Friday, 15 January 2016

Kesan-Kesan Buruk Makanan Haram




Assalaamualaikum sahabat semua. Apa jua bentuk makanan dari unsur yang haram atau tidak jelas pasti akan memberi kesan buruk kepada seluruh hidup kita, anak-anak serta pasangan hidup masing-masing. Sumber rezeki yang diperolehi haruslah dengan cara yang halal, pekerjaan yang halal, jauh dari unsur-unsur riba penipuan, penganiayaan barulah hidup kita sekeluarga dapat hidup aman dan jauh dari kekacauan yang sering melanda warga kota kini...


Biasanya kesan-kesan buruk akibat makanan haram dapat dilihat seperti berikut :

1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti  khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal.Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram.. segala-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.

3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang  lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkan dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapi tidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabila mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.

7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini telah lahir akibat manusia memakan khinzir walaupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebut secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Saturday, 12 December 2015

Mari Perbetulkan Bacaan Al Fatihah Dalam Solat

Assalaamualaikum dan semoga kita sentiasa dalam  rahmat Allah jua. Marilah kita sama-sama perbetulkan setiap kesalahan tajwid yang terdapat dalam bacaan AlFatihah semasa kita solat.
  1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
  2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
  3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
  4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
  5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
  6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
  7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
  8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
  9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
  11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
  12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
  13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
  15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
  16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
  17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
  18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
  19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
  20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
  21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
  23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
  24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
  25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
  27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
sumber : myibrah

Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute