Amalan yang boleh menghidup dan menyegarkan hati :
LA HAULA WALA QUWWATA ILLABILLAH
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La
Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi
99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat
Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
La
Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali
kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit
lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah
untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah
agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita
lupa.
Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka,
sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan
amaran) Allah;
Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi
Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah
umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Bahkan
Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada
daya dan kekuatan
melainkan daripadaNYa.
Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
Semasa
menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan
sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala
quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang
yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari
Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala
quwwata illa billah..
No comments:
Post a Comment