bagaimanapun, kandungan lycopene dalam tomato akan hanya meningkat ketika buah berada dalam keadaan matang (tomato akan menjadi lebih merah) dan perbezaan akan lebih jelas kelihatan pada pelbagai jenis tomato.

Sebagai contoh, tomato merah mempunyai kandungan lycopene yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tomato kuning.

Lycopene bertindak sebagai ajen anti-oksidan yang mampu membantu badan menyerap radikal bebas dan juga membaiki sel-sel badan yang telah rosak. Disamping itu lycopene mampu menyahkan toksin yang boleh menyebabkan penghasilan sel-sel barah.

Kumpulan makanan merah adalah seperti tomato, tembikai, lada merah, limau gedang merah, jambu batu merah.

Kumpulan makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral yang lain selain daripada lycopene. Biarpun begitu ada sesetengah buah-buahan yang mengandungi lycopene tidak berwarna merah seperti buah jambu batu.Kandungan lycopene di dalam buah jambu batu adalah rendah.

Kumpulan Makanan JINGGA

Beta-karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan lobak merah jingga. Ia banyak dijumpai di dalam makanan berwarna jingga. Badan kita mampu menukar beta-karotene kepada Vitamin A jika diperlukan.

Beta-karotene bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan kita dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, bahkan  ia juga mampu memperlahankan kemaraan penyakit-penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration atau kemerosotan macular dari merebak.

Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga.

Selain daripada mengandungi beta-koratene, kumpulan makanan berwarna jingga ini mengandungi vitamin dan mineral lain yang memainkan peranan dalam  mempertingkatkan tahap kesihatan kita.

Sebagai contoh, buah labu merupakan sumber Vitamin B6. Selain itu sahaja, sayursayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotene.Warna jingga beta-karotene dilitupi oleh warna hijau klorofil.

 Kumpulan Makanan JINGGA KUNING

Makanan dalam kumpulan ini mengandungi beta-crytoxanthin yang diklafikasikan secara kimia sebagai xanthophylls. Ia mengandungi ajen anti-kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung. Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti-oksidan dalam badan kita.

Nenas, oren, betik, jagung manis, nectarines (sejenis buah pic yang kulitnya tidak berbulu), buah limau nipis dan pic (sejenis buah yang berwarna kuning kemerahan) tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning.

Buah pisang membekalkan Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon. Bromelain yang terkandung didalam nenas dan papain yang dijumpai di dalam betik merupakan enzim proteolitik yang mampu membantu untuk memperkembangkan lagi fungsi penghadaman badan kita.

Kumpulan Makanan HIJAU KUNING

Makanan dalam kumpulan ini mengandungi kebanyakannya lutein dan zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin adalah pigmen kuning berkepekatan tinggi yang dijumpai dalam buah-buahan berwarna kuning dan sayuran yang daunnya berwarna hijau tua.

Kawasan retina di mata kita dikenali sebagai macula. Pengambilan tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin dalam diet pemakanan mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macular yang berkaitan dengan usia.
Bayam, buah avocado, kacang hijau, kale atau kubis, collard greens dan mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.

Kumpulan Makanan HIJAU

Glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles adalah sebahagian komponen
yang biasa wujud dalam kumpulan makanan ini. Sulforaphane adalah bahan kimia tumbuhan yang mempunyai aktiviti anti karsinogenik. Sulforaphane dan isothiocyanates merupakan ajen anti oksidan dan juga perangsang enzim penyahtoksin asli yang mujarab dalam badan kita. Indoles mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.

Brokoli (kubis bunga warna hijau), kubis Brussels. Bok Choy, kubis bunga dan kubis adalah terdiri daripada ahli-ahli kumpulan hijau.

Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis) dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Brokoli merupakan satu sumber Vitamin A, Vitamin C, beta-karotene dan asid folik yang sangat baik. Manakala kubis tidak mengandungi kolesterol. Kandungan kalorinya rendah dan ia merupakan sumber Vitamin C yang bagus. Kubis bunga pula merupakan sumber folat yang baik.

 Kumpulan Makanan PUTIH

Kebanyakan makanan dari kumpulan ini mengandungi allyl sulfides. Sebatian sulfur ini membuatkan makanan berasa pedas atau berbau tajam. Ia juga merupakan ajen anti-tumor.
Bawang putih, bawang merah, kucai dan bawang perai tergolong dari kumpulan makanan putih. Bawang putih dikenali mampu mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan dalam darah.

Makanan Kumpulan UNGU

Anthocyanin menyebabkan kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga berwarna
merah, voilet (ungu), ungu dan biru. Ia adalah pigmen yang mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru.

Anthocyanin berfungsi sebagai ajen anti oksida. Ia mampu melindungi badan dari kerosakan oksidatif yang menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan.
Anggur ungu, beri biru, beri hitam, raspberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

1 comment:

  1. assalamualaikum.resepi jus buah+sayur : berapa banyak/bilangan buah/sayur yg digunakan utk membuat jus. harap dapat membantu .terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute